"DEERA, ni Kak Nadia."
Kak Nadia cuba memegang tanganku yang berada di atas riba. Aku sedikit terkejut dan ingin menarik tangan. Tapi, Edward segera menahan. Dia biarkan Kak Nadia menggenggam kemas tangan aku yang terketar-ketar.
Bila Kak Nadia dah berjaya pegang keseluruhan tanganku. Dia usap-usap pula. Dapatku rasakan hangatnya tangan dia memberikan ketenangan pada aku.
Perlahan-lahan aku menoleh. Kak Nadia angkat kepalanya daripada tunduk melihat tanganku. Lebih tepat lagi pada garis merah yang ada dipergelangan tanganku. Dan juga kesan lebam yang ada disekitar itu.
Hatinya pilu.
Bila mata kami bertentangan, Kak Nadia mengangguk. "Kak Nadia."
"Ye, ini akak."
Waktu itu entah kenapa aku menangis. Air mata laju mengalir dipipi. Adam hanya dapat melihat dari jauh. Dapatku dengar perbualan comel antara ayah dan anak itu di depanku.
Ziyad bertanyakan kepada Adam, kenapa aku menangis dan kenapa keadaanku tak sama seperti aku kahwin dulu. Yang cantik dan gembira terpancar di wajah.
Kini, riak wajahku hanya terbias ketakutan yang tiada tandingan. Aku fikir, aku tak trauma kerana sejak aku bangun tempoh hari. Aku sedikitpun tak menunjukkan simptom-simptom trauma.
"Shh, jangan menangis Deera."
"Dd... dia jahat, akak. Dia nak rogol Deera." Semakin kuat teriakanku. Kak Nadia terus menarik aku kedalam pelukannya. Dia menenangkan aku yang sedang kacau bilau.
Semua yang ada di situ turut bersimpati atas nasib yang menimpa aku.
"Deera kotor. Deera dah tak guna. Deera cacat."
"Ya Allah, Adeera Sofiya. Jangan cakap macam tu. Deera tak salah pun. Yang salah penjahat tu. Adeera adik kakak tak cacat lah, kan Edward?"
"Betul tu, Nadia. Deera, doktor bagitahu Deera tak boleh jalan sekejap aje. Nanti lama-lama dah boleh jalan macam biasa, sayang. Jangan risau pasal tu. Abang ada. Lelaki tu tak sempat buat apa-apa pada sayang, kan? Deera kuat. Deera berjaya lari dari dia."
"Abang percaya cakap doktor tu? Dia tu lelaki. Mesti jahat macam Tony dengan Abraham tu!" tempikku.
Aku pun tak tahu yang seteruk ini emosi aku sekarang. Rupanya kesan daripada semua ini akan wujud bila aku berdepan dengan orang lain selain Edward.
Aku jadi sangat tertekan dan rasa takut bila orang lain cuba dekati aku.
"She's unstable, Nadia. I think she need to rest. Guys, I'm sorry." Edward menyuruh Kak Nadia berhenti daripada berbual denganku.
"Nadia, jom kita balik. Adeera tak mampu nak cakap dengan kita lagi tu. Tak apa, nanti Adam datang lagi ye, adik. Kau jaga diri tau. Aku sayang kau."
Aku dah cukup penat untuk berhadapan dengan orang lain. Edward suruh Adam pulang dan datang semula sekiranya keadaanku bertambah baik.
Dengan berat hati mereka semua meninggalkan perkarangan mansion itu.
SEMINGGU berlalu. Hari ini tiba masanya kami pulang ke Malaysia. Tapi, Edward menangguhkan lagi seminggu. Aku masih sama. Masih mimpi ngeri di malam hari dan meraung dalam tidur. Setiap hari Edward akan peluk aku dengan erat bila itu terjadi.
Semua itu dilakukan untuk menenangkan aku.
Aku masih tak boleh berjalan. Cuma, aku dah boleh gerakkan kaki perlahan-lahan. Tapi, doktor pesan, aku tak boleh bagi tekanan pada kaki itu. Jadi, Edward memang sukarela dukung aku setiap masa.
Mesti dia penat.
"Deera, hari ni kita pergi taman bunga dekat rumah Evian nak?"
"Ian ada rumah sendiri dan taman bunga?"
Dia angguk sambil tersengih. Mesti Edward fikir aku tak percaya kerana sisi Evian yang nakal dan kurang serius itu mempunyai taman bunga di rumahnya.
"Tapi, Ian hari-hari ada dekat rumah ni? Deera tak pernah nampak pun dia keluar berhari-hari."
"Oh, rumah dia tu dekat dengan ofis. Dia balik situ sekejap je untuk cek apa yang patut. Yes, he so clingy to still live here with mama and papa."
"Hmm..." Lama aku diamkan diri. Aku tak fikir apa-apa pun. Termenung tanpa sedar.
"So, what say you?"
Aku masih diam. Edward risau dibuatnya melihat aku yang tiba-tiba diam. Ada apa-apa yang tak kena ke dengan isterinya ini?
"Adeera..."
"Hei, sayang. Are you okay? Abang is talking to you." Edward goncang-goncangkan tubuhku.
Aku kembali sedar ke alam nyata. Nampak muka Edward yang dah cuak. Keningnya hampir bercantum. Haih, buat muka macam itu lagilah comel. Dia ini tak tahu ke?
"Ye," jawabku perlahan. Hampir tak kedengaran.
"Kenapa diam, yang? Tak nak keluar?"
"Mana ada Deera diam. Deera cakap lah."
"Huh? Just now you're not here. What were you thinking? Deera are you still thinking about..."
Kata-katanya terhenti. Tak mahu aku kembali takut menceritakan kisah itu semula. Aku raih tangannya. Aku suka setiap kali aku pegang tangan Edward, dia akan tarik tanganku supaya lebih dekat dengannya.
Dia juga suka usap-usapkan tanganku yang kecil itu.
"Deera ingat Deera cakap tadi. Rupanya, semua tu dalam hati aje. Hehe."
"Are you sure?"
"Ye lah. Tadi, Deera tengah berfikir. Lepastu, eh termenung pula."
"Abang punyalah excited cakap dengan dia. Deera boleh pula termenung." Dengan itu, hidungku dicuit manja. Terus terpejam seketika mataku saat jari Edward hinggap dihidung.
"Sorry, sayangku." Aku hadiahkan kucupan dipipinya. Blushing habis dia. Apa pasal gedik sangat dia ini?
"Lama dah Deera tak sweet sweet dengan abang. Abang rindu!"
Aku hanya senyum dan tak membalas kata-katanya. Sebaliknya, aku bahaskan isu taman bunga di rumah Evian.
"Jauh ke rumah Ian dari rumah papa?"
"Not too far, not too close. You want to go?"
"Boleh. Abang dukung sayang."
"Of course. Hari-hari pun abang dukung Deera. Jom siap." Edward terus gendong aku. Bersama itu, terlepas satu jeritan halus daripada bibirku. Aku pukul dada bidang dia.
"Eh, pergi hari ni ke? Ingatkan esok sebab hari dah malam dah."
"Tak pun. Abang nak bawa Deera jalan-jalan dekat belakang rumah ni je. Ada tanah lapang. Deera dah lama tak keluar, kan? Jom abang jadi tour guide. Boleh ambil angin malam."
"Kalau Deera demam mana mana? Dekat luar kan sejuk?"
"Hmm, pakai baju sejuk tebal-tebal biar jadi macam teddy bear. Abang boleh peluk sayang kuat-kuat supaya Deera panas. Sekejap je. 10 minit, can?"
"Okay." Terus lebar senyuman yang terukir dibibir merahnya. Matanya hampir hilang kerana senyuman itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...