TIGA hari sampai di Malaysia, Edward masih demam panas. Entah apa kena lah dengan dia itu demam lama sangat.
Aku dah panggil doktor ke rumah pada hari pertama kami tiba di Malaysia. Doktor pesan kalau Edward masih belum kebah demamnya, bawa dia ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Aku menghampiri katil di mana Edward sedang terbaring lemah. Kesiannya tengok muka suami aku yang hensem ini sakit.
"Abang, jom pergi hospital."
"Apa? Hospital? Tak, abang tak nak."
"Kenapa tak nak?"
"Abang benci jarum. Nanti mesti doktor masukkan air dalam badan abang lepas tu dia cucuk-cucuk jarum dekat tangan abang. Lebih teruk bila dia tak jumpa urat, dia akan cuba berkali-kali. Tak nak!"
Aku pukul lengannya. Dia ni umur berapa? 27 ke 17? Perangai budak 17 tahun lagi bagus daripada dia ini.
"Dah tua bangka pun takut jarum. Tak apa, perkara kecil aje tu abang. Bukannya doktor makan abang pun atau abang tak pakai baju pergi sana."
Aku letakkan telapak tanganku di dahinya. Masih panas. Rasanya dah bagi dia makan ubat tiga kali sehari setiap hari dah. Kenapa tak elok-elok lagi ini? Pelik betul.
"Abang, abang mengandung ke apa?"
Habis saja aku cakap macam itu, mata Edward terus meluas. Habis terbatuk-batuk macam tercekik kaki ayam. Macam biasalah, kulit putih dia itu dah merah padam dah.
"Apa? Abang? Mengandung? Pulak? Deera, abang lelaki tau. Entah-entah Deera yang mengandung tak?" Kali ini aku pula yang terkejut. Kenapa aku boleh tak perasan yang aku boleh mengandung?
"Err, mana ada. Tak mungkin secepat tu."
"Cuba Deera check."
"Tapi..." Serius, tak akan lah secepat itu? Dan aku rasa aku datang bulan kut? Ke tak?
"Tak ada, tapi tapi. Pergi beli pregnancy test right now!"
"Alaa nanti lah. Deera takut lah."
"Takut? Kenapa nak takut?"
"Cuba abang yang mengandung. Takut ke tidak?" Boleh pula dia tanya 'kenapa nak takut?' Geram saja aku dengan dia ini tau!
"Err... takut lah juga. Tiba-tiba perut besar."
"Tahu pun. Eh, abang tadi Bik Kamy cakap masa kita tak ada tu hari-hari ada orang hantar bunga untuk abang. Bik Kamy letak semua tu dekat stor. Abang nak tengok?"
"Bunga? Untuk abang? I'm confuse right now. I thought I'm a man? Siapa bagi tu? Sarah ke?"
"Abang ada secret admirer lain ke selain dia? Takkan Deera punya pula? Siapa yang nak bagi? Deera tak ada lah good-looking macam abang."
"Excuse me? Pergi siap-siap sekarang. We're going to clinic," katanya.
EDWARD suruh aku beli sendiri pregnancy test di farmasi berdekatan. Katanya tak nak aku menunggu lama. Kita orang pergi klinik swasta kut, bukan hospital kerajaan nak tunggu lama-lama.
"Hai, selamat datang," sapa ahli farmasi itu sejurus aku masuk. Aku menundukkan sedikit badan dan tersenyum ke arahnya.
Kaki menapak ke arah ahli farmasi itu untuk bertanya di mana alat ujian kehamilan berada. "Hai, saya nak beli pregnancy test."
"Oh, puan nak beli pregnancy test? Kali pertama ke?"
Entah kenapa aku membahang. Tapi memang betul lah. Aku malu.
"Err... ya. Kali pertama."
"Kalau macam tu saya cadangkan puan beli yang ini. Clear blue. Ramai bakal ibu-ibu beli ni sebab tepat. Tapi harga dia mahal sikit lah, puan."
Aku membelek-belek segala macam jenama alat ujian kehamilan yang dia keluarkan. Satu apa pun aku tak tahu. Tak pernah-pernah aku tengok semua benda ini.
"Saya tak tau lah. Kena beli satu aje, kan? Ke kena beli banyak-banyak?"
"Kalau puan yakin, boleh beli satu je. Tapi selalunya bakal ibu-ibu tak yakin dan tak percaya. Jadi, mereka akan beli banyak-banyak untuk puas hati."
"Oh, kalau macam tu saya beli satu je lah."
"Okey, boleh puan. By the way, bila kali terakhir puan period?"
Kepala yang tak gatal digaru. Sebenarnya aku tak ambil tahu langsung tarikh aku datang bulan. Kebiasaannya memang aku tak kira pun. Jadi sekarang aku tak ingat bila kali terakhir aku datang bulan.
"Saya pun tak berapa ingat lah. Ini pun suami saya suruh check. Saya ikutkan aje lah."
Ahli farmasi itu cuma tersenyum kepadaku. Dia kemudiannya mengambil satu plastik kecil untuk diletakkan alat ujian kehamilan yang akh beli ke dalam itu. Selasai membayar guna kad bank Edward, aku ucapkan terima kasih kepada ahli farmasi itu dan beredar dari situ.
Tak, sekarang ini macam mana Edward boleh tahu aku mengandung ke tak sedangkan aku pun tak perasan? Mungkin perasaan dia saja kut sebab Edward pertama kalinya sakit teruk macam ini sekali.
Aku ini dah lah blur bab-bab ini.
"Sayang!" Aku toleh kepala ke arah si pemanggil. Cepatnya dah siap?
Aku berlari-lari anak mendapatkan Edward di seberang jalan. "Jangan lari, nanti jatuh macam mana? Kaki tu baru elok tau?"
"Takut, kereta laju sangat. Kalau lambat nanti kena hon."
"Berani dia hon intan payung abang yang comel ni? Abang akan buat dia bayar balik kalau dia buat macam tu dekat Deera."
Tangan kecilku diraih dan digenggam erat bagai tak nak lepas. Aku cuma tersenyum dengan tindakannya itu. "Eh, abang dah sihat?"
"Mana ada."
"Kenapa nampak sihat dan bertenaga aje lepas jumpa doktor? Doktor tu perempuan comel sangat ke? Cepat bagitau Deera!"
Terlepas ketawa Edward. Matanya mengecil.
"Bukan. Abang memang dah sihat lah. Doktor tadi memang perempuan, tapi dah tua dah. Baya mama dengan ibu. Takkan lah abang tergoda. Sayang is the most prettiest wife I ever saw in my entire life."
"Love you." Perlahan suara dia berbisik di telingaku. Tegak bulu romaku tiba-tiba. A confession in the middle of the road? Sangat random.
"Abang nak makan apa-apa tak? Jom!" Tanpa menunggu jawapan dia, aku tarik tangannya menuju ke kereta. Kami parking agak jauh kerana tiada tempat kosong.
Badan Edward terdorong mengikut aku. "Yang, tak balas abang pun. Abang tak nak makan."
"Lah, kenapa tak nak makan? Belum makan lagi, kan?"
Diam.
Dia merajuk ke? Cik abang seorang ini kan. Sejak bila mengada-ngada sangat ni? Sejak sakit ke atau memang betul aku berbadan dua? Serius aku rasa tak mungkin lah?
Aku berhenti betul-betul di depan Edward dan buat muka comel. Kaki aku dijengketkan sedikit supaya lebih tinggi. Walaupun tak akan sama tinggi dengan Edward tapi sekurang-kurangnya tinggi lah sedikit.
"Deera love abang too. Dah jom. Jangan merajuk okey, abang?" Bersama dengan itu, terus melebar senyuman yang terukir diwajahnya.
"Abang loves you more, my baby girl. Jom!"
![](https://img.wattpad.com/cover/352307812-288-k769225.jpg)
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...