"HAI Deera, Edward. Jemput duduk." Seperti biasa, dua lelaki itu bersalaman. Gaya macam pernah berkawan. Tak kekok langsung. Aku pun musykil.
"So you decided to come today. How's your condition?" Atif dah tukar kepada mood Doktor Atif dia.
"Getting worse." Aku jongket sebelah bahu. Cuma bercakap jujur.
"Awak cakap sakit saya masih berada ditahap terkawal," sambungku lagi. Jelas riak kesedihan diwajah.
"Saya bukan Tuhan, Adeera. Saya cuma bantu awak untuk sembuh sebagai doktor. Selebihnya dah ketentuan Dia. Awak kena berusaha untuk sembuh."
"Indeed." Aku tunduk memandang cincin dijemari.
"I guess you are here because Adeera told you about her condition. So, are you ready to hear?"
"Aku bersedia." Penuh keyakinan suara Edward walaupun sebelah tangannya menggenggam kuat jariku.
Atif menceritakan keadaanku sekarang. Aku juga baru tahu yang aku sekarang berada di tahap tiga. Di mana sel kanser sedang bergerak aktif yang membuatkan aku harus berjumpa doktor lebih kerap. Luluh hati Edward mengetahui keadaanku yang sebenar. Apatah lagi tuan empunya badan.
Dia menganggap aku cuma penat gara-gara kelas dan aku berada di tahun akhir. Melihatkan aku yang kurang tidur dan sibuk dengan kerja setiap hari menguatkan lagi alasan aku sering sakit kepala dan muntah-muntah itu adalah disebabkan kepenatan yang melampau.
"Saya dah tak mampu sembuh lagi kan, Atif? Saya akan mati, kan?" Aku pandang dia dengan mata yang dah berkaca-kaca.
Kalau awal tadi aku masih tenang dan mampu mengawal ekspresiku. Sekarang tak lagi, aku tak mampu menahan rasa selepas Atif memberitahu keadaanku kian memburuk. Lebih-lebih lagi di depan Edward. Melihatkan wajah Edward yang suram itu buatkan hati aku seperti dicarik-carik. Sakit melihat reaksinya.
Wajahnya tetap tenang. Aku tahu dia cuma pura-pura tenang.
"Dengan kuasa Allah tiada apa yang mustahil bagi-Nya. Awak perlu banyak berdoa untuk kesembuhan awak. Awak kena ikhtiar untuk sembuh. Awak kena sentiasa positif. Saya tahu susah untuk awak buat..." Atif pandang Edward disebelahku.
"Edward, kau kena bagi semangat dekat Adeera. Always be with her. She might always pass out due to her tumor is getting bigger. Her eyesight will gets blurry as it is near her eye area..."
Atif berhenti seketika. Dia juga nampak sedih.
"Tapi saya ada lagi dua minggu nak habis semester. Masa yang tinggal adalah untuk saya buat pembentangan dan terlibat dengan bermacam aktiviti. Tak boleh ke saya bertahan sampai hari itu?"
Aku tahu selepas ini banyak masa aku akan dihabiskan di sini. Di hospital. Aku tahu jalan terbaik untuk penyakit ini adalah dengan melakukan pembedahan membuang ketumbuhan itu. Tapi risikonya juga agak tinggi.
Aku tak tahu apa yang akan terjadi sepanjang tempoh aku tak sedarkan diri nanti. Sebarang kemungkinan boleh terjadi. Mungkin aku selamat. Mungkin juga jangka hayatku sampai di sini saja. Di usia aku 21 tahun.
Aku nak tamatkan zaman belajar dengan cemerlang. Dengan gembira tanpa sebarang cacat cela. Aku mahu kelihatan sihat dan bertenaga disaat-saat akhir semester ini. Namun, Tuhan berkata sebaliknya.
Apa lagi pilihan yang aku ada selain terima dengan hati yang terbuka? Menyoal tentang penyakit ini sama saja seperti aku menyoal qada' dan qadar Allah. Aku cuba untuk reda meskipun berat.
"Awak masih boleh bertahan. Insya-Allah, saya akan bagi ubat sepanjang tempoh itu dan awak mesti makan on time. Tapi lepas saja awak selesai belajar, awak kena masuk hospital dan dipantau rapi oleh pihak kami. Would you do that?"
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
Roman d'amourEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...