SELEPAS subuh tadi aku sambung tidur. Aku tak hantar pun Edward pergi kerja dekat depan pintu rumah. Dia kata, "Tak apa. Kesian sayang penat malam tadi. Abang izinkan sayang rehat."
Muka aku pula jangan cakaplah waktu dia cakap macam itu. Dah merah macam udang panggang.
Ada saja modal dia nak buat aku malu! Dia tak buat apa pun boleh buat aku blushing masalahnya. Apa masalah dia?
Aku bangun dari tidur pagi itu pada jam 11 pagi. Masya-Allah, lambatnya bangun! Ini kalau suami aku tahu ni agak-agak dia marah tak?
Adeera, Adeera. Wake up! Kau dah kahwin! Tak boleh bangun lambat!
Aku mengingatkan diri sendiri.
Separuh lagi hatiku berkata, tak apa untuk bangun lambat sekali sekala. Lagipun Edward tak tahu, dia bukannya ada pun di sini sekarang. Jadi, tak perlu rasa berdosa sangat.
Tak ada apa sangat yang aku buat. Aku bersihkan diri dan solat Dhuha setelah itu. Pukul 1 aku turun ke bawah untuk makan sarapan pagi dan makan ubat. Di dapur ada nasi goreng yang Edward masak. Dia ni tak tidur langsung ke? Bila masa dia buat semua ini?
Aku musykil.
Ada satu nota kecil yang ditampal dimeja.
Morning, my princess! Abang tahu masakan abang tak boleh lawan sayang punya. But at least it will help you from starving ♡ Love you, always.
Aku tersenyum membacanya. Thank you, abang!
Bunyi yang bergema ditelefon itu menyentakkan aku. Aku tengok nama si pemanggil. Edward. Tepat-tepat pula itu dia call aku lepas aku dah bangun. Waktu tidur tadi, tak sedikit pun dia ganggu. Aku berdehem sekali sebelum menjawab panggilan.
"Assalamualaikum, Deera," lemah suara dia dihujung talian.
"Waalaikummussalam. Abang? Abang tak sihat ke? Kenapa suara lain?"
"Nope. I'm just tired. Nothing to worry about, sayang," lega aku mendengarnya. Ingatkan dia tiba-tiba demam.
"Sayang dah bangun? Bangun pukul berapa tadi?"
Tubuhku mengeras. Baru nak mengelak. Ingatkan dia tak berminat nak tahu. Aku sengih dan garu kepala yang tak gatal sebelum menjawab soalan dia itu.
"Dah. Dah bangun dah! Err... Deera bangun pukul 11." Dia ketawa.
"So, how was your sleep? Is it good?"
"Erm, not bad. Abang dah lunch?" Dia telefon aku jam begini, aku fikir dia tengah rehat di ofis. Tak lain tak bukan. Mesti waktu rehat baru saja bermula.
"Belum makan lagi. Hadi orderkan makanan. Belum sampai. Tak tahu dia order apa." Aku pula ketawa. Entah kenapa rasa kelakar dengan cara Edward bercakap. Kedengaran reda sangat bunyinya.
"Sayang, abang nak bagitahu hari ini abang balik lewat sikit. There are tons of work at the office. I need to recheck everything. Deera okey kan sorang-sorang dekat rumah? Abang minta maaf."
Sisi protective Edward Aydeen dah keluar.
"Okey. Deera okey je sorang-sorang. Abang jangan risau! Just focus on your work. Don't miss me too much." Sempat aku mengusik.
Dengar dia mengeluh disebelah sana. Mengundang tawa halusku.
"Damn! I miss you already after you said that."
Kami berborak agak lama sehingga aku dengar suara penuh autoriti Edward mengarahkan seseorang masuk. Hadi, dah sampai dengan makanan yang dipesan. Aku tanya makanan apa itu. Cuma nasi putih berlauk ikan siakap tiga rasa, sayur kailan dan telur dadar. Air pula dia hanya minum air coway saja.
![](https://img.wattpad.com/cover/352307812-288-k769225.jpg)
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...