FLASHBACK.
Hari ini, aku pergi hospital sendiri menaiki Honda HR-V. Dah lama tak naik kereta aku yang satu ini. Nak dekat enam bulan juga aku tak bawa kereta. Muncul sedikit rasa kekok.
Jururawat di sini semua dah kenal aku. Masuk hari ini, dah sebulan lebih Edward ditahan dihospital. Luka dia terlalu dalam menyebabkan Edward terpaksa dikawal rapi dihospital dalam tempoh masa yang lama.
Doktor menjangjakan Edward akan ditahan dalam tiga bulan. Tapi, itu pun luka dia tak akan pulih sepenuhnya lagi.
Saat aku masuk, semua jururawat yang selalu terserempak denganku menegur, "Selamat pagi, puan. Seorang je hari ni? Mana lelaki yang selalu datang dengan puan tu?"
Jururawat yang bernama Maya itu maksudkan, Hadi. Siapa lagi lelaki yang selalu ada dengan aku dari turun kereta sampai masuk wad?
"Ye, saya seorang je hari ni."
"Oh, puan nak melawat suami puan, kan? Have a good time with your husband, puan."
Aku senyum kepada Maya dan berlalu masuk wad Edward. Sejurus masuk, aku disapa dengan senyuman manis dan mata redupnya.
"Assalamualaikum, imam Deera. Macam mana hari ni, okey ke?" Aku salam tangan Edward. Lain macam siap panggil imam lagi.
"Waalaikummussalam, makmum abang. Hari ni okey. Abang penat sikit lah," ujarnya. Aih, dia pun sama juga.
"Penat? Kenapa penat? Nurse asyik cucuk abang je eh?" Rambut dia yang tak berapa terurus itu aku usap ke belakang. Dia memejamkan mata saat aku mengusap kepalanya.
"Hm."
"Mesti abang sakitkan? Deera minta maaf."
"Itu lagi. Abang dah bosan lah Deera dengar benda sama je."
"Habis tu? Macam mana? Nak cakap apa?"
"Instead of saying that you're sorry. Please just accept everything with open heart. I'm so grateful that Allah still give me a chance to be with you. Despite everything that we went through... jodoh kita masih panjang. And I hope, jodoh kita berkekalan hingga ke syurga."
Pagi-pagi aku dah kena ceramah. Itu lah, setiap kali datang asyik minta maaf saja dengan dia.
"Abang..." Aku pegang lengan Edward.
"Sakit, sayang..." Berkerut habis muka Edward. Mata dah berair tapi disabarkan juga dengan karenahku yang kadang-kadang lupa keadaan dirinya yang sakit.
Terus aku usap dan tiup-tiup tangannya. Banyak kesan ambil darah di lengan Edward. Tak kira di bahagian siku atau lengan, semua ada lebam, kesan doktor ambil darah dia setiap hari.
"Deera ni kadang-kadang comel juga, kan? Well, you're indeed cute ever since the first time I saw you." Membahang mukaku.
"Comel apa ke jadahnya? Abang, jom sarapan! Deera bawa nasi lemak. Ala, tapi abang tak boleh makan telur, sambal semua tak boleh. Hm, ni abang makan bubur Marrybrown ni, tau!"
"Dah ajak abang makan nasi lemak. Tiba-tiba menu abang bubur je, sayang?" pasrah betul muka dia. Aku cuma sengih sambil keluarkan bubur Marrybrown dari beg kertas.
"Abang nak makan sekarang? Ke abang dah makan makanan hospital? Ke abang dah kenyang? Ke abang tak ada selera? Ke abang nak tidur?"
"Sabar, Adeera. Satu satu. Abang nak makan sekarang."
Lebar senyumanku. "Jangan pandang abang dengan mata macam tu boleh?" Dia cuit hidungku.
"Mata macam mana?"
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...