Bab 60

80 3 0
                                    

"Qai, you nak makan apa? Order la I belanja." Adrea menyerahkan buku menu restoren itu kepada Qairul. Senyuman sememangnya tidak pudar dibibirnya.

Kalau boleh, dia ingin menggoda Qairul habis-habisan.

Qairul membuka buku menu itu dan memilih  makanan yang diingininya.
"Nak ice lemon tea satu." Pelayan yang sudah berdiri dihadapan dipandangnya.

Pelayan itu sekadar menulis apa yang patut.

"Minum jer? Makan?" Adrea buat muka tidak puas hati.

"You kata you ajak I nak minum je kan? So, I minum je la." Jelas Qairul. Malas benar wajah perempuan gedik itu dipandangnya.

Segera dia memalingkan wajahnya ke tempat lain.

"Jangan la macam tu. Just orders anything you want. Teman I makan la. I tak lunch lagi ni tau. Please!" Adrea memegang tangan Qairul dengan kemas yang ada di atas meja.

Lekas-lekas Qairul menarik tangannya jauh daripada Adrea. Berani benar perempuan itu meratap tangannya.

"Tak payah la nak pegang-pegang. Rimas!" Mata Qairul marah. Dia mendengus geram.

"Makan please. Takkan you nak tengok I makan je?" Adrea masih setia memandang wajah Qairul yang berada di depan wajahnya.

"Yelaa yela." Akhirnya Qairul mengalah. Tidak betah lagi dia berlawan mulut dengan gadis itu.

"Yeahh! You nak makan apa? Pilih la." Kata Adrea.

"You je la pilih." Qairul sudah malas untuk menyelak-nyelak buku menu di hadapannya.

"Okey la kalau macam tu. I order kan you nasi daging merah jela. Your favourite food." Ujar Adrea.

Qairul sekadar mengangguk mengiyakan kata-kata Adrea. Ingat juga Adrea akan makanan kegemarannya itu. Walaupun sudah lama tidak berjumpa dia tetap ingat.

Qairul mula serba salah. Mungkin dia yang terlalu kasar.

Selepas selesai makan dan membayar bil, mereka  berdua pun keluar daripada restoren. Lama juga mereka di restoren itu. Boleh dikira sejam juga mereka disitu.

"Hujan la." Kata Qairul. Matanya memandang ke langit. Perlahan-lahan hujan turun dengan lebatnya. Petir sedikit berlanjutan.

Adrea mula takut. Lengan Qairul segera disambarnya. Mata Qairul mula membulat besar. Perlahan dia menolak tangan Adrea yang kemas memegang lengannya.

"You tunggu sini. I pergi kat kereta kejap. Nak ambil payung." Kata Qairul.

Qairul cukup mengenali Adrea. Dia tidak boleh kena hujan. Walaupun hujan itu hanya renyai-renyai. Jika kena hujan dia akan mula demam untuk berhari-harinya.

Setelah beberapa minit kemudian, Qairul tiba dengan payung yang berwarna blue black. Adrea menguntum senyuman manis. Semakin membuak-buak rasa kasih sayangnya pada Qairul.

Dia dan Qairul sudah mengenal antara satu sama lain dari umur mereka 5 tahun lagi. Apa yang dia suka, apa yang dia tidak suka Qairul tahu semuanya.

"Cepat la. I hantar you pergi kereta. Jom." Ajak Qairul.

Adrea malu-malu kucing. Tanpa membuang masa dia terus melompat ke sebelah Qairul. Rambut yang sedikit menutupi sebelah matanya diselak ke belakang.

Ada jarak diantara mereka.

Qairul melihat payungnya sendiri. Sebenarnya payung itu hanya muat untuk seorang. Dilihatnya air hujan sedikit menitik di bahu kiri Adrea.

Qairul mula risau jika Adrea demam. Nak tak nak terpaksa la dia berdiri dekat denganya. Hujung baju Adrea ditarik supaya dekat dengannya.

"Dekat sikit. Hujan. Takut nanti you demam. Tak pasal-pasal mama you marah I." Kata Qairul.

Adrea tersenyuman suka. Yeah!

Setelah itu mereka pun berjalan bersama ke tempat kereta.

_______________________________________

Lambat Qairul pulang hari ini. Pukul 7.30 malam. Dia lambat pulang kerana jalan sudah mula jammed pada waktu petang tadi.

Berpusu-pusu kereta memasuki jalan raya. Motor tidak juga kurangnya.

Qairul menghempaskan punggungnya di sofa ruang tamu. Bilah kipas yang berpusing di atas siling diperhatinya. Penat betul hari ni.

"Qai, baru balik? Dah makan ke belum." Suara ibunya yang baru keluar dari dapur mengejutkannya.

Wajah ibunya dipandang.

"Haah. Qai dah makan dah kat luar. Mommy, Lyna ada kat atas ae?" Qairul menanya.

"Oh. Salyna ada je kat atas tu. Dia pun baru je balik tadi. Mommy ada ajak dia makan tadi. Tapi dia kata tak lapar lagi. Lepas tu dia terus naik. Katanya nak rehat." Jelas ibunya lagi.

Qairul hanya mengangguk.

"Kalau macam tu Qai naik dulu la ye. Nak mandi and then solat maghrib." Kata Qairul. Dia sudah berdiri daripada tempat duduk dan terus melangkah menaiki tangga setelah ibunya mengangguk memandangnya.

Pintu bilik diketuk. Selepas itu, daun pintu ditolak perlahan. Ketika itu terlihat jelas isterinya lagi ralit bermain telefon di atas katil.

Suaminya masuk pun dia tidak perasan.

Jam dinding dikerling. Sudah hampir berganjak ke pukul 8. Qairul dengan lekasnya mengambil tuala di tepi tandas dan terus mandi.

Seusai mandi dan solat, Qairul terus mendapatkan tempat duduk di sisi kanan katil. Salyna yang berada disebelahnya dipandang.

Sibuk betul dari tadi main handphone!

Songkok yang kemas di atas kepalanya dibuka dan diletak di tepi.
Dia bersila menghadap isterinya. Muka straight je bini aku ni!

"Lyna, chat siapa tu?" Bahu isterinya ditepuk perlahan. Bibirnya dimaniskan.

Salyna sekadar menggeleng.

Qairul menjadi hairan. Apalah salah dia sekarang ini. Dia berganjak mendekati isterinya di depan.

"Salyna Amanda." Qairul memanggil nama penuh Salyna. Suka benar menyebut nama penuh isterinya itu. Sedap didengar.

Salyna buat-buat tidak dengar. Terasa malas melayan suaminya hari ini.

Perlahan-lahan Qairul mula bermain dengan rambut lurus isterinya. Lembut betul. Geram je nak main. Aih!

"Jangan main-main boleh tak?" Salyna mula rimas.

Wajahnya diangkat memandang wajah suaminya.

"Eh, kenapa ni?" Qairul mulai pelik. Wajah isterinya yang selalu ceria berubah sedikit muram. Seperti orang sakit pun ada juga.

Bunyi guruh yang berdentum di luar rumah semakin bergema. Mata Salyna berani melawan mata dengan suaminya.

*
*
*
*
*

Bila la citer ni nak abis kan?? Hahaha. Sbar je la. Hope readers suka ye? Lately saye ni bad mood je. So, ilham nk tulis tu tk ade.

Kalau ada typo I'm so sorry. Kaki typo mmg mcm ni kut.!

♥♥

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now