SEBULAN berlalu.
Hari ini hari Sabtu, hujung minggu. Adam membawa keluarganya keluar makan dan jalan-jalan di kota London. Meluangkan masa senggang bersama yang tersayang.
Tidak dilupakan, aku mestilah ikut sekali.
Aku kan keluarga dia juga.
"Aunty Deera, Jiyad nak tu!" Jari telunjuk anak kecil itu terarah kepada lamb chop dipinggan aku.
"Lamb chop Aunty Deera ke Ziyad nak?"
Kepala dia anggukkan, mulut masih mengunyah makanan. Ei, dalam mulut ada lagi, aku punya pun dia nak.
"Habiskan dulu makanan dalam mulut Ziyad, okey?" Gelas kaca berisi air kosong itu aku capai. Air diteguk. Ya, aku rasa nak minum air kosong saja hari ini.
"Ziyad makan slow-slow, sayang." Kak Nadia mengelap mulut anak lelakinya dengan tisu. Comot sungguh.
"Ehem... ehem..." Adam berdehem. Ada lah perkara yang dia nak sampaikan.
"Deera kau ingat lagi tak, anak best friend ibu masa kau kecil dulu tu?" Seingat aku, aku ramai kawan waktu kecil dulu.
Tapi, persahabatan kami cuma sementara sebab aku kena pindah rumah dan kami semua lost contact. Bila ditanya sekarang pun, tak ada memori tentang zaman kanak-kanak aku yang masih utuh dalam ingatan. Entah kenapa, rasa macam hilang ingatan pun ada.
Ke aku pernah terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan ingatan aku hilang?
"Memang aku ingat pun yang mana satu."
"Ala, siapa eh? Aku lupa lah pula nama dia." Adam ketuk-ketuk jari dia di meja, cuba mengingat. Kemudian, dia mencapai telefon yang diletakkan di atas meja.
"Lelaki ke perempuan?"
"Lelaki. Kau tak ingat langsung ke? Aku ingat, tapi lupa nama dia."
"Mana lah aku nak ingat. Tu zaman bila? Benda sebulan lepas pun aku tak ingat. Inikan dua dekad." Aku malas nak fikir. Aku potong lamb chop kepada potongan kecil untuk Ziyad.
"Aku kawan dengan dia lagi ke sekarang?"
"Tak, dia orang dah pindah London."
Malas-malas nak ambil tahu pun. Aku masih sabar menanti Adam memberitahu nama anak kawan ibu kami itu. Siapa lah agaknya?
"Ha Edward, Adeera! Nama mama dia Aunty Aliya. Kau ingat tak?"
Tubuhku mengeras bagai terkena renjatan elektrik. Edward? Jangan kata mamat yang aku jumpa tempoh hari? Tapi kalau betul, kenapa aku tak cam langsung? Muka dia berubah sangat ke? Atau aku yang terlebih amnesia?
Memang berubah lah cerita dia. Masa mula-mula jumpa pun aku dah ingat dia orang sini. Dengan mata biru kelabu-kelabunya. Lepas itu jawline dia yang tajam lagi. Bulu mata panjang, bulu kening lebat. Putih melepak pula itu. Siapa saja yang cam pada pandangan pertama?
Cakap pasal lelaki itu, aku baru teringat yang aku lupa bayar hutang dia! Hari kejadian punyalah beria-ria aku nak bayar balik duit dia. Alih-alih aku boleh terus lupa? Parah betul.
"Err, aku tak ingatlah. Dah lama sangat. Kenapa dengan dia?"
"Ibu kata nak kahwinkan kau dengan dia."
Melopong mulut aku selepas mendengarnya. Lamb chop yang baru disuapkan ke dalam mulut terjatuh ke pinggan semula. Agak jijik tapi itulah kenyataannya bila dah terkejut beruk.
"Ya Allah, tak senonoh betul lah kau ni Adeera. Makan lah elok-elok! Baru cakap pasal kahwin dah terkejut beruk macam ni." Adam geleng kepala. Kak Nadia disebelah menghulurkan tisu kepadaku.
YOU ARE READING
[C] Yang Terakhir Untukku
RomanceEdward Aydeen, lelaki bekerjaya yang selalu sibuk dengan pekerjaannya. Hidupnya berubah selepas berjumpa dengan seorang gadis bernama Adeera Sofiya. Gadis yang bercuti semester ke kota London untuk menenangkan fikiran. Tetapi, lain pula jadinya bila...