AKU merenung sepasang baju kurung yang tergantung di dalam bilik tidur. Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba.
Hari ini, aku akan bergelar seorang isteri kepada Edward Aydeen. Lelaki yang tanpa sengaja aku kenali sewaktu bercuti semester di London.
Lelaki yang ada segalanya. Yang kebanyakan perempuan akan suka pada dia. Tapi aku? Masih tak pasti dengan semua ini.
"Adeera? Dah solat ke?" soal Adam di ambang pintu bilik.
Aku geleng kepala. "Belum..."
"Lah, kenapa belum solat lagi? Sekejap lagi MUA nak datang dah." Adam hampiri aku yang duduk dibirai katil. Aku masih memakai baju biasa. Ada 10 minit lagi sebelum aku dihias.
"Aku takut lah, Adam."
Aku pandang wajah tenang Adam di sisi. Hujung baju t-shirt aku pintal bagi menghilangkan keresahan yang melanda jiwa.
"Takut apa, Adeera?"
Tangan Adam naik mengusap kepala aku yang tak bertudung itu.
Dia tahu, itu adalah kerisauan bagi setiap perempuan. Lebih-lebih lagi berkahwin tanpa dasar suka. Bagaimana kalau pilihan Adeera mendengar kata ibu adalah keputusan yang salah?
"Macam mana kalau Edward itu jahat? Macam mana kalau aku tak bahagia dengan dia? Macam mana aku nak hidup dengan dia? Aku tak cintakan dia, Adam. Macam mana kalau dia tak bertanggungjawab?"
Bermacam-macam soalan yang bermain di fikiranku. Aku buang pandangan ke luar tingkap yang ada pepohonan hijau. Kehijauan alam di depan mata tak dapat menghapuskan gundah-gulana di dalam diri aku tika ini.
"Adik, kau dah minta petunjuk melalui istikharah, kan? Dah berkali-kali juga kau buat. Kau terima akhirnya. Aku rasa ini lah jawapan atas doa kau. Allah permudahkan semuanya. Smooth aje kan prosesnya? Aku yakin Edward mampu bahagiakan kau."
"Kau tengok sendiri dekat hospital hari itu, dia jaga kau macam mana, kan? Aku tahu dia boleh jaga adik kesayangan aku ini dengan baik. Aku percaya dia yang terbaik untuk kau."
"Walaupun pada asalnya kau orang berkahwin atas sebab terpaksa. Cinta boleh dipupuk, Deera. Aku nampak, Edward itu sayang kau. Bukan sikit."
Panjang lebar nasihat dan kata-kata yang keluar daripada mulut Adam. Sedikit sebanyak melegakan keresahan di jiwa. Betul lah. Aku dah minta petunjuk melalui istikharah dan apa yang dapat aku simpulkan ialah aku rasa tenang bila dengan lelaki itu.
Rasa selamat. Rasa dilindungi.
"Hmm... aku harap ini keputusan yang tepat. Adam pergilah duduk luar. Aku nak solat sekejap."
Aku membuka tombol pintu bilik. Di dalam bilik aku ini tiada bilik air, jadi kena berwuduk di tandas luar. Jam menunjukkan pukul 7:20 malam waktu London.
Aku akan diijab kabulkan pada jam 8:30 malam di rumah ini, rumah Adam. Segera aku menunaikan solat isyak. Di sini, pukul 7 dah masuk waktu isyak.
Selesai solat, aku mengenakan baju kurung putih. Di lengan, bahagian dada dan hujung baju kurung itu dihiasi labuci kecil yang menaikkan lagi seri baju tersebut. Sangat simple dan cantik.
Rambutku yang terurai panjang disikat dan diikat rapi. Aku tersenyum memandang diri sendiri di depan cermin. Tak sangka aku akan menamatkan zaman bujang seawal ini.
"Cepatnya rambut aku panjang. Bulan lepas rasanya takat dada je. Ini dah paras pinggang. Nak ikat pun susah."
Aku merungut kerana begitu susah nak ikat rambutku ini. Satu perkara lagi yang aku tak suka bila rambut semakin panjang, besarlah sanggul rambut aku.
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomansaEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...