DI RUANG kecemasan hospital tidak dibenarkan sesiapa masuk kecuali pesakit. Edward dengan resah hati menunggu di luar.
30 minit kemudian, seorang doktor keluar dari ruangan kecemasan itu. Bukan Atif.
"Keluarga Cik Adeera Sofiya?"
"I'm her husband."
Doktor itu sedikit terkejut mengetahui hakikat yang Adeera dah berkahwin. Muka Adeera nampak begitu muda. Lebih-lebih lagi saiz tubuhnya yang kecil membuatkan orang ingat bahawa dia masih bersekolah.
"Saya minta encik bersabar dengan berita yang akan saya sampaikan ni. Isteri encik dalam keadaan kritikal. Pihak kami sedang cuba untuk selamatkan puan. Saya mohon encik berdoa banyak-banyak dan bersedia dengan sebarang kemungkinan."
Habis berkata, doktor lelaki itu melangkah semula ke ruang kecemasan. Sewaktu awal-awal datang ke hospital. Ada doktor yang mengurus untuk tandatangan persetujuan pembedahan. Semuanya berlaku dengan pantas. Nak tak nak Edward harus setuju. Demi selamatkan nyawa isterinya!
Beberapa minit kemudian, doktor lelaki tadi keluar. Dia tak berseorangan. Dia membawa Adeera yang tak sedarkan diri. Katil itu ditolak oleh beberapa orang jururawat dan seorang lagi doktor. Dibadan Adeera penuh dengan wayar.
"Doktor, doktor nak bawa isteri saya ke mana, doktor?" Dengan cemas Edward bertanyakan doktor lelaki tadi.
Wajah doktor itu hanya tenang. Edward nampak dia memberi arahan kepada doktor lagi satu untuk teruskan perjalanan.
"Kami akan lakukan pembedahan ke atas puan. Kami tak ada pilihan lain. Proses pembedahan memakan masa selama hampir sembilan jam. Encik boleh hubungi ahli keluarga terdekat untuk maklumkan perkara ini."
"Kami akan tunggu ahli keluarga datang jika ada, kemudian barulah kami mulakan pembedahan. Saya letakkan puan diwad ICU terlebih dahulu buat masa sekarang. Tapi masa yang saya peruntukkan hanya dua jam. Kalau tiada siapa yang datang atau tak sempat sampai dalam tempoh tu, kami terpaksa mulakan pembedahan."
Doktor itu menepuk bahu Edward. Seolah-olah memberi kekuatan. Jam menunjukkan pukul 3 pagi ketika itu. Akhirnya Edward rebah ke lantai. Air mata lelakinya tak mampu ditahan lagi. Dia menangis semahunya di situ.
"Adeera, please bertahan... Abang merayu."
PADA jam 3:45 pagi ibu, ayah, mama, papa dan Hadi tiba di unit ICU. Edward memaklumkan kepada Hadi terlebih dahulu. Kemudian dia menyuruh Hadi datang ambil orang tuanya di rumah ibu mentuanya.
Mama dan papa Edward menginap di rumah besan mereka.
"Edward, mana Adeera?" Ibu datang dengan mata yang merah. Tangannya memegang dada. Nampak wajah tua itu begitu sugul.
"Ada dekat ICU ibu."
"Macam mana keadaan menantu mama, sayang?" soal mama. Dia usap lembut bahu Edward. Riak wajahnya juga jelas risau.
"We can go and see her right, son?" Papa cuba menenangkan mama yang juga bagaikan tak berdaya untuk berdiri.
"Boleh. Lepas ni Adeera kena masuk operation dah." Lemah Edward bersuara. Hadi sedari tadi hanya diam dan setia berdiri disisinya. Dia kelihatan tenang walaupun sebenarnya jiwanya tidak. Adeera juga dia anggap kawannya kerana dia isteri Edward.
Bila Adeera yang selalu ceria dan tersenyum manis dengan lesung pipitnya comel itu sakit buatkan Hadi juga terkesan.
"Jom kita pergi tengok dia." Ibu dah pegang tangan Edward. Minta dia tunjuk jalan ke ruangan ICU.
"Nurse, saya ayah kepada pesakit bernama Adeera Sofiya binti Amir. Kami semua kelurga dia. Boleh kami tengok keadaan dia?" Ayah bertanya dikaunter pertanyaan yang ada diluar wad ICU itu. Ada dua orang jururawat sedang bertugas di situ. Ruangan itu tetap sibuk walaupun dah tengah malam.
![](https://img.wattpad.com/cover/352307812-288-k769225.jpg)
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...