"ABANG bagi la location..."
Setelah masuk ke dalam kereta, aku menghantar pesanan kepada Edward. Dah 10 minit aku tunggu jawapan daripada dia. Tetapi mesej aku masih belum dibaca.
Okey ke tak dia ni? Pengsan ke?
Kenapa aku tiba-tiba macam ini? Sebab waktu kelas tadi, Hadi beritahu aku yang Edward kena rompak dan kena belasah sampai lunyai. Lepas itu, apa yang buatkan aku lagi geram, suami aku itu tak nak pergi hospital.
Siap dia balik nanti! Satu hal pula, Hadi hantar Edward ke rumah dia yang aku pun tak tahu di mana. Sekarang ini Edward tak balas mesej aku. Telefon pun macam tak berapa nak dijawab.
Tanpa berfikir panjang, aku terus menelefon nombor Edward sekali lagi. Ini dah kali yang ke 30 aku telefon dia!
Sekali. Tak dijawab. Dua kali.
Juga sama.
Kali ketiga.
"Helo." Kedengaran suara Edward yang meringis kesakitan dihujung talian.
"Helo! Abang buat apa? Kenapa tak balas mesej saya? Tak angkat saya telefon? Tahu tak dah berapa banyak mesej yang saya hantar? Berapa banyak kali saya telefon?" Suaraku melenting.
"Abang tidur lah. Kenapa Deera telefon ni?" Ini nak naik angin ni!
"Kenapa? Ingat saya tak tahu ke apa yang jadi? Hadi bagitahu abang kena rompak lepas tu kena belasah. Dia bagitahu lagi, abang tak nak pergi hospital! Kenapa?"
Dia ketawa kecil dihujung talian.
"Wau! Risaunya Deera dekat abang. Tak sangka..."
"Orang tengah serius ni! Dia main-main pulak!"
"Okey, okey. Abang pun serius jugak lah, sayang."
"Sengaja, kan? Saja nak suruh saya duduk dengan abang lama-lama lagi..." Dada aku naik turun.
"Eh mana ada! Abang tak minta pun semua ni jadi. Tapi, sebab benda ni jadi lah abang dapat luangkan masa lebih lagi dengan Deera. I'm hurt but I'm happy."
Sebenarnya Edward sengaja tak melawan semula kerana kalau dilawan mungkin perompak itu tak akan dapat melihat dunia lagi. Mungkin juga jadi kes polis. Berbeza dengan di London.
"Bahagia taik kucing dia! Saya dah habis kelas ni. Cepat bagi location abang dekat mana sekarang! Kalau tak bagi saya tak nak datang dah. Biar sakit sorang-sorang!"
Kena ugut dulu baru lah cepat sikit.
"Okay. I'll send it to you. Take care drive, sayang. See you..."
TIGA puluh minit perjalanan.
Tak adalah jauh sangat rumah Edward. Cuma rumah ini agak jauh dari kesibukan bandar dan ada pengawalan yang sangat ketat. Di situ, hanya ada beberapa buah rumah sahaja dan rumah Edward paling besar. Betul lah, mansion dia beli. Banyak betul duit dia.
Kalau ikut-ikutkan, ini rumah aku juga lah kan?
Setibanya di depan pintu pagar. Pagar itu terbuka sendiri. Perlahan-lahan aku masuk untuk memarkir kereta. Aku letak kereta betul betul di hadapan pintu masuk. Tak nampak pula kereta Edward. Dekat mana dia parking?
Mungkin kereta dia tinggal dekat mana-mana kut? Memandangkan Hadi yang bawa dia ke sini tadi.
Aku berjalan menuju pintu utama rumah ini. Mak ai besar betul. Pintu aje pun. Aku berjalan lagi sedikit dan pintu itu aku ketuk.
"Eh, mana Edward nak dengar kan?" Aku tergelak kecil dengan telatah sendiri.
Tombol pintu dibuka. Eh, tak kunci?
![](https://img.wattpad.com/cover/352307812-288-k769225.jpg)
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...