𝓑𝓪𝓫 57

2.2K 78 1
                                    

EDWARD yang sedang menyuap makanan ke dalam mulutku itu terhenti bila tangan aku menahan tangannya. Dahinya berkerut.

"Kenapa, Deera? Nak cakap apa?"

Aku tunjukkan telefon ditepi. Menyuruhnya untuk mencapai sebab aku nak cakap sesuatu. Susah juga lah tak dapat nak bercakap. Sangat menyesakkan. Perkara ini buatkan aku lebih bersyukur dengan nikmat bercakap yang Allah bagi.

Aku ambil telefon yang dihulur dan menaip sesuatu. Edward mengintai apa yang aku tulis, cepat-cepat aku tutup dan tolak tubuh dia agar sedikit menjauh. Nanti kan aku bagi baca juga. Buat apa nak tengok sekarang?

"Dah berapa lama saya tak sedarkan diri? Sebulan macam hari tu ke?" tulisku.

"Hmm... tak adalah. Tiga hari je Deera tidur."

"Oh, Hadi mana? Abang tak pergi kerja ke hari ni?"

"There there. You think my work is more important than you. Hadi ada dekat rumah mama. Abang kerja separuh hari aje. To take care of you."

"Buat apa Hadi pergi rumah mama? Mengurat Bella ke?" Edward ketawa setelah membaca apa yang aku tulis.

"No. Dia hantar makanan. Abang tak sempat hantar."

Aku hanya mengangguk. Edward kembali menyuap makanan ke dalam mulutku. Ada makanan pada hujung bibirku. "Comotnya sayang makan. Siapalah yang bertanggungjawab suap Deera ni?"

Dia lap kesan comot itu dengan ibu jarinya lalu dia jilat jarinya. Mataku sedikit meluas. Ada ke dia pergi jilat apa yang ada dekat tepi bibir aku ini. Tak geli ke?

Aku pegang lengan Edward. "What? Suka hati abanglah. Bukan kotor pun." Dia seolah-olah mengerti akan persoalan yang bermain difikiranku.

Kalau bukan disebabkan aku tak boleh bercakap sekarang ini, dah tentu dah berperang mulut dengan dia saat ini.

Aku tarik nafas dalam dan membuka mulut. Dia tersenyum. "Good girl."

Buat masa sekarang, aku hanya mampu julingkan mata ke atas. Tiba-tiba tangan Edward terhenti dari menyuapku. Di seakan-akan teringat sesuatu. Tubuhnya mengeras.

Dahi aku mula berkerut. Kenapa pula ini?

"Tunggu."

Aku pun diam lah. Menanti bait bicara seterusnya yang akan dilontarkan.

"Deera cakap 'sebulan macam hari tu ke' tadi? What was that mean? Are you..." Dia tutup mulutnya dengan sebelah tangan. Bekas yang masih tersisa separuh makanan itu diletakkan di atas meja ditepiku.

"Okay, calm down Edward. Fuh. I'm just gerting nervous out of nowhere, isn't it"

Aku ketawa melihat gelagat Edward yang gemuruh cuba meneka itu. Dia pegang kedua-dua bahuku. Mata biru kekelabuannya menikam tepat ke dalam anak mata hitamku.

"Adeera Sofiya binti Amir... Do you re... No. do you remember me? Your memory is back, sayang?"

Tidak mengangguk. Tidak juga menggeleng. Sebaliknya aku depakan tangan. Memanggil dia untuk masuk ke dalam pelukan kecilku. Dengan segera dia dakap tubuhku. Dengan itu, terjawablah persoalan dia.

Ya, ingatan aku telah pulih seperti dahulu.

Alhamdulillah.



SEMINGGU ditahan dihospital. Hari ini aku dibenarkan pulang ke rumah. Setiap kali datang ke London tak sah kalau tak menginap beberapa hari dihospital.

Harapnya selepas ini kalau ke sini, aku takkan dijemput tidur di hospital lagi. Tapi siapalah aku untuk menghalang sesuatu dari terjadi. Aku cuma perlu lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan dengan baik.

[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now