𝓑𝓪𝓫 67

1.8K 69 0
                                    

"HEY, bro! Long time no see. How's life?"

Kembali dengan kembar lain mak bapak Edward iaitu Hadi. Dia yang jemput kami di KLIA. Daripada penampilan Hadi, nampak macam dia dari ofis. Memang dia terus bergegas ke sini sebaik saja kami nak tiba.

Hari ini hari Sabtu, tak ada orang bekerja pun. Dia yang terlebih rajin datang ke pejabat.

"Bro. Life's great," balas Edward.

Mereka berpelukan.

"Weh, asal muka kau pucat sangat ni? Badan pun lembik. Kau demam ke?"

"Haah demam. Entah macam mana lah aku boleh demam, Hadi. You know I hardly got sick. But, once I got it. It's done."

"Ye! Wahai Adeera, sila lebih berhati-hati dalam menjaga Edward waktu sakit. Dia kalau sakit memang parah sangat. Ni pertama kali kan dia sakit lepas kau orang kahwin?"

Aku yang berdiri di sebelah Edward itu sedikit tersentak. Kepala yang tak gatal digaru. "Erm, haah pertama kali."

"Bagus. Boleh kenal perangai suami awak yang menjengkelkan sangat waktu demam ni. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada awak tau, Adeera. Tapi jangan risau, kalau ada apa-apa yang awak rasa tak boleh nak uruskan seorang diri. You can always call me right away, sweety." Dia kenyitkan sebelah matanya.

"Hadi, kau memang menempah maut, kan? Aku ada dekat depan kau ni. Boleh pula kau kenyit mata dekat isteri aku? Lucky you i'm sick. Kalau tak memang lunyai aku kerjakan."

"Rileks, bro. Aku gurau je. Tak nak pun lah Adeera si comel ni. Aku ada sayang aku juga."

"Setakat Melisa apa barang, Hadi. Kahwin dulu baru cakap lah."

Hadi mencebik. Dia kembali toleh ke arahku yang dipeluk Edward. Aku belum jawab lagi apa yang dia cakap tadi.

"Okey, Hadi. Insyaa-Allah saya cuba yang termampu. Kalau tak mampu saya ada Pak Kamil kut yang boleh tolong kan, abang?"

"Hm, bagus. Jangan susahkan Hadi. Cukup abang seorang je yang susahkan dia."

"Eh, bro sama aje tu. Kalau Deera minta tolong aku sebabkan kau. Itu kau susahkan aku lah. Jom naik kerusi roda. Aku kesian tengok si comel ni papah kau dari tadi. Sekurang-kurangnya kerusi roda boleh drift sikit."

Hadi dah bersedia nak ambil alih posisi aku di celah ketiak Edward. Betul, Edward memang lemah tak bermaya sekarang ini. Bagus juga cadangan Hadi itu. Kenapa aku tak terfikir dari awal?

Tapi, nak ke dia naik kerusi roda? Hm.

Sebelum aku serahkan Edward pada Hadi, sempat aku tanya suamiku itu, nak ke naik kerusi roda.

"Abang, nak naik kerusi roda ke?"

"Mana ada kerusi roda dekat lapangan terbang ni, sayang."

Lupa yang sekarang kami di lapangan terbang. Bukan di hospital. Aku tepuk dahi sendiri. "Oh, sayang lupa lah. Hehe."

"Dah cukup-cukup! Edward, come to papa."

Mendengarkan itu, buatkan Edward nak termuntah. Dia membuat bunyi dan gaya seperti orang nak muntah. Tapi, lain pula yang jadi. Edward memang betul-betul muntah.

Dia loya sendiri dengan bunyi muntah yang dia hasilkan.



"EEUWW, Edward! Are you kidding me?"

Aku ternganga melihat apa yang baru berlaku di depan mata. Rezeki Hadi dapat merasa. Edward muntah di baju Balenciaga Hadi.

"Sorry. I don't mean that. Nanti aku ganti. Please cepat, aku dah tak larat dah ni."

"Ugh, pastikan kau ganti yang lagi mahal dari ni. Aku tak kira! Deera, ambil balik suami awak ni. Nah, kunci kereta. Saya letak kereta dekat depan tu je."

Aku tak sempat respon apa-apa lagi, bayangan Hadi dah lesap dari pandangan mata. Edward kembali ke pangkuanku. Aku cepat-cepat bawa dia ke kereta. Sebenarnya, Edward boleh saja berjalan sendiri. Cuma, aku saja pegang sebab nampak gaya dia macam akan pengsan bila-bila masa saja.

"Abang, lap mulut tadi."

"Hm, tuala tak ada. Cuba cari ada tak tisu dekat dashboard depan tu?"

Aku dan Edward dah selamat masuk ke dalam kereta. Mujur kereta Hadi normal, tak macam kereta Edward yang kebanyakannya semua kereta lumba.

Entah apalah yang dia suka sangat kereta macam itu? Dah lah rendah. Susah aku nak masuk.

"Sa... sayang, ada ke?"

Boleh pula aku termenung sambil tengok kereta Hadi ini. "Hah? Oh, ada!"

"Abang, jom kita pergi hospital. You're getting worst."

"Tak. Abang tak larat sangat nak tunggu. Please, just go home."

"Hm, Deera telefon doktor datang rumah lah kalau macam tu. Okey, tak?"

"Whatever makes you happy, sayang."

Selepas itu, kami berdua cuma berdiam diri. Aku memberi ruang untuk Edward rehat dan sambung tidurnya. Mesti kepala dia berpusing. Aku faham sangat perasaan orang demam.

"Sorry." Tiba-tiba Edward raih tanganku yang ada dipeha. Nak tercabut juga lah jantung ini sebab aku ingat dia dah tidur.

"Kenapa minta maaf? Sorry sebab apa?"

"Sebab terpaksa susahkan sayang. I don't wish to be sick."

"Tak apalah, perkara kecil aje."

"Tak. Not so small. You are small. To carry me with your body is almost impossible. I feel so bad for you to treat me at my lowest condition. Sorry, yang."

"Dia cakap macam orang tak pernah sakit je. Deera lagi banyak susahkan abang. Dari sebelum kahwin lagi. Belum halal lagi dah kena dukung Deera bawa pergi hospital. Dah kena belanja Deera sebab tertinggal purse. Dah kena bawa Deera naik London eye sebab Deera menangis. Dan Deera asyik masuk hospital. Deera lagi banyak susahkan abang. Worst, I even lost my memory."

Terdiam Edward mendengar balasanku itu. Itu lah siapa suruh cakap aku menyusahkan dia lagi.

Ada ke patut dia cakap macam itu?

Apa guna jadi isteri kalau dia tak susahkan? Lagipun, memang aku sajalah yang memang selalu ada dengan dia.

"Eh, sayang. Ma... mana ada. Abang tak rasa susah pun buat semua tu. Abang gembira sebab dapat ada dekat sisi sayang lagi adalah."

"Jadi? I feel the same way, abang. Dah tidur sekarang!"

"Hm, kena tidur lagi. Tadi sebelum terbang pun Deera paksa abang makan ubat supaya abang tidur."

"Habis tu nak buat apa kalau tak tidur? Nak bawa kereta?"

"Ye lah, ye lah. Abang tidur. Tapi..."

"Tapi?"

"Pinjam kaki Deera, abang nak baring. Dan tolong urutkan kepala abang. Pening sangat."

"Okay, come." Aku tepuk-tepuk pahaku menyuruh Edward berbaring di situ. Mesti dia tak selesa sekejap lagi sebab mana muat. Kaki dia dah lah panjang. Tapi tak apalah. Layankan saja.

[C] Yang Terakhir UntukkuWhere stories live. Discover now