𝓑𝓪𝓫 30

3K 102 4
                                        

MEMANDANGKAN tiada siapa yang tahu aku dah berkahwin, semua tercengang melihat aku berjalan berpegangan tangan dengan Edward. Edward dengan muka tak beriak dia. Aku pula dah malu yang teramat sangat.

Aku tak tahu pula ada booth bergambar waktu kami tiba di pintu masuk restoran di KLCC itu. Elok juga ada booth sebegitu sebab aku dan Edward memang jarang bergambar. Selalu kalau keluar ada gambar aku saja yang dia tangkap secara kandid.

"Sayang, smile okay. Don't move!"

Aku hanya ikut arahan Edward. Tak menyangka dia akan cium pipiku untuk gambar ini. Nasib baik aku tak ternganga dengan tindakan drastiknya itu. Dah lah ramai manusia di depan kami sekarang ini. Muka aku mesti dah merah macam tomato!

"Awww." Kedengaran bunyi-bunyi cemburu dengan adegan kami di situ. Aku hanya tersenyum manis dan letakkan tanganku dipinggang Edward. Kami sudahkan sesi bergambar dengan senyuman lebar. Nampak sangat bahagia.

Aku mengajak Edward untuk mengambil tempat yang sama dengan Fakhira dan Hanan. Di meja itu terdiri daripada lapan orang. Besar tak besar.

"Deera, kenalkan lah husband kau dengan kita orang!" Daiyan bersuara bagi pihak rakan yang lain. Nampak dia tersipu malu. Eh! Eh! Eh! Nak kena dia ni kan!

Edward berdehem sekali. Dia betulkan kedudukannya. "Hello, everyone. I'm Adeera's husband, Edward Aydeen. You guys can call me Edward. Nice to meet you."

Entah kenapa, saat itu suasana ruang makan yang bingit itu tiba-tiba senyap. Dapatku dengar bunyi sudu dan garpu yang berlanggar dengan pinggan. Selepas habis Edward perkenalkan diri, kedengaran bunyi tepukan di seluruh ruang.

Hah? Edward ada buat konsert ke?

Edward dengan selambanya tunduk hormat kepada semua. Dah macam reunion dia pula!

"Abang, kenapa dia orang tepuk tangan?" Aku tarik lengannya.

"Apa dia, sayang?" Suasana kembali bising membuatkan suaraku tenggelam. Edward merapakatkan kerusinya membuatkan kedudukan kami seperti duduk di satu kerusi.

"Kenapa mereka semua tepuk tangan lepas abang kenalkan diri tadi?"

"You didn't get it?" Aku geleng. Serius tak faham.

"Sebab abang hot sangatlah. See?"

"Perasan!"

"It's fact." Dia kenyitkan matanya. Suka betul kenyit mata. Cubit nanti baru tahu.



MAKANAN disediakan secara bufet. Ada pelbagai jenis nasi yang disediakan antaranya nasi ayam, nasi tomato, nasi kerabu. Juga ada stik daging lembu dan kambing bakar kesukaanku.

Edward macam tahu-tahu saja aku nak makan kambing bakar. Dia ambilkan satu pinggan khas buatku. Semua makanan aku dia yang ambil. Katanya tak mahu aku bersesak-sesak dan menunggu lama untuk mengambil makanan.

Aku tunggu sampai dia selesai mengambil semua makanan. Barulah aku makan.

Aku mulakan dengan makan kambing bakar terlebih dahulu. Rasa lama betul tak makan. Kali terakhir aku makan mungkin tahun lepas. Tak banyak pun Edward ambil. Cukup untuk aku lepas kempunan.

"Cerita lah macam mana korang kenal."

Hanan tiba-tiba kacau ketenangan aku yang sedang makan. Aku hanya tenang. Tak seperti selalu. Aku mesti gelabah kalau terima soalan yang aku tak mahu jawab. Aku pandang wajah suamiku disebelah. Dia dah sedia memandangku dengan penuh redup.

Aku berdehem sekali. Basahkan tekak.

"Kita orang tak kenal pun. Arranged marriage."

Semua yang di meja makan itu bagaikan tercekik kaki kuda mendengar pengakuanku itu. Apa? Tak boleh ke macam itu? Aku dah garu kepala yang tak gatal.

[C] Yang Terakhir UntukkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang