DESTINASI seterusnya Edward membawa aku ke Sky Garden, London untuk melihat matahari terbenam. Perjalanan hanya memakan masa tujuh minit berjalan kaki. Edward berjalan secara santai kerana kaki aku tak mampu mengejar langkah besarnya.
Dia cakap, kalau berjalan dengan aku terpaksa perlahan sedikit daripada kelajuan biasa.
Tak tahu nak terharu atau apa.
Petang itu, tetap ramai orang dibangunan itu. Memandangkan ini adalah tempat popular untuk melihat matahari terbenam secara percuma. Ramai pelancong dan juga orang tempatan yang meluangkan masa di sini untuk menyaksikan pemandangan indah pada waktu senja.
Di Sky Garden ini bukan hanya tempat untuk melihat pemandangan kota London saja, tetapi ia juga adalah sebuah restoran yang terletak di bahagian atas bangunan pencakar langit. Tempat ini percuma untuk masuk. Tapi harus menempah slot masa di laman web mereka terlebih dahulu.
"Wah, cantiknya tempat ni. Mana abang jumpa?"
"Come on. Abang dah lama tinggal sini. Takkan tak tahu kut? Famous spot, tahu?"
"Ramainya orang walaupun musim sejuk. Semua ni orang-orang London ke? Rajinnya dia orang keluar waktu-waktu macam ni."
"Of couse. Life must go on, sayang. No matter what season we are in, kena kerja untuk cari duit dan sara hidup, isn't? Dekat sini bukan orang tempatan je yang datang. Tengok tu, orang asing pun ramai juga." Dia menunjukkan ke suatu sudut di mana pengunjung berdiri di cermin-cermin kaca.
Sekarang dah hampir waktu matahari terbenam. Rata-rata pengunjung yang ada di situ semua memegang telefon pintar untuk merakam pemandangan yang cantik ini. Aku juga tak terkecuali.
Sambil aku menangkap gambar sunset dan membuat video, aku berbual juga dengan Edward disebelah. Kami duduk dihadapan cermin kaca besar bangunan itu untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas.
Agak berhimpit sedikit dan Edward memang berdiri rapat denganku. Dia menjaga aku daripada tersentuh orang lain lebih-lebih lagi lelaki.
"Abang selalu datang sini dulu?"
"Not really. Abang kan kerja. Selalu buat kerja dekat ofis je. Dari situ pun boleh nampak view London. But when I'm to stressed, abang akan datang sini."
"Jadi, abang stres lah sekarang ni kan?"
"Mana ada! Abang tak cakap macam tu pun."
"Tadi abang cakap, 'when I'm to stressed, abang akan datang sini.' Cuba jelaskan."
Aku tak menoleh ke arahnya. Cuba menikmati matahari terbenam di depan mata. Cantik sangat!
"ITU kalau abang stres sebelum kenal Deera. Lepas dah kenal Deera, cara abang release stress lain. I've got another method to use. And it's functioning very well."
Baru nak marah. Tapi dia cakap ada cara lain untuk lepaskan stres sekarang, aku menoleh. Jarak kami sangat dekat sehingga terasa hangat deruan nafas Edward. Aku dongak dan serentak itu Edward tunduk memandangku juga.
Jantung aku mula berdegup kencang.
Aku memberanikan diri untuk menyoal.
"Apa cara abang lepaskan stres sekarang? Mind to share with me?"
"I'll work out. Cara tu memang berkesan. Selalunya abang sparring dengan Hadi. Kami berboxing macam tumbuk musuh di depan. Kalau sayang nak tahu, abang selalu cedera sebabkan sparring tu. Hadi pun sama."
"Ish, tu bukan lepaskan tekanan tapi menambah sakit."
"Seronok apa macam tu. Itulah cara orang lelaki lepaskan kemarahan, stres semua. Kalau Deera, Deera buat macam mana? Mind to share with me?"
![](https://img.wattpad.com/cover/352307812-288-k769225.jpg)
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...