𝓑𝓪𝓫 36

2.3K 91 3
                                    

BERBAKI 20 minit lagi sebelum aku ditolak masuk ke bilik pembedahan. Ahli keluarga dan juga kerluarga mentuaku ada di sini. Walaupun waktu melawat pada jam 8 pagi, mereka dah tiba di sini seawal jam 7 pagi lagi.

Ahli keluargaku semua dah jumpa dengan aku secara bergilir-gilir. Mereka memberi ruang untuk setiap seorang berbual denganku. Semua mendoakan agar pembedahan aku berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi. Aku juga mendoakan benda yang sama, dalam hati juga mengaminkan doa-doa mereka.

Rakan-rakan aku yang lain juga ada datang memberi semangat. Ada yang menghantar pesanan whatsapp. Semuanya mendoakan aku. Aku jadi terharu dan tak sangka mereka prihatin dengan keadaanku.

Waktu yang berbaki ini, mereka tinggalkan aku dengan Edward.

"Abang... lepas ni Deera botak. Dah tak cantik macam dulu."

Itu perkara pertama yang aku cakap lepas ditinggalkan berdua. Dalam kesedihan dan kerisauan yang melampau, Edward ketawa kecil.

"Macam dulu? Screw the talk! Right now, you are still gorgeous. Abang tak kisah pun sayang botak. Depan abang je, kalau keluar Deera pakai tudung. Bukan orang tahu pun. Kalau Deera malu, abang pun boleh botak sekali."

"Jangan nak mengada lah! Abang tu bos, penampilan kena jaga. Tiba-tiba botak licin, tak ke kena gelak dengan staf?"

Aku pukul dia. Sampai ke situ nak sokong aku. Aku tak nak rosakkan imej dia sebagai seorang majikan.

"What? Betul apa. Biarlah staf nak gelakkan abang. Abang yang bayar gaji dia orang. Dia orang judge, abang pecat!"

"Amboi, berlagaknya. Suami siapalah ni ye?"

"Your husband and it's a fact!" Edward memberikan senyuman termanis dan kenyitkan sebelah matanya kepadaku. Cair lagi. Aku tetap membalas senyumannya.

"Betul abang tak kisah kalau Deera dah tak ada rambut?"

Aku masih risaukan hal yang sama.

"Ye... bukan itu yang abang risaukan. Abang lagi risau tengok Deera sakit. Rambut boleh tumbuh, tapi kesihatan tiada ganti sayang. I accept for who you are. Whatever state you're in. Janganlah risau."

Aku percaya dia.

"Nanti Deera sihat nak makan nasi ayam penyet dengan mango juice letak ais batu banyak-banyak." Belum apa-apa lagi aku dah mengidam makanan dan minuman kegemaraku.

"Janji dengan abang, sayang kena sihat dulu." Aku angguk. "Insya-Allah, dengan izin-Nya. Abang doakan Deera selalu tau!"

"Mesti. You're always in my prayers since day one."

"Day one? Day one first met ke day one first day as your wife?" Tertanya-tanya aku dibuatnya.

"Since our first met. Told you before, I love you at the very first sight!" Berbunga-bunga hati aku mendengarnya. Muka pun dah merah. Aku sengih malu.

"Thank you."

Dia tak membalas apa-apa. Matanya dalam menikam anak mataku. Kami lebih selesa diam selepas itu.

"Abang Deera nak minta maaf..." Aku memecah kesunyian di antara kami. Edward menghampiri aku yang sedang berbaring. Dia mencapai tanganku dan dikucup perlahan.

"Abang dah lama maafkan."

"Deera sayang abang." Sebak suaraku.

"I love you more." Dahi Edward juga berkerut menahan sebak.

"Halalkan segala makan minum Deera, abang."

"Abang halalkan."

Saat itu air mata kami jatuh ke pipi. Edward kucup dahi aku lama. Dapatku dengar suara esakannya. Ya, Edward menangis.



[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now