𝓑𝓪𝓫 15

3.3K 121 2
                                    

SELESAI majlis di rumah Adam. Edward membawa aku pulang ke rumah keluarga dia. Perjalanan lebih kurang 45 minit dari rumah Adam.

"Penat sangat ke sampai tertidur?" ujar Edward setibanya kereta yang dipandu berhenti di halaman rumah. Dia membuka tali pinggangku.

Bunyi bising yang terhasil itu menyebabkan aku terjaga. Aku menggeliat kecil. Edward langsung tak berganjak dari posisi dia iaitu di depan aku. Terbuntang besar biji mata aku tatkala sedar bahawa Edward kini berada di depan muka.

"Aw... awak nak buat apa?!"

Terkebil-kebil mata aku. Otak tak mampu nak bekerja dengan baik lagi pada masa ini. Tiba-tiba terasa nak bersin. Terus aku tolak tubuh sasa Edward di depan.

"Haa... haa... cumm!"

Kedua-kedua tanganku menutup keseluruhan wajah.

Senyuman kelat diberikan kepada Edward yang dah kembali di kedudukannya di tempat pemandu.

"Dah sampai. Turun."

Laju saja tubuh Edward keluar dari perut kereta. Aku yang melihatnya segera keluar juga. Nanti kalau lambat Edward kunci aku dalam ini macam mana? Dah lah aku tak tahu guna kereta ini.

Di hadapan pintu masuk utama, ada dua orang bodyguard yang mengawal. Mereka berpakaian sut lengkap berwarna hitam dan di telinga masing-masing ada alat pendengar suara.

Tak tahu lah, mungkin di dalam kot baju mereka ada pistol? Mereka menunduk apabila Edward tiba di hadapan rumah.

"Sir, Madam." Eh, aku pun dapat sekali?

Pintu utama dibuka. Aku pegang hujung lengan baju melayu Edward. Rumah ini terlalu besar. Aku takut.

"Kenapa?" 

"Saya takut..."

Aku genggam pula bajunya. Macam-macamlah kau, Adeera! Habis kedut. Edward lantas memegang tangan aku yang berpaut pada bajunya. Dia raih dan sulamkan tangan kami. Erat.

Kan senang macam ini.

Aku ingin melepaskan tangan dari genggamannya, namun apa lah daya nak dibandingkan dengan kudrat lelaki itu. Aku gagal.

"Just stay like this, can't we?"

Aku tiada pilihan lain selain merelakan tanganku digenggam kemas oleh tangan besar dia.

"Kenapa Deera takut? This is my house. You are safe with me." Sebelah tangannya mengusap pipiku.

"Rumah awak besar sangat. Kalau saya sesat sorang-sorang macam mana? Dekat dalam ini ada bodyguard juga ke?" Kepala aku dah tertoleh kiri dan kanan. Tangan masih utuh bertaut dengan jemari Edward.

Dia ketawa. "Tak ada, sayang. Dalam rumah ini ada family saya je. So that tak perlu takut. Kalau Deera hilang saya cari lah."

Sayang? Aku tersenyum nipis tapi segera dikawal reaksi muka bila Edward masih setia menatapku. Sambil-sambil itu kami berjalan menuju ke bilik tidur Edward.

"Kenapa rumah awak ramai sangat bodyguard?" Aku sempat tengok tadi di luar ada beberapa orang bodyguard yang menjaga kawasan rumah ini.

"I guess it's because I'm too rich?" Dia berhenti seketika dan mengayunkan tangan kami berdua.

"Ada lagi nak tanya?"

"Nanti saya fikir."

Edward ketawa lagi. "Jom."



SETIBANYA di tingkat tiga, daun pintu di buka dari luar.

"Our room."

Our room? Aku rasa pelik mendengarnya. Edward menarik aku masuk ke dalam. Dia duduk dibirai katil king size miliknya. Aku masih tercegat di tepi katil.

[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now