𝓑𝓪𝓫 18

2.8K 100 2
                                    

AKU menapak menuju ke bangunan kelas. Hari ini merupakan hari pertama aku di semester terakhir. Semester kali ini akan sibuk.

"Weh Deera, lama tak dengar cerita. Kau cuti senyap je eh!" Fakhira tiba-tiba buka suara.

Aku memang begitu. Kalau cuti memang hilang terus. Ini pun tak bagitahu lagi kawan baik aku itu yang aku dah berkahwin. Entah apalah reaksi mereka nanti.

"Tak ada apa yang menarik pun. Lagi-lagi nak cerita dekat korang."

Aku menjuihkan bibir ke arah Fakhira dan Hanan yang duduk di sebelah. Kami berkawan rapat sejak dibangku sekolah lagi. Punya lah kuat jodoh kami, sampai degree pun bersama.

"Iye ke tak ada hot tea? Selalu yang paling diam ini lah banyak simpan rahsia."

Hanan bersuara. Antara kami bertiga, Hanan paling kecoh sekali nak tahu gosip-gosip semasa. Dan yang paling malas nak ambil tahu tepi kain orang, tak lain tak bukan aku lah orangnya.

"Ye, tak ada. Kau orang buat apa je tiga bulan cuti? Menghabiskan beras aje ke?"

Menusuk kalbu soalan yang dilontarkan aku itu. Mereka, Fakhira dan Hanan memukul lenganku kuat. Aku mengadu kesakitan.

"Aku macam biasa lah, balik kampung jaga nenek aku. Sambil-sambil itu, aku tolong mak aku jual ikan dekat pasar." Hanan itu sebenarnya orang kampung yang kaya raya. Tapi dia sentiasa berpegang pada prinsip low profile.

"Kau, Khira?"

"Aku? Aku buat part-time dekat kafe baru area rumah aku itu. Sekarang pun aku kerja, kalau free lah. Kau orang datang lah nanti. Interior dia onz weh."

"Jom lah balik kelas kita pergi. Sementara tengah free lagi ini. Minggu depan dah start busy dah," pelawaku. Awal-awal ini masih lapang lagi. Cuba dah akhir-akhir nanti. Nak bermanja pun tak sempat. Apatah lagi lepak minum kopi.

Ting. Ting. Ting.

Bunyi notifikasi Whatsapp telefon aku menarik perhatian semua orang di dalam dewan kuliah itu.

"Sorry. Minta maaf."

Aku berdiri dan angkat tangan ke atas. Tanda minta ampun dengan rakan kelas yang lain. Saat aku ingin duduk semula. Terasa telingaku berdesing. Duniaku sedikit berpusing. Cepat-cepat aku kawal reaksi muka dan mengimbangkan badan.

Kenapa ini? Aku cuba tenang dan duduk. Mereka tak perasan dengan apa yang terjadi tadi.

"Uih siapa itu? Banyak betul hantar mesej?" Siapa lagi kalau bukan Hanan kan. Kepala dia dah terjengul melihat skrin handphone aku.

"Tak ada siapa lah. Ini spam mesej je."

Aku ketuk kepala Hanan lembut. Sibuk lah, itu pun nak tahu.

Setelah menekan password. Baru lah aku dapat melihat pesanan yang dihantar. Ada tiga pesanan dari encik suami. Aku tak terus baca di Whatsapp, sebaliknya aku baca dulu diruang notifikasi.

Jadi rindu pula dekat Edward.

"Hi, baby! How's your first day of class? Are you doing good?" Dah macam budak-budak pula kena soal macam ini. Aku kerling jam di tangan.

"Belum mula lagi kelas saya."

"Oh, my bad. What time is it now?"

"9 am."

"Still early in the morning. Pukul berapa awak balik?"

"Pergi tidur lah." Aku tak jawab pertanyaan Edward.

[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now