SELEPAS Atif pergi, Edward terus datang semakin hampir. Tak tahu kenapa aku menahan nafas. Hampir ke alam lain jugalah.
Edward yang perasan akan ketidakselesaan aku itu terus menjarakkan tubuhnya. "So, boleh kau tolong explain? Siapa Doktor Atif yang sebenarnya?"
"Apa? Kan dia dah bagitahu tadi, kawan lama."
"Somehow I smells something fishy about him."
"Awak tuduh saya ada apa-apa dengan dia?" suaraku sedikit meninggi namun masih dalam mood terkawal.
"Bukan kau, tapi dia. I saw dissapointment in his eyes. Something so dear is in front of him."
Tubuh aku sedikit mengeras mendengarkan Edward berkata seperti itu. Setahu aku, tak ada pula Atif tunjuk sebarang reaksi. Tak ada maknanya Atif masih simpan perasaan pada aku.
"Saya tak faham apa yang awak cuba sampaikan?"
"Dia itu ex-boyfriend kau, kan?" Macam mana dia tahu? Edward ada kuasa baca isi hati orang ke?
"Tell me, Adeera. Aku tak marah pun. I just want to know cause I think I deserve it?"
Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara.
"Ye, tapi itu dah lama. Saya pun dah lupakan dia. Macam yang awak nampak, dia pun dah ada kehidupan dia sendiri. Saya tak pernah jumpa dia lagi lepas kejadian itu."
"Sebab kejadian itu kau orang break?"
Aku angguk. "Dia... curang."
Entah kenapa saat menyebut perkataan 'curang' itu suara aku bergetar. Segala memori aku dengan Atif kembali terlakar. Dia adalah seorang lelaki yang sangat baik. Dia adalah ciri-ciri lelaki idaman aku.
Entah di mana silapnya, dia mencintai dua orang perempuan sekaligus. Sakitnya masih terasa, tapi tak sesakit dulu. Kami berdua sama-sama masih tak matang lagi pada waktu itu. Tapi dia... merupakan cinta pertama aku.
Bertahun-tahun aku cuba lupakan dia. Setelah aku tahu dia ada hubungan dengan perempuan lain di belakang aku, aku terus menghilangkan diri. Tak beri dia peluang langsung untuk berjumpa denganku mahupun menjelaskan semuanya.
Pada saat dia sangat mencintai aku. Dia juga mencintai perempuan lain. Siap post lagi gambar perempuan itu di Instagram. Hati siapa tak sakit?
"I see." Itu saja respon yang diberi. Rasa nak hempuk. Tapi yalah, cerita lebih-lebih pun bukan dia kisah. Aku ini hanyalah perempuan yang dia akan kahwin atas dasar orang tua saja. Macam jodoh pilihan keluarga pula.
Menurut aku, aku tak rasa ini adalah satu paksaan. Walapun mulut aku keras menolak segala cadangan ibu, hati aku separuh lagi menerima insan yang bernama Edward ini untuk menjadi pendamping hidup aku selama-lamanya.
"Awak ada ex? Mesti lah ada. Silly me." Aku gelak sendiri dengan soalanku itu. Orang macam dia ini, petik jari saja mesti beratur. Cuma nak dengan tak nak. Tak dinafikan Edward memang kacak. Terlalu sempurna. Semua ciri-ciri lelaki idaman ada pada dia.
"She's dead," terkejut aku mendengar jawapan itu.
"Hah? Innalillahiwainna Ilaihi Rojiun... sorry sebab tanya pasal itu. Saya tak tahu."
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...