DAH SEBULAN aku kena culik dengan Edward. Apa lagi kalau bukan tinggal sebumbung dengan dia. Ibu dan ayah bukan main seronok lagi bila aku bagitahu nak tinggal dengan Edward.
Tak ada apa pun yang jadi selama sebulan ini melainkan aku seperti terkurung di dalam penjara. Aku masih tak ingat apa-apa. Selepas kejadian dipusat beli-belah tempoh hari, Edward tak lagi menyebut pasal Sarah.
Di dalam rumah ini ada seorang orang gaji bernama Mak Cik Kamila. Dia suruh kami panggil dia Bik Kamy. Dia orang Sabah. Umurnya dalam awal 40-an dan suaminya juga bekerja sebagai tukang kebun di rumah ini.
Itu kisah di dalam. Di luar pula ada ramai lagi pekerja yang lain. Rumah ni lagi besar dari penthouse dia. Hari pertama aku ke sini, semestinya aku sesat. Edward kata dulu aku tinggal di sini. Tapi, aku langsung tak familiar dengan suasana rumah ini.
Menyeramkan saja rumah ni.
Langsung tiada apa-apa memori yang datang menyinggah walaupun dirumah ini paling banyak masa aku habiskan dengannya.
Kami masih tidur berasingan. Sudah tentu, itu adalah kemahuanku.
Pagi itu, aku keluar bilik tanpa memakai tudung. Edward awal-awal pagi lagi dah pergi kerja aku tengok. Dalam rumah ini hanya Bik Kamy yang boleh masuk jika Edward tiada. Pekerja yang lain pun selalunya jarang sangat masuk dalam. Memang Edward tak bagi lelaki masuk.
Aku berjalan-jalan di dalam rumah besar itu. Aku selalu tengok Edward work out di dalam gim di rumah ini. Aku ingat hari ini nak pergi tengoklah gim itu.
Teruja bila melihat ada treadmill. Aku selalu intai dari sisi saja sebab Edward selalu buka pintu sedikit. Ini kali pertama aku melihat rupa di dalamnya secara menyeluruh. Quite impressive! Tak perlu bazir masa pergi gim dah.
Aku berjalan ke arah cermin besar bilik ini. Aku tundukkan kepala. Ada kolam renang dibawahnya. Terlalu asyik melihat pemandangan dari dalam bilik itu. Tiba-tiba aku rasakan tubuhku dipeluk dari belakang.
Terus aku pusingkan badan. Ada Edward di depanku. Dia tak memakai baju. Ditangannya ada botol air.
"Aw... awak ada dekat rumah?"
"Haah lah, sayang. Abang memang ada dalam rumah dari semalam lagi. Mana ada abang pergi mana-mana."
"Tapi pagi tadi bukan awak dah pergi kerja ke?" Aku undur selangkah ke belakang.
"Pagi tadi? Oh, itu Hadi. Dia pinjam kereta."
Aku tak ada lagi soalan yang ingin ditanya. Mataku merenung wajahnya yang ralit merenungku. Aku nampak halkum dia bergerak-gerak. Aku undur lagi beberapa tapak ke belakang sehingga badanku berlaga dengan cermin di bilik gim itu.
Pergerakanku mati.
"You're so beautiful, sayang." Be... beatiful?
Tangan dia naik memegang wajahku. Dia selitkan rambut aku yang terjuntai ke belakang telinga. Tegak seluruh bulu romaku. Ini kali pertama kami duduk begitu dekat. Rasa jantung aku nak melompat keluar.
Aku baru tersedar yang aku tak pakai tudung bila dia selit rambut aku ke belakang telinga. Terus aku tutup rambut dengan hoodie pakaianku. Namun, Edward lebih pantas. Dia pegang kedua-dua tangan aku.
"No need. I have the rights to see your hair. Kenapa nak tutup? Tak panas ke?"
"Sa... saya belum bersedia nak tunjuk rambut saya."
Sejujurnya itu adalah alasan paling kukuh kenapa aku tak buka tudung lagi sampai sekarang. Aku kurang yakin dengan penampilanku setelah pembedahan. Aku masih belum puas hati dengan bentuk dan panjangnya.
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...