AKU tak jumpa Edward lagi dari semalam. Siapa punya idea lah ini tak bagi kami berjumpa sebelum majlis bersanding? Katanya nak Edward terpesona dengan penampilan aku nanti.
Ala-ala pertama kali jumpa lah.
Tapi aku pergi cuba baju itu dengan dia. Dia dah tahu dah pun baju itu macam mana.
Pagi ini, aku rasa macam tak sedap badan. Nak kata aku terlalu gementar sampai tak cukup tidur semalam tak ada juga. Elok nyenyak saja aku tidur, selepas Isyak lagi pukul 9:30 malam dah ke alam lain. Semua orang bising sebab aku macam orang tak nak bersanding hari ini.
Nak buat macam mana? Aku dah terlelap. Nak pula tidur di bilik hotel yang katil dan bantalnya cukup empuk. Lepas itu ada comforter yang tebal pula. Memang sekejap saja aku ke alam mimpi. Edward telefon pun aku tak ingat aku cakap apa. Yang aku ingat, aku cuma balas 'hm, okey, hm, okey' saja.
"Deera kau dah pakai skincare belum?" Hanan yang muncul dari tandas itu mangajukan soalan. Dia dan Fakhira tidur dengan aku malam tadi.
"Dah. Weh, bila MUA tu nak sampai? Skincare aku lama kering dah. Aku pakai awal sangat lah pula. Patut ke aku cuci muka balik?"
Hanan pukul aku.
"Aduh. Sakitlah, Hanan! Kalau terkehel bahu aku ni, kau nak bertanggungjawab? Jawab dengan laki aku nanti." Saja aku buat manja. Padahal tersangatlah perlahan dia lepuk.
Hanan dah mula cekak pinggang. Mood garang Hanan dah datang.
"Eh, minah! Aku usik sikit aje kot. Kau jangan nak gedik sangat ye? Ada yang betul-betul hilang bahu nanti. Ni lagi satu! Tak payahlah kau nak cuci skincare kau tu. Sekajap lagi MUA kau tu sampai lah. Aku rasa jalan jem."
"Hehehe. Aloo, kitonyo nak manjo pun tak boleh ke? Fakhira mana? Dia tu sejak bercinta dengan Hadi bukan mainlah asyik hilang je. Hadi dah guna-gunakan dia ke? Cuba kau sekali-sekala tengok-tengokkan si Khira tu. Risau aku."
Ting tong.
Bunyi loceng bilik hotel berbunyi.
Mungkin itu MUA yang kami tunggu-tunggu. Hanan pantas berlari ke pintu. Dia punya pantas itu macam kejar lif dari tertutup. Sampai terjatuh-jatuh. Padahal boleh saja dia rilek dan bersabar.
Aku cuma mampu geleng kepala.
"Baaa!" jerkah orang dipintu.
"Kepala hotak dia! Aku bermati-matian ingat MUA tu datang. Kau rupanya Khira! Kau dari mana?" Kan dah kena pukul dengan Hanan.
"Sakitlah, Hanan. Terkehel bahu aku kau nak bertanggungjawab ke?"
Aku yang dengar jawapan Fakhira itu ketawa terbahak-bahak.
"Ha, elok lah kau orang berdua. Terkehel sama-sama. Tapi kau tak apa Khira. Kau tak ada majlis penting pun hari ni. Setakat terkehel tu apalah sangat. Sebulan dua baik lah."
"Kenapa kau gelak, Deera? Kelakar ke aku kena smackdown dengan kawan baik kau ni?" Muka Fakhira merah padam mengajukan soalan itu.
Fakhira memang lembut sedikit. Mudah saja berair matanya.
"Bukan! Aku gelak sebab ayat kau sebijik macam aku tadi. Tadi, Hanan pun pukul aku."
"Oh."
Fakhira berjalan masuk ke dalam.
"Kau pergi bercinta ke?" soalku. Fakhira cuma angguk. Sejak bercinta ini, bukan main lah dia.
MAJLIS bermula jam 8 malam. Ya, kami bercadang buat waktu malam. Sebenarnya, aku yang nak. Pertama, senang dah solat Mahrib. Kedua, malam sejuk. Ketiga, muka aku tak berminyak waktu malam.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Yang Terakhir Untukku
Roman d'amourEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...