𝓑𝓪𝓫 46

2K 72 2
                                    

"BETUL ke awak cuba bunuh Sarah?" Tak sempat nak ambil nafas. Terus aku ajukan soalan yang bermain dalam fikiran setelah selamat masuk ke dalam kereta.

"No. It's not like what you're thinking!"

"Habis tu kenapa dia cakap macam tu? Macam mana dia boleh koma? Apa yang awak buat dekat dia?"

"Let's not talk about this now. Abang serabut, please sayang." Dia raup wajahnya.

"Kenapa awak tak nak cakap sekarang? Kenapa awak elak? Maksudnya betul lah apa yang dia cakap? Awak cuba bunuh dia?" Dadaku naik turun menahan rasa. Aku tak tahu harus percaya siapa sekarang ini.

"Adeera, please!" tengking Edward. Terkejut aku dibuatnya. Saat itu juga mataku berair.

Pertama kali dia naik suara.

"Okey."

Aku buka telefon dan cari aplikasi grab. Aku order grab untuk ke Sunway Piramid. Agak jauh dari sini. Asalkan Edward tak dapat cari.

Terus aku keluar dari kereta. Air mata dah berjuraian.

"Adeera, where are you going?" laungnya dari dalam kereta.

Tindakanku yang tiba-tiba membuatkan dia tak bersedia. Dia tak boleh tinggalkan kereta dalam keadaan enjin terbuka. Aku mengambil peluang itu untuk berlari.

Mujur grab aku cepat sampai. Cepat-cepat aku masuk ke dalam kereta dan suruh pemandu itu segera bertolak. Sedari tadi aku tak nampak kelibat kereta Edward.

Telefon aku tak habis-habis berbunyi. Siapa lagi kalau bukan Edward. Aku kecewa dengan dia!

"Sayang, where are you going?! Jangan buat abang macam ni. Abang minta maaf."

Aku baca whatsapp dia diruang notifikasi. Nombornya aku block. Nak padamkan telefon tapi nanti tak ada data susah juga.

30 minit masa yang diambil untuk sampai ke Sunway Piramid.

"Cik! Cik!" suara pemandu grab itu sayup-sayup kedengaran ditelingaku.

Ah, aku tertidur rupanya.

"Dah sampai, cik."

"Oh, okey. Sekejap. Maaf, saya tertidur." Aku betul-betulkan tudung yang dah macam roti kirai.

"Tak apa. Saya faham. By the way, cik comel bila tidur." Abang grab ni nak kena hempuk dengan aku ke?

Meremang bulu roma aku bila dia cakap aku comel. Maksudnya dia memang usyar aku dari tadi ke? Rasa nak menangis lagi sekali. Nasib baik tak diapa-apakannya aku. Dia cuma cakap aku comel, aku punya tahap tak selesa itu rasa macam tak nak jumpa dengan lelaki dah.

Tapi apakan daya dalam dunia ini cuma ada lelaki dan perempuan.

"Er... terima kasih. Saya turun dulu."

"Baik, cik. Hati-hati."



SEKARANG ini aku tak tahu nak buat apa dalam mall ni. Nak tengok wayang? Hari itu baru tengok dengan Edward. Ugh, Edward lagi.

Dah lah waktu tengok wayang itu pun terserempak dengan Sarah. Sebab dialah aku tak dapat keluar rumah dengan bebas.

Aku berjalan-jalan di dalam mall itu tanpa hala tuju. Memandangkan hari ini hari minggu, tak ramai yang berkunjung ke sini.

Elok juga aku datang, dah lama rasanya tak pergi sini. Aku pun dah lupa kedai apa yang ada dan kedai apa yang baru wujud.

Aku mengambil keputusan untuk makan tengah hari di salah satu restoran yang menghadap gelanggang ice skating. Ada sesi latihan ice skating di situ. Macam-macam gaya yang dilakukan oleh budak-budak itu. Kagum aku melihatnya.

Aku teringin juga nak cuba. Tapi mengenangkan aku tak tahu nak main macam mana. Nak seimbangkan badan di atas permukaan ais yang licin itu mengambil masa juga. Aku simpan saja hasrat nak cuba. Nanti tak pasal-pasal ada yang masuk hospital sebab patah hidung, patah kaki dan tangan pula.

Seorang pelayan restoran menghampiri aku bersama pilihan menu ditangan. Pekerja perempuan yang cantik dan lemah-lembut orangnya.

"Ini menunya, kak."

"Terima kasih, dik. Nanti akak nak order akak panggil ye."

Pelayan restoran itu pun beredar dari mejaku. Aku kalau pilih menu memang lama. Itu pun boleh jadi isu. Inikan pula dibiarkan seorang diri. Lagilah lama keputusan yang aku ambil.

'Disebabkan hari ini mood aku tak baik, aku nak makan makanan yang berkuah. Tomyam sounds good. Hm, air apa? Sunquick okey kot.'

Aku bermonolog sendirian.

Kalau dah keluar sendirian memang banyak berbual dengan diri sendiri. Itu yang selalu aku buat sebab tak nak rasa terlalu janggal dikhalayak umum. Keluar seorang tak adalah teruk sangat. Normal. Ramai juga orang yang buat macam itu.

Setelah berpuas hati dengan makanan yang aku mahu. Aku angkat tangan untuk mengambil order.

Pelayan perempuan tadi datang ke arahku.

"Ye kak, nak order apa?"

"Saya nak nasi putih, tomyam dengan telur dadar. Air sunquick. Saya nak ais batu banyak tau!"

"Okey, kak. Saya ulang order akak ye. Nasi putih, tomyam, telur dadar semua satu. Air sunquick, ais batu banyak. Betul, kak?"

"Haah, betul."

"Itu saja ke? Ada nak tambah order lagi?"

"Tak ada. Itu saja." Aku pulangkan buku menu kepada dia. Dia ambil dan tunduk hormat kepada aku. Jarang-jarang jumpa pelayan kedai sopan santun macam dia.

Pelayan dikedai lain pun beri layanan baik juga. Tapi, adik ini betul sopan dan ayu saja aku tengok. Senang hati aku jumpa dengan orang macam dia. Sedikit sebanyak terubat sikit luka dihati bila berjumpa dengan orang-orang yang baik.

Aku pejamkan mata seketika. Rehatkan mata yang penat dah berjaga selama seminggu ini. Kalau boleh aku nak tidur sekarang.

Mengenangkan kalau nak tidur kena balik rumah. Lagi buatkan hati aku panas semula. Aku hela nafas berat. Mata aku buka.

"Bila makanan nak sampai ni. Aku lapar."

Baru lima minit berlalu. Perut aku dah buat konsert dah dekat dalam itu. Padah bila pagi tadi tak sarapan. Aku kebelakangan ini tak ada selera. Aku rasa sebab terlalu gemuruh memikirkan temu duga pagi tadi.

Jam menunjukkan pukul 2:30 petang. Aku belum menunaikan solat Zohor lagi ni. Harap makanan cepat lah sampai. Aku ini makan tak adalah cepat sangat. Kalau sorang-sorang lagi lama lah sebab tak ada siapa yang membebel suruh cepat.

15 minit masa yang diambil untuk makanan aku tiba. Not bad. Tak adalah lama sangat. Agaknya sebab hari minggu. Pelanggan pun tak berapa ramai dan dah lepas waktu makan tengah hari.

Sebelum makan aku baca doa makan terlebih dahulu. Sudu dan garpu dicapai. Kuah tomyam aku rasa dulu. Bila dia lalu dekat tekak, nikmatnya tak boleh bawa bincang.

"Mhmm..."

Tipikal aku kalau makanan itu sedap. Dengan badan-badan sekali aku goyang-goyangkan. Nasib baiklah sedap. Aku main masuk saja restoran ini tadi. Harga pun berpatutan lah juga. Aku akan datang lagi makan dekat sini nanti kalau ada masa.

[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now