𝓑𝓪𝓫 72

2.1K 65 6
                                    

SAMPAI di rumah, aku tepis tangan Hadi yang ingin membantu aku masuk ke dalam. "Tak apa, Hadi. Saya boleh jalan."

"Betul ke ni, Adeera?"

"Ye. Saya tak nak susahkan awak. Lagipun saya berat." Bersama dengan itu, Hadi ketawa. Dia menyilangkan tangan di dada di tepi aku di pintu kereta. Dah kenapa pula gelak ini?

"Adeera, saya rasa berat awak cuma 40-45 kg, kan?"

"Mana awak tau? Awak ni pervert ke?" Suasana yang muram tadi jadi lawak seketika. Aku jadi lebih peka. Mana tahu bos dia tak ada, perangai sebenar dia keluar? Risau juga aku. Dah lah dah malam ini. Bik Kamy dengan Pak Kamil pun mesti dah berehat di bilik mereka.

Aku melilau sekeliling kawasan rumah yang terang benderang itu.

"Jangan risau lah, Adeera. Trust me. Saya tak akan buat sesuatu yang awak takut. Saya gelak sebab awak ringan. Dan saya tau sebab saya pergi gim. 40-45 kg just a small number. Selalunya saya akan akan berat seberat 100 kg, tau? Setakat awak, saya boleh lambung-lambung."

"Err, okey. Kalau awak nak buat macam tu buatlah dekat isteri awak nanti, ye? Saya isteri bos awak."

"Okey, maaf. Saya terlebih pula."

Nampak yang aku tak selesa dengan ayat yang dilontarkan Hadi sebentar tadi, senyuman manisnya terus mati. Dia mengalihkan sedikit badan tegapnya ke tepi bagi memberi laluan untuk aku keluar dari kereta.

Betul. Aku boleh jalan sendiri. Tapi, tangan Hadi begitu rapat dibelakang badanku. Aku tahu dia mungkin risau kalau aku tiba-tiba hilang keseimbangan badan dan terjatuh di tangga ini.

Kan dah jadi hal lain pula kalau aku jatuh.

"Bila Khira nak sampai?" Tiba di tangga terakhir rumahku sebelum pintu masuk, aku berhenti secara mengejut. Itu dah cukup membuatkan Hadi terkejut dan hampir terjatuh kebelakang.

"Sorry."

Hadi tutup perasaan malu itu dengan betul-betulkan baju t-shirt dia dan berdehem. "Ehem, ehem. Hm, tak tau. Dia cuma cakap dia dalam perjalan je masa saya telefon dia dekat hospital tadi."

"Oh. Awak ingat Sarah?"

"Kenapa awak tiba-tiba cakap pasal dia?"

"Edward tak pernah bagitau awak langsung yang Sarah kacau Edward?"

"Tak. Tak pernah, langsung. I'm aware that she's still alive. Tapi, Edward tak pernah pula bagitahu Sarah selalu ganggu dia. Jadi... awak nak cakap kes yang jadi hari ni..." Hadi tutup mulutnya.

Otak dia mula berhubung. Sebenarnya aku memang blank tak ada idea atau sebarang petunjuk pun tentang siapa yang buat Edward begitu. Tapi lepas aku berperang dengan fikiran sendiri dalam perjalanan pulang tadi, aku seperti dapat mengagak yang Sarah punca disebalik semua ini.

"Awak yakin ke, Adeera?"

Aku angguk perlahan.

"Awak nak masuk, Hadi?" Dengan selamba aku pelawa dia masuk dalam rumah.

"Tak nak lah. Lagipun rumah awak tak ada orang, kan? Nanti apa pula kata orang. Saya tunggu dekat luar aje."

"Bik Kamy ada. Jangan risau. Saya panggil dia keluar sekejap. Saya nak suruh awak teman tengokkan sesuatu. Saya dengan Edward tak sempat nak tengok lagi sebab baru tau pagi tadi."

"Hmm, okeylah kalau awak cakap macam tu."



BILA aku keluar untuk panggil Hadi semula, dia tengah bersembang dengan Fakhira. Hadi ini bukan dah ada Melissa ke? Kenapa muka dia macam tengah jatuh cinta dengan Khira?

[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now