𝓑𝓪𝓫 38

2.3K 81 0
                                    

"DEERA, jom keluar ambil angin. Dah redup dekat luar ni."

Kepala ibu terjengul dimuka pintu bilikku. Dah seminggu aku keluar hospital. Hari-hariku hanya terisi dengan tidur kerana aku masih penat dan kepala masih sakit.

Aku juga cuba membiasakan diri bila melihat cermin. Rupa parasku tak lagi seperti dulu. Kadang-kadang aku menangis. Dulu aku ada rambut hitam lebat yang panjang dan cantik, sekarang rambutku seperti lelaki botak yang baru nak tumbuh rambut.

Dulu wajahku berseri kini wajahku dah hilang seri. Selera makanku juga kurang.

Apa yang membuatkan aku lagi stres ialah bila lelaki bernama Edward yang mengaku dirinya sebagai suami aku itu setiap hari datang ke sini. Aku kini tinggal dirumah ibu. Yalah, rumah siapa lagi aku nak duduk kalau bukan rumah orang tuaku.

Ibu dan ayah menyuruh aku duduk dengan Edward memandangkan konon-kononnya dia adalah suami aku. Dia yang selayaknya menjaga aku. Tapi aku tak nak. Dah lah tak kenal. Tiba-tiba saja muncul dalam hidup aku.

Aku juga sekarang berusia 21 tahun. Lagilah aku tertekan. Hanan dan Fakhira cakap, kami baru tamatkan zaman belajar peringkat degree hampir dua bulan yang lalu.

Entahlah, aku tak ingat langsung apa yang dah jadi. Bagaimana aku boleh dapat ketumbuhan otak juga aku tak tahu. Mungkin dah takdir hidup aku. Walaupun aku dah hilang ingatan dua tahun terakhir ini, aku bersyukur yang Allah masih panjangkan usiaku.

Aku kerap kali teringatkan apa yang aku mimpi dan aku percaya, mimpi itu aku dapat semasa koma. Tempat luas yang menghijau dan dihiasi dengan bunga-bungaan yang cantik. Ada air sungai yang mengalir dengan tenang. Dalam mimpi itu ada, Edward.

Dalam mimpi itu, dia mengaku dia suami aku juga. Aku menangis bila dia tinggalkan aku. Dan aku ingat dia bahasakan diri dia abang? Betul ke dia suami aku yang sah? Atau mungkin hanya entah siapa-siapa yang suka pada aku dan mengaku dia suami aku?

Aku mengeluh.

"Mengeluh apa anak ibu ni? Jom turun. Edward datang tu."

"Dia datang lagi?"

"Mestilah. Dah isteri dia tak nak balik tinggal dengan dia. Terpaksa lah dia datang sini hari-hari."

"Ish, Deera bukan isteri sesiapa lah ibu!" Aku berkeras tak mak percaya dia adalah suamiku.

"Dia. Suami. Kamu. Yang. Sah! Dah cepat turun! Tak baik buat suami kamu tertunggu-tunggu!"

Aku hanya bersiap ala kadar. Sangat selekeh dengan tudung sarungnya. Tudung sarung dah jadi kawan baik aku sejak sakit ini.

Janji memudahkan dah cukup.



BETUL cakap ibu, Edward dah tunggu dibawah. Dia datang dengan baju kerjanya. Kemeja hitam dan seluar hitam. Lengannya disinsing hingga ke siku. Juga dua butang baju teratasnya terbuka. Hensem.

Eh, kau dah kenapa?

Tak panas ke dia ni pakai semua hitam? Sekarang kan musim panas. Kena strok haba tahu lah.

"Ehem!"

Aku berdehem bila dia tak perasan dengan kehadiranku yang dah agak lama dibelakangnya. Dia sedang melihat ikan-ikan dikolam air terjun kecil yang ada ditepi bahagian halaman rumah ini.

"Eh, Assalamualaikum sayang!" Penuh ceria suaranya menyapa. Aku hampir tersenyum juga. Senyuman dia memang mampu buatkan mana-mana wanita cair melihatnya.

"Waalaikummussalam." Aku mengambil tempat duduk dikerusi.

"Deera sihat hari ni?"

"Alhamdulillah. So far so good. Encik datang sini ada hal apa ye?"

[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now