HARI ini, aku akan pergi bercuti dengan dua orang sahabatku, Hanan dan Fakhira. Selepas Hanan pulang dari rumah aku tempoh hari, malam itu aku dan Edward masih membincangkan hal ini.
Edward telah pun memaklumkan kepada Hadi.
Semasa membuat panggilan dengan Hadi, Edward buat pembesar suara. Jadi aku boleh dengar keterujaan dia nak pergi bercuti. Katanya dah lama sangat tak staycation sejak bekerja dengan Edward.
Ish, ish, ish.
Sesekali aku menyampuk bila perlu. Hadi pun tak kisah aku bersembang sekali dengannya. Malah dia lagi suka.
Mereka berjanji tak akan ganggu percutian kami dan anggap saja mereka tak wujud. Kalau dah dua orang manusia besar macam Edward dan Hadi ini, macam mana nak berlakon mereka tak wujud?
Edward juga bersetuju nak tidur sebilik dengan Hadi dan membiarkan aku tidur dengan rakan-rakanku sepanjang dua malam itu.
Hadi?
Dia lagi suka sebab dapat tidur sekali dengan best friend forever dia itu! Bukan senang nak dapat peluang sebegini.
Kami semua akan bertolak pada malam hari memandangkan hari Jumaat itu semua masih bekerja lagi. Edward macam biasalah, ambil cuti separuh hari. Kalau ikutkan, hujung minggu ini dia ada mesyuarat penting dengan client. Selamat bila client dia itu tiba-tiba ada hal lebih penting nak diuruskan.
Petang itu, Edward membantu aku mengemas baju ke dalam bagasi. Disebabkan kami tidur bilik asing, kami guna dua buah beg yang berlainan. Walaupun dia nanti tak kurang lebihnya macam bodyguard tak berbayar aku, dia tetap berkeras nak kami sedondon setiap hari.
Aku ikutkan saja.
"Sayang, nak bawa topi tak?"
"Tak nak lah. Nak buat apa? Hispter sangat." Aku tolak topi yang dia hulurkan.
"Cuaca panaslah. Pakai warna ni."
Topi warna putih pula dia hulurkan. Macam-macam yang dia bawa. Mengalahkan perempuan.
"Abang buat apa bawa baju banyak-banyak ni? Nak pindah situ ke?"
"Deera nak duduk sana ke? Kalau nak nanti abang survey rumah. Dekat situ muslim pun ramai. Deera nak ke?" Muka dia dah berubah serius.
Aku tepuk dahi.
"Deera cakap abanglah. Bukan Deera. Buat apa nak duduk Singapore kalau boleh ulang-alik?"
"Oh, nak pergi selalu lah ni? Okay! Anything for you. Abang bawa baju banyak ni sebagai langkah berjaga-jaga je." Kening aku berkerut.
"Nak berjaga-jaga apanya? Abang kencing dekat tilam ke masa tidur?" Aku ketawa. Terfikir kalau Edward yang kacak lagi bergaya macam ini kencing dekat tilam. Mesti kelakar.
Edward dah pandang aku atas bawah. Dia pun turut sama ketawa. "Pandailah Deera kata abang macam tu. Tak baik, tahu?"
"Hahaha! Kelakarlah." Mata aku dah berair sebab ketawa terlalu banyak. Edward di hadapan hanya geleng kepala.
"Deera dah la gelak tu. Nanti menangis pula. Abang yang susah hati. Abang ada dengan Deera sampai malam ni aje. Siapa nak jadi teddy bear abang malam nanti?"
Sedaya upaya aku cuba hentikan tawa. Aku lap hujung tubir mata yang berair.
"Hadi kan ada. Abang peluk lah dia. Best apa!"
"Peluk dia? Yucks! Tolonglah! Abang lagi sanggup peluk monyet."
SERONOK bersembang sampai tak sedar waktu penerbangan tinggal tiga jam lagi. Aku terus pukul Edward suruh kemas cepat-cepat. Disebabkan aku gelabah. Dia pun turut sama-sama gelabah dengan aku. Comel je.
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...