𝓑𝓪𝓫 77

2.4K 77 2
                                    

PEMANDU tak siuman itu rupa-rupanya memang perempuan gila! Sarah. Dia memang dah gila! Dia melajukan kereta bagi menyamai kedudukan kami dalam satu jalan yang sama. Cermin kereta gelapnya diturunkan, manakala aku kekal menutup cermin. Walaupun cermin kereta aku juga gelap, tapi masih jelas nampak seraut wajah yang banyak buat masalah pada rumah tangga aku.

Sarah dengan rambut tak diikatnya ketawa bagaikan orang tak siuman sambil memandang ke kiri. Mujurlah pemanduan di Malaysia di sebelah kanan. Jadi dia sedikit jauh dari aku.

"Hoi, perempuan tak guna! You rampas Edward dari I. I akan buat you menderita! Sama sakitnya macam hati I yang menderita sebab Edward pilih you! Apa kurangnya I? You akan mati hari ni, Adeera! I akan pastikan you tak dapat tengok Edward lagi! Cuma I seorang je yang boleh tengok dia. Dia hak milik I!"

Meremang bulu romaku bila dengar kata-kata yang keluar dari mulutnya itu. Macam orang tak ada pedoman hidup. Ya Allah, nauzubillah. Lindungilah aku, Ya Allah.

"Deera jangan dengar cakap dia! Just focus on your drive. I'm on my way!"

Sejurus Edward habiskan kata-katanya, Sarah memusingkan stereng keretanya ke kiri sehingga keretanya berlanggar kuat dengan kereta aku. Terasa bergegar otak. Pandanganku sedikit kabur.

Rempuhan itu tak begitu kuat kerana kereta aku masih boleh berjalan dan memecut seperti biasa. Aku melajukan kenderaan. Sarah juga sama.

Tak pernah-pernah aku bawa selaju ini di kawasan ini. Mujur tiada kenderaan langsung di jalan bahagian ini. Berkali-kali aku dengar Sarah hon kereta dia. Berkali-kali juga aku dilanggar dari belakang, dari tepi. Serius aku menggigil sangat-sangat tapi tak ada apa yang aku boleh buat selain mengelak.

Kalau aku berhenti mungkin dia akan terus langgar kereta aku? Ataupun dia ada senjata untuk cederakan aku? Mungkinkah peristiwa di London tempoh hari akan berulang lagi? Mengingatkan kejadian itu trauma aku kembali lagi.

Sampai di persimpangan simpang empat, aku nampak lampu isyarat berwarna oren menuju ke warna merah. Segera aku pecutkan kereta untuk melepasi Sarah. Dengan harapan, semoga dia patuhi undang-undang lampu isyarat. Tapi, tanggapanku meleset bila kereta yang dipandu Sarah turut sama memecut.

Oleh kerana dia baru lepas memecut di lampu isyarat, dia melanggar kuat belakang keretaku sehingga aku tak mampu kawal lagi stereng. Aku berhenti mengejut dan leher aku terkehel, sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Sarah terus menekan minyak dan mendorong kereta aku entah ke mana.

Aku tak nampak dengan jelas kerana sibuk menahan sakit yang tak terperi di leher. Entah patah atau terseliuh. Aku lebih rela terseliuh berbanding patah.

Hentakan kuat pada sesuatu itu menyebabkan air bag bahagian pemandu keluar bagi melindungi aku dari terus terhantuk ke depan. Kalau tiada itu mungkin aku boleh terkeluar dari kereta ini.

"Tak guna kau, Adeera! Aku akan bunuh kau malam ni! Kau memang bodoh! Aku benci kau! Aku benci orang yang ambil hak aku! Aku akan pastikan kau mati malam ni!"

Betapa kuatnya suara dia sampai aku yang di dalam kereta juga boleh mendengar suara dia yang dari dalam kereta di belakang. Dia dah berhenti merempuh kereta aku. Mungkin penat agaknya.

"Adeera, sayang? Are you there? Are you okay? Sayang?!"

Pandanganku dah kabur, semuanya bertukar menjadi dua. Aku dengar bunyi bising di kepala, sangat bising.

Aku dengar bunyi siren polis, begitu banyak bunyinya. Entah lah, sama ada itu polis, ambulans atau bomba. Aku jujur dah tak larat lagi.

"Abang..."

"Berhenti! Jangan bergerak." Satu suara garau kedengaran.

Tak lama selepas itu, terdengar bunyi satu das tembakan dilepaskan.



[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now