𝓑𝓪𝓫 60

2.3K 78 1
                                    

"ABANG tak pelik ke kenapa Sarah datang balik? Bukan ke abang cakap dia dah meninggal dulu?"

Aku toleh memandang Edward yang sedang fokus kepada pemanduannya. Keningnya berkerut untuk beberapa saat. Dia tak puas hati dengan soalanku itu. Sangat tiba-tiba.

"Kenapa Deera tiba-tiba cakap pasal dia?"

"Teringat je. Kan Deera tak ingat dia lagi masa tu. Ni sekarang dah ingat. So, teringatlah. Abang tak pernah bahas pasal dia pun lepas kejadian tu?"

"She's not important pun lah. Let's not talk about others. Let's talk about us. Abang perasan, Deera suka sangat cakap pasal orang lain. Our relationship needs more attention." Satu senyuman miang terlakar dibibirnya.

"Hah? Apa dia abang cakap? Cakap pasal US?" Sengaja aku buat-buat tak dengar dan bahas mengenai Amerika pula. Langsung tak ada kena mengena betul.

"US apa pulak? Us lah. KI-TA!" Amboi, marah betul.

"Err... tak payahlah cakap pasal kita. Tak ada apa yang menarik pun. Abang tengoklah jalan tu, kan tengah drive."

"Sengaja tukar topik. Luckily, memang betul I am driving right now."

"Okey, sila tengok depan abang." Aku pusingkan mukanya. Edward memang tengok depan. Tapi aku rasa pemanduannya tak begitu fokus. Aku dengar dia hela nafas panjang.

"Abang kenapa mengeluh?"

"Am I? Tak. Abang okey je."

"Jangan mengeluh abang. Tak elok."

"Okey, sayang. Dah nak sampai rumah Ian. Wear your winter jacket, please," arahnya. Aku cuma menurut.

Agak payah kerana keadaanku yang tak mampu bergerak banyak. Lebih-lebih lagi, dengan baju sejuk yang tebal ini, bertambah susah. Akhirnya aku mengalah.

Kereta Edward berhenti di tempat letak kereta bawah bangunan itu. Sunyi saja tempat ini. Maksud aku, nampak sangat selamat.

Beberapa ketika kemudian, pintu aku dibuka dari luar. "Kenapa tak pakai jacket? Sejukkan luar ni?"

"Susah lah nak pakai. Lagipun dalam kereta."

"Oh, nak abang pakaikan lah ni? Cakap aje lah. Malu-malu pula dia. Meh sini."

Dia ambil baju sejuk aku kemudian dia bungkuskan aku dari depan. Tubuhku didukung. Aku ini ringan macam kapas saja dia buat.

"Abang kenapa tak pakai wheelchair?"

"Susah lah."

"Hah? Macam ni lagi susah." Aku tengok ke lantai. Memberitahu dia bahawa posisi aku di dukungannya lebih menyusahkan sebab dia kena tanggung beban lagi satu ditubuhnya.

"Oh, ini ke?" Edward angkat-angkat aku. Ingat aku ini budak kecil ke? Kalau jatuh tak pasal-pasal hilang ingatan balik.

"Edward, stop it. Nanti Deera jatuh, hilang ingatan lagi macam mana?"

Terus keras tubuhnya. "Okey, okey. Jom masuk. Sejuk ni."



EVIAN duduk di tingkat biasa. Bukan penthouse yang terletak di tingkat paling atas. Tapi lihat saja pada jenis lantai marmar yang digunakan, tempat ini eksklusif.

Buat apalah beli kalau tak duduk? Membazir saja. Baik bagi aku. Tapi aku dah ada rumah lah pula.

"Deera, bukakan pintu. My hands are full."

"Full apa ke bendanya. Tak ada apa pun."

"Full with you in my hands, sayang."

Yek, aku julingkan mata ke atas. Aku tunduk sedikit untuk buka pintu itu. Tangan Edward kemas memegang kaki dan pinggangku supaya tak jatuh. Macam mana ceritanya nak buka pintu rumah Ian ini?

Tempat nak cucuk kunci dah tentunya tak ada. Passcode pun takda, face id? Lagi lah aku tak jumpa di mana? Lama aku belek-belek pintu itu naik lengun badan. Edward mesti lagi lenguh, dapat aku rasakan tangannya yang memegangku itu bergetar.

"Abang, macam mana nak buka ni? Mesti Ian sorang je boleh bukak. Habislah kita. Tak boleh masuk."

"Wait a minute. Deera duduk sini sekejap tau."

Di bahagian luar rumah Evian, terdapat satu sofa panjang seperti ruangan menunggu. Dia letakkan aku di situ kerana ingin berurusan di telefon. Itu lah, tadikan dah cakap letak aku dekat kerusi roda. Tapi dia degil.

Jarak dari sebuah rumah dengan rumah yang lain agak jauh. Cukup privasi kawasan ini. Di satu tingkat hanya terdiri dari empat buah rumah dan dipisahkan oleh lift ditengahnya. Maksudnya, dua rumah di kiri dan dua rumah di kanan.

Evian tinggal di tingkat 20. Bangunan ini secara keseluruhannya mempunyai 30 tingkat. Takut betul, tinggi sangat. Rumah ini hanya ada satu bangunan dan tak ada blok-blok lain yang wujud seperti apartmen atau kondominium di Malaysia.

Aku melihat ke arah Edward yang tengah bercakap di telefon. Daripada gayanya, tak adalah stres mana pun. Dia cuma tenang.

Sedang aku melihat dia. Edward berjalan ke arahku. Tangannya memanggil aku untuk dekati dia. Hah? Dia nak apa ini?

"Jom." Setelah selesai berbual di telefon dia dukung aku semula.

"Macam mana nak buka pintunya?"

"Macam ni." Kali ini dia tolak saja pintu itu. Hah? Semudah itu?

"Abang ada kuasa apa-apa ke?"

Aku belek-belek mukanya. Terus terasa getaran di dada dia yang ketawa akibat tindakan spontan aku itu. Digeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali.

"Haah, abang ada kuasa tiga."

"Wah, kuasa apa tu?" Aku pun layankan saja. Tahu semua itu tipu. Aku yang mulakan dulu. Kena join sekali lah bila dia membalas.

"Kuasa buat sayang fall in love dengan abang hari-hari, kuasa hensem. Lagi satu, kuasa...."

"Hmm, kuasa apa eh lagi satu, sayang? Ada idea?"

"Deera tak tahu."

"Whatever. Jom masuk. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam," jawabku sambil gelak kecil.

"Saya rasa awak kena ambil wheelchair lah, bang. Deera berat ni. Kesian abang penat. Tangan pun dah terketar-ketar. Kalau tak larat tak apalah. Deera tak kisah pun. Deera minta maaf susahkan abang."

Baru saja masuk ke dalam rumah itu, aku dah buat ayat sedih. Sebenarnya aku bahaskan pasal tadi. Waktu aku tunduk nak buka pintu rumah ini. Sekarang dia gagah perkasa.

"There you go again. But seriously sayang, tangan abang terketar-ketar ke sekarang? My, my. My stamina is weak already. I need to work out more. Come to think of it. I'm working out too right now, kan baby girl?"

"Abang anggap ni senaman? Deera objek je lah, kan?"

Aku tanpa sengaja cetuskan pergaduhan kecil di pagi hari. Bisalah perempuan, kan? Ada saja benda nak dibuat gaduh. Memang selama ini Edward banyak bersabar dengan karenahku. Aku sangat bersyukur dengan perangai dia yang penyabar itu.

"Mana ada objek. Nak abang kiss ke? Mulut tu suka hati je cakap macam tu, kan? Denda nanti baru tau."

Aku terus diam dan pandang tempat lain. Mengundang ketawa suamiku di depan ini. Walaupun aku tak setuju dengan kata-kata dia itu, dia tetap cium pipi aku.

"Senyum lah. Baru comel. Please."

Lambat-lambat aku senyum sehingga menampakkan lesung pipitku yang dalam. Dia pun turut senyum.

"Comelnya lesung pipit dia. Dah jom!"

[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now