𝓑𝓪𝓫 52

2.1K 73 1
                                    

AKU tak tahu berapa lama masa yang diambil untuk sampai ke rumah agam Edward di London ini. Aku sibuk main game di telefon. Ya lah, ada orang tu merajuk tak nak layan aku.

Nak tidur pun, aku dah hampir separuh hari tidur dalam kapal terbang.

Aku ingat rumah ini!

Pertama kali aku datang ke sini selepas diijab kabulkan dengan Edward. Aku dah ingat! Tapi bahagian itu saja yang aku mampu ingat. Selepas daripada itu aku masih blank. Tak apalah sekurang-kurangnya ada juga.

Kami disambut oleh mama dan papa mentuaku.

Seronok mereka menerima kehadiran anak menantu pulang. Kali terakhir aku berjumpa mereka adalah waktu aku habis pembedahan. Bukan main terkejut lagi aku bila nampak ada orang putih dalam bilik aku waktu itu.

Mama masih okey lagi sebab muka dia melayu dan bertudung. Papa memang seratus peratus muka warga asing. Aku jadi takut waktu itu.

Bila terkenangkan semula rasa kelakar pun ada.

"Assalamuaikum, mama, papa. Sihat ke?" Aku menyapa mereka mesra. Tangan dihulurkan untuk bersalaman.

"Waalaikummussalam."

"Waalaikummussalam." Serentak mereka menjawab.

Tak sempat nak salam mama. Dia terus tarik aku ke dalam pelukannya. Tercekik aku dibuatnya.

"Mama, your daughter in law cannot breath. Please be gentle to her." Papa menegur isterinya yang terlalu teruja berjumpa denganku. Mama lebih teruja jumpa aku berbanding anak lelaki dia sendiri. Selamat Edward tak cemburu tentang itu.

Mama tersedar akan pelukannya yang begitu erat lalu melonggarkan sikit pegangannya.

"Mama rindu menantu mama! Deera dah ingat kami semua ke?"

"Belum ingat apa-apa lagi. Tapi, Deera ingat rumah ni. Mama sihat ke?" Aku leraikan pelukan.

"Deera ingat rumah ni? Wah, such a good news to hear that! Boleh tinggal lama-lama lagi dekat sini supaya semua memori Deera kembali."

"Mama dengan papa alhamdulillah sihat. Sihat orang tua ajelah," sambung mama lagi.

"Deera ingat pernah datang sini aje, mama. Yang lain Deera tak ingat pun."

"Bagus lah. Ada juga perkembangan. Eh, anak mama tu kenapa, Adeera? Diam je dari tadi?" Mama baru perasan akan Edward yang hanya membisu sedari tadi. Muka dia beriak biasa. Tak ada cemberut atau marah.

"Oh, dia merajuk dengan Deera."

"Dah nak dekat 30 pun merajuk macam budak kecik lagi, Edward? Janganlah merajuk lama-lama. Tak elok. Layan isteri kamu ni elok-elok."

Mama pukul bahu Edward. Dia mengaduh kesakitan.

"Dia yang tak layan Edward tadi. Lama tau. 10 jam." Baru aku dengar suara dia.

"Tak ada. Mama tak nak ambil tahu pasal kamu berdua punya masalah. Mama tahu sekejap lagi dah elok."

"Adeera, let's go inside. It's cold outside here. You must be tired from a long journey. Come come, my daughter." Papa menggamit tanganku. Sedari tadi dia hanya mendengar perbualan kami. Tak tahu lah dia faham atau tak. Aku rasa dia faham saja, cuma nak berkomunikasi dalam Bahasa Melayu itu dia tak mahir.



DUA hari baru hilang jet lag aku. Aku memang waktu siang di sini tidur. Waktu malam berjaga. Tapi bila malam pun aku tidur, cumanya lewat.

Memandangkan di sini tiada apa-apa yang menarik boleh dibuat, senang sajalah untuk terlelap.

Edward masih merajuk denganku. Baru tahu, dia merajuk lagi parah daripada aku. Aku dah tak tahu macam mana nak pujuk dia. Tapi kadang-kadang Edward tewas juga bila aku buat muka comel atau perbuatan aku yang tanpa sengaja comel dimatanya.

[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now