𝓑𝓪𝓫 12

3K 111 3
                                    

"ASSALAMUALAIKUM..."

Daun pintu wad ditolak dari luar. Puan Aliya merapati aku dan ibu yang ada dibilik vvip itu. Terserlah senyuman kebahagiaan diwajahnya apabila mata itu hampir tertutup gara-gara senyuman yang lebar.

"Waalaikummussalam. Eh, Aliya!"

Didakap tubuh Puan Aliya yang tersenyum lebar ke arahnya. Sudah lebih 10 tahun mereka tak bersua. Tak ada apa yang berubah, masih sama lawa macam dulu.

Edward cuma memerhati dari belakang, dua sahabat baik yang melepaskan rindu. Dia pandang aku yang dah tersedia memandangnya. Mata kami bersabung.

Kening Edward terjongket. Kening aku juga sama selepas Edward berbuat demikian. Menyoal dalam diam. Apa benda Edward ini? Angkat-angkat kening pula. Ingat aku boleh baca ke isi hati dia?

Edward dengan tenang menghampiri aku yang duduk di katil. Rindunya akan wajah gadis comel ini. Hati dia gembira bila dapat jumpa Adeera.

"Apa?" Aku mendongak memandang Edward di sisi.

"Nothing... saja, tengok kau dengan jarak lebih dekat."

Aku mencebik. Sejak akhir-akhir ini Edward makin pelik. Aku dah lah buruk sekarang ini. Eh tak, dari hari pertama aku dimasukkan ke hospital lagi dah tak lawa. Bare face.

"Jangan macam-macam eh? Ada ibu saya dengan mama awak. Nanti dia orang nampak macam mana? Saya tahu lah saya tak cantik."

Tangan naik menutup muka. Semalam Edward langsung tak ada dalam hidup aku. Bila jumpa hari ini, malu pula. Aik, kau dah kenapa Adeera?

"Biar lah dia orang nampak. Kan, dia orang yang nak kita kahwin. It's good then. By the way, who said that you are not pretty?"

Edward tunduk berbisik ditelingaku. Supaya aku dengar dengan lebih jelas bahawa dia tak bergurau.

"Amboi, kami masih ada di sini ye anak-anak!"

Teguran sinis daripada ibu itu membantutkan aku yang ingin bersuara. Merah sudah muka aku kena tegur sebegitu. Baru saja cakap, dah kantoi.

"Hehe, aunty."

Aku senyum paksa. Tangan dihulur untuk menyalam mama Edward. Cantik orangnya walaupun sudah lanjut usia. Patut lah Edward helok saja rupa dia. 

"Cantiknya kamu. Sesuai mama tengok dengan Edward. Kan Masyi, kan?"

Dia elus-elus tangan kecil aku. Kemudian, Puan Aliya pandang wajah sahabat baiknya di sisi. Tak lupa juga, wajah Edward yang dari tadi tak lekang memandang aku. Macam nak tembus dia tenung!

"Iyelah, bagai pinang dibelah dua. Elok lah kita percepatkan majlis dia orang. Lagi cepat lagi bagus!"

Tanpa pengetahuan aku dan Edward, orang tua kami terlebih dahulu membuat kata sepakat. 

"Apa?"

"What?"

Serentak aku dan Edward bersuara. Edward, riak wajah dia nampak tak berapa kisah sangat. Tapi aku kisah.

"Ibu cakap lepas Deera habis belajar?"

"Memang macam itu yang ibu nak. Tapi, dah alang-alang ibu datang sini. Sekali jalan aje lah. Boleh kan, Adeera?"

"Sama je, nanti Deera kena balik Malaysia habiskan study. Ibu tak bagi Deera habiskan study ke? Lagi enam bulan je lagi, bu. Rugi lah."

Aku buat muka kesian. Aku genggam erat tangan tua Puan Masyitah. Tak dipandang langsung wajah beku Edward di sisi. Dia cuma beriak biasa sambil kedua tangannya diseluk ke dalam poket seluar. Entah la dia ini, rilek saja.

[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now