SEDANG elok aku menikmati angin redup petang di taman hospital, tiba-tiba aku disapa seseorang.
"Adeera? Is that you? Adeera Sofiya Amir?" Berkerut dahiku tatkala orang itu menegur. Di London pula itu. Ada juga yang kenal aku? Perlahan-lahan aku toleh ke arah si pemanggil.
"Sorry, siapa ye?" Dari kejauhan aku tak nampak dengan jelas wajahnya.
"Ini Atif lah! Remember?" Penuh girang suara dia memperkenalkan diri.
Bila dia semakin dekat barulah aku cam. Ex-boyfriend aku semasa di sekolah menengah dulu.
"Atif? Ye, saya ingat awak." Aku senyum kelat.
"Ya, ini saya. What a small world terjumpa awak dekat sini. Awak sakit ke?" Atif mengambil tempat duduk disebelahku. Di tangannya ada secawan kopi.
"Tak sihat sikit. Tapi all is good now."
Atif mengangguk berkali-kali. Air kopi di tangan disisip perlahan. Aku perhatikan pakaian dia dari atas ke bawah. Nampaknya dia dah berjaya capai cita-cita untuk menjadi seorang doktor.
"Awak duduk wad mana? Dah berapa hari admit?"
"Block Cassia, ward 8D. Baru sehari."
"Eh, itu wad yang saya jaga. Tapi, saya jaga wad biasa je bukan wad vvip. Nanti ada masa saya jenguk awak, boleh tak?"
"Oh kecilnya dunia ini, kan? Boleh, datang lah. Tapi, saya tak tahu sampai bila kena warded ini. Mungkin esok atau lusa dah boleh keluar. So, you better hurry up!"
Aku senyum pada dia. Atif juga sama membalas senyumanku. Sejujurnya, aku dah lupakan semua yang terjadi antara kami dahulu.
Selepas lima tahun berlalu dan kini terjumpa dengannya ternyata luka itu masih ada. Segala memori suka duka kembali bermain difikiran. Namun, sakitnya dah berkurangan. Seiringan waktu berjalan, aku dah memaafkan dan melupakan semua yang pernah terjadi dulu.
"Okay, wait for me! Saya akan datang sebelum awak discharge. Boleh lah berborak panjang sikit. For now, saya sibuk. Ini pun lunch hour sekejap aje. Lepas ini saya kena back to work."
"Hahaha. Ye, saya tunggu."
SETELAH tiba di lapangan terbang London, Puan Masyitah dan Encik Amir terus bergegas ke hospital. Mereka menaiki teksi saja ke sana, tak mahu menyusahkan anak menantu yang sedang bekerja. Mereka pun dah banyak kali juga datang ke sini. Jadi, tiada masalah pun.
"Adeera, Ya Allah anak ibu!"
Didakap tubuh anak bongsu kesayangannya itu. Aku meringis kesakitan kerana jarum di tangan terusik. Tak habis-habis tangan aku yang menjadi mangsa. Sakit betul!
"Sakit ke? Okay, sorry sorry."
Pelukan dileraikan. Dibelek tubuh aku yang nampak sedikit susut itu. Apa kena lah dengan anak seorang ini? Duduk Malaysia elok sihat walafiat, datang ke sini tiba-tiba pula nak sakit. Nak gugur jantung Puan Masyitah mendapat khabar berita puteri bongsunya dimasukkan ke hospital.
"Sudah-sudah la itu, ibu. Anak awak dah elok dah itu."
Encik Amir menghampiri katilku. Dihulurkan tangan untuk bersalaman dengan puteri kecilnya yang paling manja. Aku lebih manja dengan ayah berbanding ibu.
"Okey, ayah? Okey awak cakap? Deera sampai masuk hospital. Okey, okey saja jawapannya. Saya luku kepala ayah nanti tahu lah!" Geram betul dengan reaksi Encik Amir itu. Nasib baik suami.
Aku yang melihat pergaduhan kecil antara orang tuaku itu hanya menggeleng kecil. Aku baru perasan akan beg bagasi yang dibawa bersama. "Ibu, ayah tak balik rumah Adam letak beg dulu ke?"
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomantikEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...