PUAN Aliya memerhati anak sulungnya yang sedang mencari-cari sesuatu di dapur.
"Cari apa itu, Edward?"
"Medicine for fever and cough, mama."
"Siapa demam?" Puan Aliya bergerak mengambil ubat yang ada dalam almari di tepi dapur.
"Adeera suddenly demam pula."
"Kamu buat apa dekat dia sampai demam isteri kamu itu, Edward? Baru tadi, elok sihat je dia." Tajam renungan mata Puan Aliya.
"I didn't do anything. Edward tarik dia mandi kolam aje tadi."
Mendengarkan pengakuan Edward itu, Puan Aliya memukul kuat bahu anak terunanya. Berbisa pukulan Puan Aliya sehingga Edward meringis kesakitan. Tadi, dah lah kena cubit dengan isteri. Ini, kena hempuk pula dengan mama? Apalah nasib dia.
"Kamu ini! Dia itu bukannya biasa dengan suhu dekat sini! Lusa dah nak balik Malaysia dah, seorang pula itu. Jadi apa-apa dekat menantu mama, siap kamu!"
Nasib badan lah bila kena bebel dengan Puan Aliya. Sampai Adeera sihat pun dia akan ungkit.
"Nanti Edward ikut lah dia balik."
"Banyak cantik kamu! Siapa nak uruskan company?" Sekali lagi bahu Edward jadi sasaran.
"Ian kan ada..."
"Kamu nak tengok company papa itu lingkup? Budak itu kan masih belajar lagi selok-belok syarikat."
"I know. Gurau je, mama. Dah lah, Edward nak naik atas ini. Nanti lama Deera tunggu."
"Edward..." seru Puan Aliya tatkala Edward ingin melangkah ke anak tangga.
"Yes, mama?" Dia dekati semula mamanya.
"Suruh Adeera minum air kosong banyak. Nanti mama buatkan dia bubur."
"Alright, ma'am."
"Tunggu apa lagi dekat sini? Pergilah naik teman Adeera itu. Bagi dia makan ubat!" arah Puan Aliya apabila Edward cuma diam tak berkutik di depannya.
"Ingat mama ada nak cakap apa-apa lagi. Edward naik dulu," laju dia berjalan menuju bilik tidur di tingkat tiga.
FLIGHT aku pada pukul 10 malam nanti. Alhamdulillah aku dah sihat, tapi bukanlah sepenuhnya. Masih tinggal batuk dan selesema. Berkat Edward paksa aku makan ubat dan minum air banyak. Nak muntah dibuatnya. Salah dia juga, siapa suruh tarik aku masuk kolam tempoh hari.
Ting. Ting.
Bunyi notifikasi Whatsapp membuatkan aku bangun. Aku capai telefon di atas meja di bilik pakaian.
"Adeera, pukul berapa flight?"
Baru aku teringat yang aku belum beritahu Adam lagi mengenai jadual penerbangan pulang ke Malaysia. Hari itu aku nak cakap, tapi dah demam lupa terus.
"10 pm."
"Okey, nanti aku datang."
"Tak payah la, Edward kata dia nak hantar." Aku cepat-cepat melarang Adam untuk menghantarku. Bukan apa, jarak rumah Adam daripada airport boleh tahan jauh juga. Aku takut Adam penat dan mengantuk pula. Esoknya dah lah kerja.
"Amboi, sejak dah kahwin ini tak bagi aku teman dah." Adam berjauh hati.
"Bukanlah, Adam. Aku tak nak kau penat je. Esok kan kerja. Nanti sampai rumah lewat malam." Betul lah, aku cuma tak nak menyusahkan Adam. Suami ada. Apa gunanya kalau tak susahkan dia, kan?
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...