"ZIYAD! My anak fruit! Come to me, I mishh you!"
Aku depakan tangan setelah melihat kelibat Ziyad yang menuruni tangga rumah. Sebelah kakiku di atas lantai dan sebelah lagi didudukkan, gaya orang lelaki melamar perempuan.
"Aunty Deera! Jiyad micuu too." Terkedek-kedek anak kecil itu berlari menuju ke arahku.
Tangannya memegang botol susu yang dah tinggal separuh. Sesampainya di dalam dakapan aku, pipinya digomol sehingga Ziyad meletus ketawa kegelian.
Kemudian, dia pula mencium kedua belah pipi maksu dia. Aku lah itu!
"Rindu sangat dengan maksu dia, sampaikan lately ni tidur pun mengigau sebut-sebut nama Deera." Kak Nadia, kakak iparku keluar dari dapur dan melabuhkan punggung di sofa yang berada di ruang tamu.
"Betul ke, Ziyad? You miss me that much?"
Pipi Ziyad sekali lagi menjadi sasaranku. Dia ketawa mengekek saat dicium berkali-kali. Geram sangat dengan anak buahku yang satu ini. Comel dan putih macam anak mat saleh!
Dah besar budak kecil ini. Cepat betul masa berlalu. Dah pandai cakap dan berjalan. Rasanya baru semalam Ziyad lahir ke dunia.
"Kak Nadia sihat ke? Lama dah tak jumpa. Adam jaga akak elok tak tu? Slim je lagi Deera tengok?"
Dua tahun kami tak bersua muka. Rumah ini masih sama seperti awal-awal perkahwinan mereka lima tahun yang lalu. Cumanya, sekarang semakin meriah dengan kehadiran Ziyad. Cuma Adam saja yang pulang ke Malaysia tahun lepas. Kak Nadia dan Ziyad tak dapat pulang atas urusan pekerjaan yang tak dapat dielakkan.
"Sihat la, Deera. Kalau tak, tak ada akak turun bawah ni. Abang Adam jaga akak elok je, Alhamdulillah." Aku dan Kak Nadia bersalaman mesra. Matanya melirik ke garaj kereta. Suaminya itu sedang menurunkan beg bagasi aku dari bonet.
"Kakak kau tu jaga badan, Adeera! Takut gemuk katanya." Terjengul kepala Adam di muka pintu.
Kakak ipar aku ini memang cantik orangnya, mukanya tak macam orang Melayu. Sebab itulah Ziyad pun comel. Dari awal perkenalan dengan Adam sehinggalah sekarang maintain saja saiz tubuhnya. Masih seperti anak dara.
"Selagi boleh jaga, kita jaga lah Deera. Baru lah suami kita tu melekat aje dengan kita." Kak Nadia kenyitkan sebelah matanya.
Ah, sudah! Janganlah dia kasi tips kahwin pula, ya? Tak cukup dengan soalan Adam di restoran tadi. Ini di sambung pula dengan isteri dia di rumah? Mereka ini ada kuasa telepati ke?
"Adik, kau bukannya nak ambil beg kau ni. Bawa batu ke? Berat nak mampus!" Sempat lagi Adam merungut. Beg aku diletakkan di depan pintu bilik tetamu yang berada di tingkat bawah.
Seperti yang aku katakan tadi, beg aku memang berat kerana banyak baju yang aku bawa.
"Hehe. Ala, kau kan abang. Kena lah tolong adik."
Cukup-cukup lah di lapangan terbang tadi aku mengangkatnya seorang diri ke troli. Nak patah pinggang aku ini. Tolonglah, aku masih belum kahwin!
"I miss you, my wife," ucap Adam.
Kak Nadia bangun untuk bersalam dengan suaminya. Tubuh ramping dia itu didakap erat. Adam memberi satu kucupan di kepala isterinya.
Adam baru saja pulang ke rumah setelah seminggu outstation. Jadi, aku orang pertama yang dia jumpa selepas pulang dari outstation. Kira untunglah aku, kan?
"Abang, malu lah Deera tengok kita."
Wajah Kak Nadia dah berona merah saat Adam memeluk dan mencium kepalanya. Bagaikan tiada aku saja dia buat. Seperti baru tersedar akan kewujudanku, Adam menoleh kebelakang.
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...