MASUK enam bulan, mual aku dah tak ada. Edward pun dah boleh tidur dengan aku. Kesian dia selama lebih tiga bulan setengah tidur di sofa.
Hari ini aku nak masak ayam butter milk. Mengidam! Tapi kali ini dah boleh masak sendiri. Awal pagi lagi aku hantar pesanan Whatsapp pada Edward untuk belikan semua bahan-bahan yang aku nak.
Terhibur aku bila lain yang aku tulis, lain yang dia beli. Nasib baik video call. Jadi boleh lah aku bagitahu dia, barang yang dibeli itu betul atau tak.
Pukul 12 tengah hari, aku dah terpacak di dapur. Bik Kamy tak ada membantu. Aku tak bagi dia tolong. Jadi, dia mungkin lepak dengan Pak Kamil di luar rumah. Tak pun dia akan tidur.
Pertama sekali, aku gorengkan ayam terlebih dahulu. Aku goreng enam ketul semuanya. Cukup lah, kan? Lagipun untuk aku dan Edward saja.
Bila dah siap goreng, aku letakkan di tepi dan tutup supaya lalat tak hinggap dan tak ayam itu tak tercemar.
Selepas itu, aku buat butter milk pula.
Edward beli satu bungkus daun kari. Dah macam pokok inai. Siapa lah nak guna semua daun-daun kari ini?
Aku ambil dua tangkai saja dan kemudian basuh sebelum dicarik satu per satu.
"Hm, sedapnya. Tak sabar." Aku menggumam sendirian melihat kuahnya hampir siap sambil bertepuk tangan. Gembira betul mood aku hari ini. Semalam mood aku tak berapa baik. Ini kerana, Edward duduk di sebelahku.
Kelakar, kan? Duduk dekat sebelah pun nak bad mood? Tapi serius, semalam aku beritahu dia yang aku nak me time, tiba-tiba sepanjang hari dia duduk berkepit di celah ketiakku. Alasan dia buat begitu kerana risau jika ada apa-apa terjadi denganku.
Apa saja yang boleh jadi?
Aku pula yang dimarahi selepas berkata begitu. "Sayang, jangan sebut bukan-bukan. Doa mummy makbul tau!" Dia memang kalau sebut pasal anak, bahasakan diri aku mummy.
"Opocot kau!"
Terlepas pisau dari tangan. Ya Allah, nasib baik tak terpelanting. Aku urut dada. Memang nak kena tarik telinga dia ini. Siapa lagi kalau bukan Edward.
Suka hati dia saja peluk aku dari belakang waktu tengah potong cili.
"Wah, Deera. Tenang, tenang. Takut abang kalau macam ni."
"Sekarang baru nak takut? Tadi buat apa?"Dia garu kepala dan kemudian angkat dua jari. Peace no war.
"Tadi peluk bumil masak. Comel je dia dari belakang macam penguin. Abang geram tengok. Nanti baby kita mesti comel macam sayang, kan?"
"Penguin? Deera basically macam penguin je di mata abang selama ni? Penat Deera pakai cantik-cantik untuk abang setiap hari, warna-warni. Dia boleh kata kita penguin? Dia orang tu warna hitam putih je. Deera pakai dress warna biru sekarang ni!"
Salah cakap memang ini lah jadinya.
"Ya Allah, bukan! Bukan macam tu lah maksud abang. Astaghfirullahalazim." Dia betul-betul tepuk dahi. Tak tahu nak terangkan.
"I want explanation, please."
Edward ketawa.
"Marah pun nak comel ke sekarang ni? Okey macam ni, penguin tu kan comel? Comel, kan? Deera comel maksud abang. Like comel gila, tau tak? Abang tak tau nak cakap macam mana dah. Tapi maksud abang, abang cuma nak cakap Deera comel je lah. Tak suka ke abang panggil dia comel? Habis tu nak abang puji apa?"
"Oh, okey." Aku berpaling dan sambung memasak.
"Okey? Apa yang okey?"
"Ye, terima kasih. Deera tau Deera comel. Abang pun comel."

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...