𝓑𝓪𝓫 62

1.8K 76 1
                                    

"KAK LONG, kami dah on the way balik."

Pesanan yang aku terima dari Evian sejam selepas siap memasak. Mujur ada masa nak set up semuanya. Ha, yang ini pun aku terpaksa minta tolong Robert supaya lebih cepat.

Dia tak kisah pun. Dia lagi suka sebab dapat jumpa aku. Jangan salah faham pula. Rupa-rupanya dia ada crush dengan perempuan muslim juga.

Itu yang dia sibuk nak melekat dengan aku. Nak korek rahsia cara mengurat perempuan Melayu lah itu. Eh, tunggu! Aku tak tau dia Melayu ke bukan. Tapi nama Robert?

Aku cepat-cepat pergi ke bilik nak tukar baju. Aku cuma mengenakan dress warna putih saja.

Bunyi notifikasi dari telefon buat langkah aku yang perlahan itu terus berhenti.

Dari Edward Aydeen. Aku pun tak tahu kenapa tak tukar nama dia itu.

"Yayang, abang otw balik. I miss you more."

"Saya ada cakap I miss you ke?"

"Ada. Deera lupa ke?"

"Haah, Deera tak ingat pun? Bila Deera cakap? Deera ngigau ke?"

Mesejku tak berbalas. Hairan aku dibuatnya. Dia tengah bawa kereta kut? Tapi rasanya Ian yang bawa? Mungkin dia tertidur? Siapa tahu, penat kan?

Aku teruskan melangkah ke bilik tidur.

Bila tiba dibilik tidur, aku tak terus tukar baju. Sebaliknya, aku ambil satu kertas kecil di dalam laci meja kerja Edward.

Pen dicapai dan aku tulis sesuatu di atasnya.

Abang nanti naik rooftop okiee? Cepat sikit tau? Pakai baju yang Deera letak atas katil tu.

Tak lupa juga aku letak initial namaku dibawahnya.

Tak tahu nak letak di mana. Takut nanti dia tak nampak pula kertas itu.

Fikir Adeera, fikir!

Selalu kalau dia balik. Dia akan pergi mana dulu?



BUNYI kereta Evian membuatkan aku kelam kabut. Aku sudahkan calit gincu dibibir tanpa tengok cermin. Harap-harap okey sajalah kejadiannya.

Aku mengintai dari tingkap. Nampak wajah Edward yang berseri-seri macam baru menang loteri. Muka Evian pula penat mengalahkan perempuan bersalin.

Apa dah jadi dengan budak dua orang itu?

Tanpa melengahkan masa lagi. Aku terus bergerak ke atas. Penuh hati-hati aku melangkah. Ini kalau tersilap, entahlah.

Kain baju ini boleh tahan labuh juga.

"Deera!"

Kedengaran Edward memanggil namaku. Punyalah kuat dia laung sampai aku yang dekat tingkat tiga ini boleh dengar dengan jelas.

"Sayang!"

Kalau ye pun, masuklah bilik dulu. Panggil perlahan-lahan. Tak perlu buat kecoh. Ish, dia ini kan! Kalau macam ini aku terpaksa jawab. Kalau tak dia akan bising sampailah dia nampak aku di depan mata.

Aku pun tak tahu sejak bila dia mengada-ngada sangat sampai macam ini.

"Ye!" laungku juga.

"Dekat mana? Tak nampak pun?"

"I'm upstairs. Come on, hurry up!"

Dia terus lari lepas aku suruh cepat. Laju pula itu dah sampai atas. Memang tak sempat lah aku nak gerak ke atas bumbung itu. Aku pergi lepas cakap dengan dia saja lah.

[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now