AKU perhatikan Edward yang sedang bersiap-siap. Pakai smart smart ni nak pergi mana?
"Kenapa tengok abang macam tu?" Erk, sekarang tinggal kami berdua saja di dalam bilik. Dia masih gunakan panggilan abang tu.
"Awak nak pergi mana? Jumpa Hadi ke?"
"Ya, nak jumpa Hadi. Ada hal sikit nak bincang dengan dia."
"Oh... hal apa?"
Aku sambung semula membuat kerja yang terganggu. Banyak lagi yang perlu diselesaikan sebelum graduasi. Masih berbaki sebulan lagi sebelum aku sepenuhnya menamatkan zaman belajar dan memegang sijil ijazah sarjana muda. Tak sabarnya nak habis belajar. Nak pecah dah otak ni.
"Tapi kannn..." Aku bersuara. Edward yang sedang berdiri di cermin itu menoleh. Kening dia terjongket?
"Kenapa awak pakai macam tu?"
"Macam mana apa?" Edward tengok tubuh dia yang kemas berbaju melayu berwarna biru laut.
"Pakai baju Melayu."
"Ohh... ini. Deera jangan salah faham, okey? Abang nak pergi wedding kawan Hadi aje. Abang teman dia."
Aku bangun. Edward dah kecut perut. Adeera nak nak belasah dia ke apa? Muka macam nak cari gaduh. Edward berundur dua tapak ke belakang.
"Awak cakap ada hal nak bincang dengan dia. Halnya majlis kahwin?"
"Ya..." Muka aku dah penuh dengan seribu tanda tanya. "Kenapa baby?"
"Pelik. Bincang apa dekat wedding? Bincang kahwin lain?" Edward ketawa. Dia cubit pipi gebu aku. "Auch, sakitlah!"
"Please don't misunderstand with me. Abang pergi kenduri kahwin dan memang ada benda nak dibincangkan selepas itu berkaitan dengan Brian Empire." Aku pegang kolar baju melayu dia yang belum berbutang.
"Ye lah tu..."
"Butang bajunya ada ke?" Dah macam dialog dalam filem P.Ramlee pula. Kepala aku dongakkan memandang Edward. "Of course lah ada! Takkan tak ada."
"Mana? Biar saya pakaikan..."
"I think dekat dalam paper back tu..."
Aku baru nak bergerak pergi ambil. Edward terlebih dahulu menghalangku untuk berbuat demikian. "Biar abang ambil."
Terasa janggal bila Edward bahasakan diri dia 'abang.' Aku masih dengan panggilan yang selalu aku gunakan.
Tak sampai seminit.
Edward kembali berdiri di hadapanku. Tangannya menghulurkan kotak kecil yang berisi butang baju melayu. Dia cuma memakai baju melayu dan seluar slack hitam.
"Dekat London awak pernah datang majlis kahwin orang Melayu ke?" soalku tatkala tangan ligat memakaikan Edward butang baju. Agak ketat kerana Edward baru beli baju ini.
"Pernah. Banyak kali."
"Awak pakai baju Melayu juga?" Aku dongak seketika untuk memandang dia. Seperti biasa, dia dah tersedia memandangku.
"Abang pakai sut kerja or kemeja aje." Aku buat gaya mulut 'O' dan anggukkan kepala tanda faham.
"Awakkk..."
Aku tanpa sengaja memanggilnya sedikit manja. Edward tergelak kecil mendengarnya.
"Manjanya suara tu. Ada nak minta apa-apa dari abang ke?"
Tubuhku sedikit mengeras bila terperasankan akan nada suara yang berubah tadi. Ish, kau ini Adeera!
"Tak ada apa. Tapi saya nak minta izin keluar. Lepas awak keluar ni." Dahi Edward berkerut.
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...