TAK terasa dah dua minggu berlalu. Hari ini merupakan hari terakhir aku belajar. Tinggal tunggu majlis konvokesyen saja lagi enam bulan. Lama betul. Entah aku masih ada atau tak masa itu.
Aku mengeluh seketika.
Sementara itu, sebulan setelah tamat belajar, kami para pelajar akan dihantar masuk praktikal di salah sebuah syarikat pilihan masing-masing. Juga di negeri tempat tinggal masing-masing.
Kalau tak ambil praktikal pun tak apa. Aku saja ingin mencari pengalaman. Disebabkan aku kini sakit, Edward melarang keras untuk aku mengikuti latihan praktikal. Dia kata, "It's already stated there if students don't want to join, it's fine and will not affect your marks."
Aku dengan berat hati merelakan. Lagipun, memang sekarang aku dah tak bermaya. Atif telah pun menetapkan tarikh untuk melakukan pembedahan buang ketumbuhan di kepalaku. Berbaki seminggu lagi aku akan dibedah.
Atif beritahu, kemungkinan aku akan koma untuk jangka yang lama. Jika aku bernasib baik, mungkin beberapa hari saja aku tak sedarkan diri. Itu saja kemungkinan yang dia beritahu.
Takut, gementar dan gelisah.
Tapi aku serahkan semuanya pada Allah. Dia yang memberi hambaNya sakit, malah Dia juga menyembuhkannya.
Sementara itu, kedua-kedua keluarga aku dah tahu tentang keadaanku. Edward meminta izin untuk memberitahu ibu dan ayah serta keluarganya. Aku hanya bersetuju kerana mungkin ini kali terakhir. Siapa tahu?
Alangkah terkejutnya semua orang bila mengetahui aku menghidap ketumbuhan otak tahap tiga di usia yang begitu muda. Ibu tak putus-putus panjatkan doa. Dia juga hampir setiap hari datang melawat aku dirumah. Aku dah melarang tetapi ibu, kan?
Mama dan papa Edward juga datang dari London semata-mata untuk melihat keadaanku. Rasa bersalah membelenggu jiwa kerana papa Edward juga tak berapa sihat. Evian, Arabella, Adam, Kak Nadia dan juga Ziyad akan tiba beberapa hari sebelum aku menjalani operasi.
Sejak akhir-akhir ini, aku banyak menangis. Edward yang setia bersamaku selalu memujuk dan menemani hari-hariku. Dia tak berkata apa-apa selalunya. Cuma memberi aku kekuatan melalui pelukan hangatnya yang bakal aku rindui.
"Deera! Jom tangkap gambar dengan kita orang!"
Salah satu rakan sekelasku memanggil membuatkan aku kembali ke dunia nyata. Jauh betul aku berfikir. Aku mengukir senyuman manis kepada dia yang bernama Daiyan itu.
"Deera, sini aku touch-up sikit muka kau. Pucat sangat. Ini kan hari terakhir kita sebagai student! Aku tak nak tengok gambar kau sedih. Aku nak nampak kau happy je dalam gambar tu nanti."
Fakhira dah bersedia dengan lipmatte di tangannya. Aku hanya membiarkan saja. Betul juga apa kata dia itu. Tak terfikir pula aku.
"Terima kasih, Khira. Sayang kau." Sempat aku peluk dia untuk seketika sebelum Hanan pula bising memanggil-manggil kami. Semua rakan-rakanku juga tahu. Oleh kerana tempoh hari aku tiba-tiba pengsan dan dibawa ke hospital, habis kecoh satu kampung.
Dalam masa dua minggu sahaja, macam-macam terjadi kepada aku. Fakhira dan Hanan sentiasa ada bersamaku di universiti ini. Tak pernah sekalipun mereka tinggalkan aku sendirian walaupun hanya ke tandas. Kalau boleh dalam tandas pun mereka nak masuk dan tengok aku buat apa.
"Sama-sama, Deera. Sayang kau juga dunia akhirat. Dah jom."
"Okey, semua! Satu... dua... tiga! Senyum!" Dan bermacam-macam gaya yang kami buat. Walaupun aku sedikit penat hari ini, tapi Alhamdulillah aku tak muntah atau pengsan. Dan hari ini juga aku rasa gembira melihat kawan-kawanku yang kebanyakannya berpakaian lebih cantik daripada biasa.
![](https://img.wattpad.com/cover/352307812-288-k769225.jpg)
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...