SEPERTI yang dijanjikan semalam. Pada hari terakhir, kami akan ke Universal Studios Singapore. Seawal jam 10 pagi lagi kami dah bertolak dari hotel. Tak adalah awal pagi sangat, pukul 10 memandangkan USS itu buka jam sebelas pagi.
Kalau pergi awal sangat pun buat penat menunggu lama-lama di bawah panas matahari saja.
Edward cadangkan untuk membeli Express Pass Ticket. Senang tak perlu tunggu lama. Lagipun, kawan aku dua orang itu memang jenis tak boleh nak bersabar. Dengan suhu yang panas ini mesti penat menunggu dan bila dah terlalu lama menunggu akan menyebabkan keseronokan dan keterujaan itu hilang.
Tak seronoklah kalau macam itu.
Sebelum bertolak, sempat aku pesan makanan sebagai sarapan pagi agar perut tak kosong. Aku juga pesan makanan yang sama untuk Edward dan Hadi.
"Khira, Hanan makanan dah sampai! Jom makan!" Suaraku naik satu oktaf memanggil mereka. Maklumlah, aku sekarang berada di ruang tamu hotel manakala mereka berdua di dalam bilik, tengah bersiap. Dengan pasang lagunya, mana mungkin dapat dengar suara aku kalau tak menjerit sebegitu.
"Lima minit!" laung Hanan dari dalam bilik.
Antara kami bertiga, penampilan Hanan paling ringkas. Dia juga yang paling ganas antara kami. Bukan gangster, cuma perwatakan dia lebih keras berbanding perempuan lain. Aku dan Fakhira, sama-sama lembut gaya-gaya perempuan gitu. Penampilan kami lebih kepada girlish style.
Bunyi loceng hotel membuatkan Hanan dan Fakhira menjerit serentak. Mereka tahu Edward dan Hadi dah datang untuk sarapan sekali. Terus ditutupnya pintu bilik memandangkan mereka belum sepenuhnya menutup aurat.
"Morning, sayang! Deera tengah buat apa tu?" Penuh ceria wajah Edward sekarang. Muka pun memang jelas segar. Nampaknya dia tidur lena semalam. Syukurlah. Ingatkan tak boleh tidur tanpa aku. Mesti Hadi peluk dia erat-erat.
"Deera tengah tunggu Khira dengan Hanan bersiap. Masuklah."
"Morning, isteri bos!" terhambur ketawaku disapa begitu. Ada saja modal dia nak buat aku gelak.
"Morning, PA bos."
"Come on, Adeera. Dekat sini saya bukan PA dia. Kami cumalah kawan karib. Bukan majikan dan pekerja." Dia jeling Edward disebelah.
"You're so gorgeous today, wife. And we are matching!"
"Saya masuk dulu lovebirds!" sempat Hadi julingkan mata ke atas bila nampak bibit-bibit bos dia nak mengurat isteri!
Aku dan Edward hanya tersenyum malu. Kami pakai biru hari ini!
"Saya hari-hari gorgeous, husband! Abang tak tahu ke?" Kenyataan yang tak dapat disangkal. Hahaha. Angkat bakul sendiri. Tapi betul apa.
"Yes, I know. That's why I fall in love with you every single day." Dia kenyitkan mata. Satu senyuman nakal diberikan. Aku pukul dadanya. Dia ketawa. Bahagia betul, ya? Dekat depan pintu pun boleh lah!
"Over." Itu saja yang mampu aku balas. Padahal dalam hati dah berbunga-bunga mekar. Rasa nak lompat kijang.
"Just for my lovely wife."
"Ish ish ish. Bersemut hotel ni! Korang berdua nak romantik-romantik balik Malaysia nanti ye. Sekarang ni kita dah lambat. Cepat masuk makan!" Hanan yang entah berapa lama berdiri di situ mengejutkan aku dan Edward. Terus kami kembali ke mood biasa.
"Bila masa kau berdiri dekat situ, Hanan?" soalku cuba berlagak biasa.
"Ada lah dalam lima minit."
"Kau order apa, Deera?" Fakhira yang baru keluar dari bilik menghampiri kami di meja makan.
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...