Dia berasa sangat terkejut. Apa yang dia mampu lakukan hanyalah ternganga.
Kelihatan orang-orang disayangi berada di hadapan Salyna.Nanny. Adam dan Pak Amin juga ada. Masuk dari belakang la ni. Geram betullah.
"Happy birthday!" Salyna baru sahaja teringat bahawa hari ini merupakan ulang tahunnya.
Akibat jadualnya yang ketat atas kerja 'thesis' dan 'assignmentnya', dia menjadi lupa akan hari yang gembira ini.
Ada juga Qarina dan Amieyra yang berdiri di sebelah Puan Fatimah. Kelihatan Hans juga ada diantara kawan-kawan Qairul yang sedang melambai-lambai kearahnya.
"Come here ,darling! Blow the candle." Kata neneknya. Matanya melirik ke arah Adam yang memegang kek disebelahnya.
Salyna berjalan ke arah mereka. Adam tidak henti tersenyum melihatnya.
Suka lah tu dapat kenakan orang!? Seronok?
Salyna meniup lilin pada kek itu. Dia pergi mendapatkan neneknya. Lalu, memeluk neneknya dengan erat.
"Nanny!"Puan Fatimah sudah mengalirkan air mata. Salyna mengelap air mata kegembiraan itu.
"Thank you, nanny! I love you so much!" Salyna menangis. Dia memeluk neneknya buat kedua kalinya.Qairul yang berada di belakang Firdaus hanya tersenyum.
'Comelnya minah ni nangis' Qairul suka melihat Salyna.
'Eh eh asal aku ni? Suka sangat ke kat dia? Dia nangis pun kau suka?' Qairul masih pelik akan perasaannya. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali."Abang." Suara Qarina menghentikan lamunannya. Mereka semua sudah berjalan ke meja makan. Terdapat banyak makanan disediakan seperti spaghetti carbonara, ayam goreng, mihun dan nasi ayam.
Bersinar mata Salyna melihat. Gembiranya!
"Thanks for coming Qarina and Amieyra. Kawan-kawan Qairul. And also Hans." Salyna memandang wajah Hans. Senyuman bak sutera dihadiahkan kepada Hans.
Qairul yang melihat hanya tersenyum sinis. 'Nak jealous? Perlu ke? '
_______________________________________
Majlis hari jadi kecil-kecilan itu disambut meriah. Salyna tersenyum sendirian di tangga melihat semua yang hadir sedang menjamu makanan.
Bahunya dicuit oleh seseorang. Rupanya ia Hans. Hans lelaki yang berbulu mata lentik dan putih. Tetapi tidak seputih Qairul.
"Happy Birthday baby girl! This is for you."
Hans menghulurkan sebuah kotak yang berwarna hitam yang berbentuk segi empat tepat kearahnya
"Apa dalam ni?" Salyna menanya.
Apa dalam ni? Soalan apakah yang ditanya ini.
"Buka la." Kata Hans.
Alangkah terkejutnya Salyna apabila melihat hadiah yang berupa rantai yang cantik diukir dengan huruf 'HS' ."What is mean?"
"H untuk nama saya. S untuk nama awak. Cantik tak? Ni hadiah saya untuk awak tanda kita berkawan selama 2 bulan ini." Ujar Hans kepada Salyna.Ikhlas benar kata-kata Hans itu.
Mula nak cair la ni Salyna. Mana-mana lelaki pun kau mudah sangat nak cair. Salyna menanya dirinya sendiri.
Tanpa mereka sedari, ternyata Qairul yang berada dibalik dinding mendengar semua perbualan mereka.
"Kawan? Ceh! Acah je" Suara Qairul cuba direndahkan.
"Terima kasih. Actually you tak perlu pun nak bagi hadiah semua ni. Lagipun I dah besar." Kata Salyna.
Baginya membuat majlis hari jadi ini cukup membuatnya gembira.
"It's okay. Dah besar? Besar apanya. Bagi I you tu kecil je. Like a kid." Hans mencuit pipiku.
"Ada-ada je la you niy." Bulu roma Salyna terangkat mendengar suara Hans yang seperti ingin menggodanya.
"Ehem." Qairul muncul entah dimana. Dia sengaja batuk dengan kuat mengakibatkan perbualan Salyna dan Hans terhenti.
"Okey tak ni? Tercekik something ke?" Soalan Salyna membuatkan Qairul ingin ketawa.
Tercekik? Tercekik makan apa aje? Tercekik sebab makan hati ada la.
"Okey je." Jawab Qairul.
Qairul mengeluarkan sesuatu daripada poketnya. "Nah untuk awak." Qairul menghulurkan kotak tersebut.Qairul memandang tepat kearah anak mata Salyna. Salyna mula tidak tentu arah.
Relax Salyna. Kau ni dah kenapa?
Salyna membuka kotak tersebut. Ia merupakan gelang tangan yang diukir dengan namanya 'Salyna'.
Dalam satu hari je dah dapat rantai dan gelang. Best juga.
"Thank you Qairul. Baik betul bagi saya hadiah ni. Ada something ke?" Tanya Salyna. Dia cuba membuang rasa janggal apabila berbicara bersama Qairul.
"Tak adalah. But,nanti guna tau. Jangan lupa pula." Kata Qairul mengingatkan Salyna. Dia mengenyitkan matanya ke arah Salyna.
Hans yang berdiri di sebelah Salyna hanya menjeling melihat Qairul. Menjengkelkan.
Selepas sahaja selesai majlis hari jadi itu, semua orang beransur pulang. Walaupun tiada lelaki yang dipujanya disisi Salyna, dia masih berasa gembira kerana ramai orang yang baik sentiasa ada disisinya. Kalau lah you ada kat sini.
______________________________________
Salyna sedang mengeliat di atas katilnya. Pancaran matahari dari luar tingkap membuatkannya terbangun. Matanya dibuka besar-besar.
Hari Sabtu. Cutilah! Seronoknya dapat bangun lewat.
Rambutnya yang serabai itu tidak diendahkan. Dia tersenyum sendiri. Masih teringatkan hari jadinya semalam. Best!
Dia berjalan turun ke bawah. Dia ke dapur. Tiada orang. Aik? Tidur lagi ke??
"Nanny?!" Salyna menjerit nama neneknya. Air susu di dalam peti sejuk dicapainya. Lalu diteguknya
"Ye! Nanny ada kat ruang tamu ni. Sini lah!" Kedengaran suara Puan Fatimah yang nyaring itu memanggil.
Salyna masih lagi tersenyun gembira. Memori semalam amat susah dilupakan. Dia berjalan ke ruang tamu sambil terlompat-lompat kecil.
Sampai sahaja di ruang tamu, Salyna terkejut dengan kedatangan dua orang tetamu. Fuhh!! Nasib baik sempat brek amergency. Kalau tidak..
Neneknya tersenyum melihat Salyna.
*
*
*Maafkan saya jika ada typo.
Vote untuk citer saya yer! Sorry klau lmbt update!!
Banyak kan watak dalam ni? Haha. Harap all the readers tahu ye siapa watak utama... kalau belum tahu lagi boleh tengok part watak!!. Bubye
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...