𝓑𝓪𝓫 24

2.8K 103 1
                                    

HARAP-harap Adeera dah tidur.

Edward pulang lewat, seronok sangat lepak dengan Hadi sampai tak perasan waktu dah menginjak tengah malam. Dah lah dia keluar betul-betul awal pagi. Balik pula tengah malam.

Memang nak kena lah!

Keadaan rumah sangat gelap. Hanya lampu di garaj kereta dan lampu di belakang rumah saja yang dibuka. Perlahan-lahan dia buka kunci rumah.

Sewaktu sampai di bilik lagi lah, gelap segelap-gelapnya. Adeera tidur memang tak suka membuka sebarang lampu. Sekecil-kecil cahaya akan mengganggu tidurnya.

Edward pun menggagau lah mencari arah di dalam bilik itu. Dia mencari meja kecil yang berada di tepi katil. Handphone, wallet dan kunci kereta diletakkan di situ.

Dah macam orang buta. Dia berjalan menuju bilik air, mahu mandi. Baru boleh peluk isteri.

"Sayang, abang dah balik." Dia hidu bau rambut aku yang wangi itu. Wangian kegemaran baru untuk dia.

"Dah pukul berapa ni?"

Aku menyoal dengan mata yang terpejam. Bau sabun aku pada tubuh Edward membuatkan aku nyaman. Baru lepas mandi lah tu!

"Two am."

Keningku berkerut. Lewatnya balik? Dia ingat dia bujang lagi ke? Dah ada isteri dekat rumah, buat lah cara dah ada isteri, Encik Edward Aydeen!

"Lambatnya balik? Dah lupa ke ada isteri dekat rumah?"

"Sorry, abang tak perasan dah lewat sangat. Abang ingatlah, ada wife comel dekat rumah." Dia cium dahi aku. Nak pujuk aku kalau-kalau aku marah dia.

"Nanti... kalau kita dah duduk rumah sendiri. Saya suruh awak tidur luar kalau balik lepas 12 malam." Edward hanya mendengar saja isteri dia yang bercakap sambil mata terpejam dan dahi yang berkerut itu.

"Abang suruh panggil apa siang tadi, hmm? Dah lupa? Nanti Deera yang abang suruh tidur luar."

"Esok lah saya panggil. Saya tak ada mood lah. Saya ngantuk ni."

"Okay, my love. Kalau macam tu, kita duduk rumah studio je lah. Tak ada bilik. Tak boleh lah abang tidur luar." Dia senyum.

Mata aku yang tertutup itu dah terbuka. Merepek apa nak duduk studio?

"Suka hati awak lah. Saya nak tidur ni, esok dah mula kelas."

Mata aku kembali dipejamkan. Malas nak bertekak dengan Edward. Sekarang ini tidur lebih penting dari segalanya, kerana bila kelas dah bermula. Maka tiada lagi nikmat tidur berjam-jam seperti sekarang.

Aku tarik selimut tebal sehingga melepasi bahu. Hanya kepala saja yang kelihatan.

"I'm just kidding. We gonna live in a mansion. Just like my parents house in London."

"Jangan nak membazir. Duduk rumah biasa kan boleh."

"Not my taste. Lagipun, abang nak anak sepuluh lah. Boleh kan?" Aku tak menjawab. Sebaliknya aku cubit perut Edward. Dia meringis kesakitan. Diusap-usap perutnya yang dah merah itu.

"Okey, okey. Jom tidur." Edward menarik aku ke dalam pelukan. Baru beberapa saat, dah terdengar bunyi dengkuran halus daripadaku. Perlahan-lahan Edward pun terlena.



AKU masih belum bersiap lagi. Masih ada dua jam sebelum kelas bermula. Aku masih berfikir ayat apa yang perlu digunakan untuk bercakap dengan Edward.

Edward sedang membuat kerja di meja belajar aku. Khusyuk dan tekun sehingga tak perasan aku masuk.

"Awak."

[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now