𝓑𝓪𝓫 64

2.1K 68 1
                                    

ANGIN sejuk buatkan tubuhku menggigil. Tangan meraba-raba comforter tebal yang berada di pinggang dengan mata terpejam.

Tapi, lain macam pula selimut ini ya? Kenapa keras lepas itu ada kotak-kotak macam roti? Dengan mamai aku cuba buka mata, tangan masih meraba-raba 'benda' keras tersebut. Benda apa lah ini agaknya.

Berkerut dahiku saat cuba buka mata. Meneutralkan pandanganku dengan cahaya samar-samar bilik itu. Mujur cuma lampu tidur yang terpasang, kalau lampu bilik ini mahu buta mata aku kerana terlalu terang.

Bila mata aku dah sepenuhnya terbuka dan boleh melihat dengan baik. Ada sepasang mata sedang lunak memandangku sambil tersenyum manja. Terus keras aku di situ.

"Tidur pun raba-raba abang, sayang?" Yang macam roti tadi itu perut dia ke? Rasa nak tepuk dahi.

"Ma... mana ada! Orang nak selimut lah. Tak jumpa!"

"Oh, sejuk ke? Meh sini abang give you the warmest hug." Terus dia tarik aku ke dalam pelukannya. Terasa haba hangat ditubuhnya perlahan-lahan menenangkan badanku yang menggigil itu.

"Better now?"

"Nak selimut jugak!"

"Okay, comforter for you."

Ditarik selimut tebal menyelimuti kami berdua. Barulah selesa begini. Bersama dengan itu, satu kucupan hangat mendarat di dahiku. Aku tersenyum selepas dicium.

"Thank you, wife."

"You're welcome. Tapi, sebab apa?"

"For this unforgettable present."

"Dah lah, Deera malu."

"Kenapa nak malu? Kita dah nak setahun kahwin. That shy part of you really need to be fix. Or else..."

"Or else?"

"Nothing. Jom tidur."



"DUA orang pengantin baru, bila balik Malaysia?" Nampak saja kelibat kami, mama terus ajukan soalan popular itu.

Aku terus sibukkan diri tolong mama di dapur. Rasa macam lama sangat dah tak jumpa orang-orang dalam rumah ini. Sejak kejadian itu aku memang banyak menyendiri di dalam bilik.

Semua orang faham itu. Jadi mereka sangat berhati-hati bila nak tegur atau terjumpa aku di mana-mana dalam bahagian rumah ini.

"Pengantin baru apanya mama? Dah nak setahun dah. Pengantin lapuk," jawabku sambil ketawa kecil.

"Ye, tapi tengoklah mesra tu macam baru kahwin semalam. Edward mama tengok makin melekat dengan Deera. Tak sia-sia mama jodohkan kamu berdua dan tak sia-sia Edward tak menolak, kan?"

"True, ma. Thanks ma bagi Edward girlfriend. Kalau tak mesti Edward sunyi sampai sekarang. Tidur pun mesti dekat ofis aje."

Bunyi Edward itu terlebih bersyukur.

"So, bila balik Malaysia ni? Tak ada kerja ke dekat sana? Punyalah lama duduk sini."

"Sayang, tengok mama ni halau kita balik."

Aku hanya ketawa dan melabuhkan duduk disebelahnya. Dia seperti biasa memang perhatikan gerak geriku. Mana tahu aku perlukan bantuan.

"Jumaat ni dah balik, mama. Edward ada banyak kerja tunggu dah dekat Malaysia. Nasib baik ada kawan dia boleh uruskan." Aku jawab bagi pihak suamiku. Lama sangat nak tunggu dia jawab.

"Hadi ke?"

"Yes, mama."

"Kamu bagi dia uruskan syarikat? Sepercaya itu kamu dengan dia?"

"No lah, mama. Edward still berhati-hati dengan semua orang. I know he's my best friend. But, I know the limits too. Edward suruh dia tengok-tengokkan aje. Yang utama punya Edward uruskan dari sini."

"Kamu kena ingat Edward. Bukan lah mama tak percaya. Tapi kita kena berhati-hati juga. Yang boleh dipercaya family je. Itu pun kadang-kadang tak guna juga. Berhati-hatilah ye kalau nak beri kepercayaan tu. Mama pesan ni."

"Okey, ma."

"Deera, nak tahu tak? Dulu Edward ni beku macam ais. Nak suruh gelak pun susah. Asyik berlagak maco aje. Tapi sejak menantu mama ni datang dalam hidup dia. Terus jadi soft spoken. Muka tu asyik senyum angau memanjang."

Aku yang mendengarnya terus blushing. Kedua pipiku dipegang. "Ye ke, ma? Dulu Edward macam tu? Tapi, dia cakap dulu dia play..."

Belum sempat aku nak habiskan ayat. Edward tekup mulutku dengan tangan besar dia. Terkejut besar aku dibuatnya. Mama pun naik hairan tengok gelagat anaknya yang seorang ini.

"Playful kan, sayang?"

Hah?

"Oh betul, ma."

"Bila masa kamu playful, Edward? Mama tengok kamu beku aje?" Sah. Mama memang tak tahu perangai anak jantan dia buat dulu.

"Deera rasa, mungkin Edward macam tu dengan kawan-kawan dia aje kut, mama?"

"Mungkin lah. Mama mana kenal sangat semua kawan dia. Hadi aje lah kawan dia ada pun. Kawan universiti habuk pun mama tak pernah nampak. Mama tak berapa berkenan dengan kawan universiti dia. Sosial lepas tu seksi sangat. Mama tak bagi datang rumah."

Mama mula cedok nasi goreng ke dalam pinggan kami. Aku hanya menghulurkan pinggan. Dah kenapa aku hulur? Patutnya aku yang cedokkan untuk mama.

Entah lah. Aku garu saja kepala yang tak gatal ini.

"Thank you, mama. Patutnya Deera yang buat."

"Eh, tak apa lah. Mama dah biasa buat ni nak dekat 27 tahun."

"Papa mana mama?"

"Papa tidur. Baru lepas makan ubat. Sekejap lagi ada appoinment dekat hospital. Macam biasalah. Rutin bulanan."

Aku hanya mengangguk. Sebenarnya, papa dah sihat dah. Cuma dia wajib pergi monthly check-up di hospital kerana dia sendiri yang nak.

Katanya nak selalu tahu keadaan kesihatannya macam mana. Papa sihat, tapi sihat orang tua lah. Dah banyak yang dia tak berupaya untuk buat sendiri macam dulu.

[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now