HUJUNG minggu aku keluar untuk membeli produk penjagaan rambut. Rambut aku kini dah tumbuh sepenuhnya tapi masih pendek macam lelaki. Jadi aku nak cari produk yang boleh buatkan rambut aku tumbuh dengan lebih sihat lagi.
Aku masih tinggal dengan orang tuaku. Mereka berdua bising suruh aku tinggal dengan Edward. Peduli apa aku? Aku belum bersedia lagi nak tinggal sebumbung dengan lelaki asing.
Dia juga dah jarang menjenguk aku. Katanya sibuk menguruskan projek baru. Aku tak kisah pun. Lagi suka adalah sebab tak perlu nak menghadap muka annoying dia itu setiap hari.
Aku mengambil keputusan untuk ke IOI City Mall dengan menaiki grab. Ibu dan ayah, serta Edward tak benarkan aku bawa kereta sendiri lagi. Mereka sorok kunci kereta aku entah ke mana. Kesian baby Honda aku.
"Hai, selamat datang. Cik cari apa ye?"
Aku disambut oleh jurujual kedai itu. Aku paling tak suka kalau masuk kedai terus dapat soalan begitu. Aku rasa tak selesa. Sekurang-kurangnya, bagilah aku jalan-jalan dulu dalam kedai ini.
Nanti kalau betul aku perlukan pertolongan, baru aku tanya.
"Tak apa, saya cari dulu barangnya." Aku senyum kepada jurujual itu. Dia faham dan tunduk hormat, memberi aku ruang sendirian.
Banyak betul produk untuk rambut. Bukan setakat penjagaan wajah saja banyak. Satu anggota badan ini semua ada produk tersendiri. Rambang mata aku dibuatnya.
Aku ada baca di Twitter, produk-produk yang berkesan untuk pertumbuhan rambut yang sihat dan lebat. Bila aku nampak apa yang aku nak, terus aku hampiri rak yang menempatkan produk tersebut. Aku ambil dan baca bahan-bahan dan juga kebaikannya. Macam bagus.
Aku letak ke dalam bakul kecil yang ada ditangan. Ada produk lain juga aku ambil. Biasalah bila dah sampai kedai begini, bukan setakat produk penjagaan rambut aku ambil. Sekali dengan penjagaan badan, perfume, makeup semua aku borong sekali.
Aku bukan jenis yang suka shopping barang-barang macam ini. Tapi sekali shopping memang stok untuk setahun. Rasa seronok bila shopping beli barang-barang untuk kecantikan diri. Dengan baunya yang wangi, buat mood aku gembira.
Edward tak tahu aku keluar hari ini. Aku tak memberitahunya. Buat apa nak bagitahu dia? Nanti dia menyibuklah sekali dengan aku dekat sini.
Baru saja aku sebut pasal dia dalam hati, dia dah menelefon. Aku mengeluh sejenak. Panjang umur betul! Dia ini memang boleh baca fikiran aku ke macam mana? Tahu saja aku tengah fikir pasal dia.
Lambat-lambat aku angkat. Sampai dah nak habis deringan.
"Helo? Adeera?" Orang di sebelah sana menyapa.
"Helo," jawabku malas. Hampir tak kedengaran suaraku.
"Deera dekat mana? Deera sakit ke? Kenapa cakap perlahan aje ni? Kenapa lambat angkat call abang? Abang risau tahu tak?"
"Somewhere in Malaysia. Saya sihat, Alhamdulillah. Ada apa encik call saya ni?"
"Somewhere in Malaysia means you're not home, right? Deera dengan siapa tu? Nak abang datang?" Huh! Dah macam polis dia ini. Tanya soalan bukan main banyak lagi. Penat nak jawab. Dah lah berat bakul aku ini. Aku letak dulu bakul dilantai. Lenguh juga.
"Saya sorang aje, encik. Tak perlu datang lah. Saya nak me time. Kalau encik datang, rosaklah me time saya!"
"Nope. You are not going to have your me time. Not today. Tell me where you are?"
"Kat mana-mana aje lah, encik. Dah la saya nak kena pergi ni. Bye!" Terus aku matikan talian. Aku sambung tengok lipstick yang tergendala tadi. Banyak warna menarik baru masuk pasaran!
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...