ORANG ramai sedang menjamu selera di bawah khemah kanopi di luar. Aku tak tahu kenapa Edward pergi tempah khemah sedangkan rumah dia ini besar? Mampu muatkan semua tetamu yang hadir pada malam ini. Kalau tak muat pun, sekurang-kurangnya satu sajalah khemah.
"Assalamualaikum," tegur salah seorang tetamu yang hadir.
Aku yang sedang meletakkan buah tembikai di atas meja makan menoleh. Orang itu hadiahkan senyuman manis. "Eh, Waalaikummussalam. Jemput makan," pelawaku.
"Ye, akak nak makan lah ni. Nak ambil buah tu." Perasan yang aku memang menghalang laluan dia. Segera aku alih berdiri di tempat lain.
"Awak tuan rumah makanlah sekali. Jangan tengok aje. Nanti tak sempat makan pula. Jemput-jemput makan juga, dik."
"Ye, ye. Saya makan sekejap lagi dengan suami saya."
"Orang laki makan dekat luar, dik. Tak sempat lah makan dengan awak. Tak apa, makan je sekarang. Akak rasa suami awak pun tengah makan juga dekat luar tu. Akak nak tanya ni, nama awak siapa ye?"
Aku jenguk ke luar. Tak nampak pun Edward di mana.
Waktu itu tak ramai orang yang beratur mengambil makanan di meja itu. Semua dah ambil awal-awal tadi. Akak yang tegur aku ini dia baru sampai. Ini kali pertama kami jumpa.
Aku rasa dia penduduk di taman ini.
"Nama saya Adeera, kak. Nama akak apa?" Aku cuba beramah mesra. Nak salam, tapi tangan dia ada pinggan.
"Nama akak, Tari. Adeera ni muda lagi, kan? Betul lebih muda dah akak, kan? Risau tersilap panggilan nanti."
"Ye. Saya muda lagi. Tak apa kalau salah panggil. Tak kisah pun. Akak duduk Tinkerbell Residence ke?"
"Eh, tak. Akak duduk taman bawah tu. Mana mampu nak duduk dalam ni. Ada sepuluh buah rumah je. Rumah dekat bawah itu pun akak menyewa aje."
Tengok dari rupa parasnya, akak ini mesti dah berkahwin dan ada anak. Tapi aku malas lah nak tanya. Tapi, bukan ke itu soalan asas untuk ditanya kalau nak berkenalan? Sebab tak ada topik nak dibualkan.
"Adeera dah lama kahwin dengan suami? Akak tak pernah tengok kanu berdua dekat sini. Ini kena jemput, baru pertama kali nampak tuan rumah dengan isteri. Muda kamu berdua ye. Muda-muda dah berjaya."
"Baru setahun, kak. Kami memang jarang ada dekat rumah. Saya pun pertama kali nampak akak."
"Bagus lah. Lepas ni boleh lepak-lepak kalau Adeera nak. Akak okey je." Kak Tari dah berura-ura nak duduk. Sedari tadi dia hanya berbual denganku sambil berdiri. Aku yang faham dengan gerak-gerinya segera beri dia ruang.
"Jemput makan, kak. Makan banyak-banyak tau. Nanti tambah lagi."
AKU keluar mencari Edward. Nak makan sama-sama. Di luar ini pun ada juga perempuan, cuma lebih ramai kaum wanita makan di dalam sebab begitulah kebiasaannya.
Edward mesti belum makan. Aku dah rasa sedikit makanan katering tadi. Pedas untuk dia. Dah lah dia memang tak boleh makan pedas. Lepas itu, luka diperutnya masih belum pulih sepenuhnya.
Sedang aku tercari-cari Edward di mana, tiba-tiba ada satu suara garau menegurku. "Adeera!" Nasib baik aku tak melompat dekat situ. Kalau jadi begitu memang aku suruh Edward angkat rumah ini untuk berpindah ke negeri lain.
Segera aku toleh ke arah si pemanggil.
Atif.
Dia tak keseorangan, ada dua orang lagi bersamanya. Seorang di kiri dan seorang di kanannya. Aku jemput dia datang. Tapi aku tak jemput lagi dua orang itu. Aku cuma cakap, "Bawalah sesiapa yang awak nak bawa."
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...