AKU nampak ayah sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Ibu mungkin belum turun lagi waktu-waktu begini.
Perlahan-lahan aku dekati Encik Amir yang sedang fokus dengan pembacaannya. Dia langsung tak perasan akan kehadiranku yang terhendap-hendap macam pencuri itu.
"Baaaa!"
Aku keluar dari belakang sofa.
"Oh mak kau kucing! Ni-no! Ni-no! Piu, piu, piu! Mati!"
Ayah berdiri sambil melatah. Tangannya siap membuat gaya tembak menggunakan pistol. Aku dah terbahak-bahak ketawa.
Ayah aku memang orang masjid, tapi kuat melatah! Beginilah kalau dia melatah. Geli hati aku tengoknya. Aku suka sangat menyakat dia.
Seronok!
"Masya-Allah. Astaghfirullahalazim, Adeera Sofiya!" Ayah mengurut-urut dadanya yang sakit.
"Hihihi. Sorry, ayah!"
"Sorry, sorry. Nasib baik ayah tak ada sakit jantung. Kalau ada kamu nak bertanggungjawab?"
"Alaa, ayah ni. Deera nak bergurau manja pun tak oleh ke?" Aku peluk batang leher Encik Amir erat. Pipi dia aku cium berkali-kali sampai mengeluh orang tua itu dibuatnya.
"Yelah, yelah. Dah dah la tu. Ayah geli lah! Habis air liur kamu melekat dekat pipi mulus ayah ni." Ayah lap pipi dia dengan baju.
"Sampai hati ayah lap air liur Deera!"
"Yelah, kalau ayah cium kamu macam tu. Sanggup ke?" Ayah dah pegang pipi aku. Aku keraskan kepala.
Satu. Dua. Tiga.
Lari!
"Tak nak! Tak nak! Eee pergilah cium ibu!"
"Suruh ayah pula. Kamu tu pengantin muda, pergi cium suami kamu tu dapat pahala juga!"
Encik Amir tak kalah juga turut sama berlari mengejar aku yang lebih pantas itu. Persis seperti zaman kanak-kanak dulu. Ayah tetap melayan aku macam budak kecil.
"Lailaha Illallah Muhammadur Rasulullah, Adeera! Ayah! Korang ni umur berapa tahun nak berkejar-kejaran dekat ruang tamu ibu ni ha?" Puan Aliya yang baru selesai menunaikan solat Asar bercekak pinggang di tangga.
Terus kaku kami di tempat masing-masing. Aku pandang ayah. Ayah pandang aku. Kami menggunakan isyarat mata.
Ibu datang menghampiri aku.
Dia pukul belakang badan aku. "Aduh, aduh!" Tak kurang juga ayah pun kena! Hahaha!
"Awak ni yah. Tak padan dengan tua bangka nak berkejaran dengan anak umur 21 tu kenapa? Kalau terlentang tadi macam mana? Satu hal pula saya nak bawa awak pergi hospital! Pergi tolong ibu siapkan minum petang sekarang! Daripada berkejaran dekat sini, ada yang makan penampar ibu pula sekejap lagi!"
Penuh tegas arahan yang ibu lontarkan. Mencicit-cicit aku dan ayah berlari ke dapur. Pak imam ini boleh tahan takut isteri juga.
Sampai di dapur. Aku pegang ayah dan ayah pegang aku. Kami dua-dua mencuri nafas yang kurang. Selepas itu kami ketawa senang. Kelakar bila mengenangkan situasi tadi.
"Gelak apa lagi dua beranak dekat dapur tu? Ibu dengar ye! Ibu turun nanti kalau tak siap lagi, nahas korang ye!"
Terus mati ketawa kami anak beranak. Cepat-cepat aku capai jug untuk buat air teh. Makanan petang aku suruh Edward yang keluar pergi beli tadi.
Oh, iya. Cakap pasal Edward... mana dia ini tak balik-balik lagi dari tadi? Rasanya dia keluar pukul tiga tadi. Sekarang dah nak pukul enam.
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...