DUA MINGGU BERLALU.
"Sayang, tolong ambilkan bawang dekat rak tu!" Aku yang baru muncul di dapur diarahkan untuk tolong dia masak.
Jangan salah faham. Edward yang berkeras nak masak, sebab itulah.
Aku tercari-cari di mana keberadaan cik bawang. Aik, bukan selalu aku letak sebaris dengan dapur memasak ke? Kenapa tak ada pula?
"Mana?" soalku.
"Tu... atas tu. Tolong hehe. Abang sibuk ni." Aku dongakkan kepada mencari arah yang Edward tunjukkan. Dia ingat kaki aku panjang macam dia kut? Ini kalau panjat kerusi pun kena jengket.
Sebab itulah aku selalu letak di dalam bakul di kabinet ini. Mudah dicapai. Ini mesti kerja dia ini, baru balik beli barang dapur tadi dia terus letak dekat situ.
"Tak sampai lah. Kenapa letak dekat situ?"
"Abang lupa lah. Alah, tolonglah sayang. Dapat pahala tolong suami, tau?" Satu senyuman nakal dihadiahkan. Aku mengintai dia dari belakang.
"Ya Allah! Terkejut abang!" Aku hampir gelak guling-guling di situ.
"Deera tu dah lah kecik. Berdiri belakang abang yang sado ni. Mana abang nak nampak. Lagi-lagi tengah fokus. Maafkan abang sayang, sekarang ini lagi penting dari awak."
"Amboi, kemain. Bawang tu ambillah sendiri. Deera tak ada kepentingan sangat pun. K bye!"
Belum sempat nak melangkah, terasa rambut aku yang diikat ekor kuda ditarik. Tak kuat pun tapi cukup buat aku ke belakang. Bila dah kebelakang itu faham-faham saja lah.
Belakang badanku berlanggar dengan badan dia.
"Ish, apa ni main tarik-tarik orang? Kalau jatuh tadi macam mana? Kena perut dia, macam mana? Masuk hospital lagi macam mana? Ish, annoying betul lah!"
"Kenapa nak marah ni, Deera? Takkan cemburu dengan bawang tu, hm? Abang minta maaf, okey? Abang tak nak makanan tu hangus je. Lagipun takkan tak boleh bermanja dengan isteri sendiri? Kesianlah dekat abang ni. Abang belum sepenuhnya sembuh lagi, tau?"
Keras aku di situ dengan ayatnya yang terakhir.
"Hm, ye lah. Ye lah. Sorry."
"That's my wife."
EDWARD sedang membantu menyusun kerusi di bawah kemah kanopi yang dipesannya beberapa hari lalu. Ada tiga kesemuanya. Malam ini kami nak buat kenduri doa selamat untuk Edward kerana dah keluar hospital setelah sekian lama.
Pada awalnya, ibu dan ayah beritahu kami tentang rancangan mereka ingin buat kenduri doa selamat mereka. Edward memberi cadangan untuk buat di rumah kami.
Mereka berat hati untuk setuju dengan cadangan Edward memandangkan ayah nak jemput orang surau di taman itu.
Lebih kurang seminggu juga mereka berbincang. Akhirnya, Edward putuskan untuk buat dua kali doa selamat. Satu di rumah kami dengan jemputan kenalan aku dan Edward, satu lagi di rumah ibu dan ayah.
Mereka ambil keputusan untuk beri makan orang surau saja dan bacaan Yaasin lepas Maghrib.
"Adeera, tak lari pun lah laki kau tu," hampir melompat aku bila disergah Hanan sedimikian rupa. Bukan disergah pun, aku yang terlalu dalam dunia sendiri.
"Memang lah tak lari. Ada je tu. Tapi dia kacak maut kan hari ni?"
Hanan menjulingkan bebola matanya ke atas.
"Kalau aku cakap hensem nanti, kau cemburu pula. Bukan ke laki kau tu memang hensem hari-hari? Kau buta ke, Deera? Hari-hari bangun tidur, dia dulu yang kau nampak."
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...