Mata Salyna jatuh pada bajunya. Betul kata Qairul. Bajunya kotor. Nampak betul pula tu! Aduh. Dah la kotor air milo! Ahh
Dicuba-cuba lapnya. Tetapi kesan itu tidak hilang.
"Hm. Tak apalah. Sikit je ni." Salyna berlagak biasa.
Sikit je ni kan. Alahai, orang tak tengokk pun.
Cawan pada tangan Salyna diambil oleh Qairul. Diletaknya cawan itu di meja makan tepinya.
"Kotor ni Lyna. Takut awak yang tak selesa nanti." Ujar Qairul.
"Salyna. Kemana la kau pergi tadi. Eh, kenapa dengan baju ni?"
Qarina yang baru datang terus hairan melihat baju Salyna yang basah itu.
"Oh. Tertumpah air je ni." Salyna masih lagi berlagak selamba.
Qairul tidak senang melihat pakaian Salyna yang sudah basah akibat nya. Ahh!
"Tukar la baju Lyna. Nanti kau tak selesa pula pakai baju basah macam ni. Air manis pula tu." Kata Qarina.
"Aku tak ada baju spare la." Ujar Salyna.
"Aku ada. Nasib aku check in satu bilik kat hotel ni. Jom la aku bawakkan kau gi atas. Tukar baju." Qarina memberi tahu.
Qairul yang berada di tepi hanya mengangguk mendengar kata-kata Qarina. Dia setuju dengan adiknya.
"Boleh ke? Tak menyusahkan kau??" Soal Salyna.
"Iye. Tak pun, betul. Dah." Qarina mengiyakan.
Salyna pun hanya mengangguk setuju. Baru sahaja mahu membuka langkah ke lif, nama Qarina tiba - tiba dipanggil oleh ibunya.
Kedua-dua mereka menoleh.
"Ye mummy. Kenapa?" Soal Qarina
"Tolong mummy kejap. Air kat meja kat sebelah sana tumpah banyak. Mummy tak cukup tangan la nak lap meja tu sorang sorang." Ujar Puan Zara kepada anaknya.
"Mana orang catering mummy? Dia tak boleh nak tolong ker? Rina nak teman Lyna pergi tukar baju kejap la."
"Tak. Sebab dia orang sibuk nak serve lauk letak kat tempat makanan lagi. Ramai betul datang. Makanan cepat habis." Kata ibunya.
Qarina berfikir dua kali. Dah la dia nak bawa si Salyna ni gi bilik. Tukar baju. Ni pula ibunya mahu minta tolong mahu lapkan meja. Hmm..
Ha! Kan abangnya ada..
Brilliant idea!
"Abang, tolong bole tak."
Nasib baik la abangnya belum beredar dari tadi. Masih stick dekkat situ. Tak bergerakk langsung.
"Apa dia?"
"Boleh tak tolong mummy lapkan meja tu kejap?"
"I nak buat? Serius la? Abang tak pandai la."
"Ala.. setakat nak kena lap meja takkan tak boleh?" Soal Qarina.
"Qarina cepat la. Dah makin ramai orang datang ni. Tak pe. Qairul boleh temankan Lyna. Ye Lyna? Boleh?" Soal Puan Aira kepada Salyna.
Nak tak nak kena jugak laa Salyna mengangguk.
"Ok dah. Jom Rina!" Ibunya sudah pun menarik tangannya dengan sepantas kilat.
"Abang kad bilik. Nah!"
Nasib baik la Qarina sentiasa membawa kunci biliknya ke mana-mana. Di lambung nya kad kunci itu kepada abangnya.
Setelah itu Qarina hanya mengikut ibunya dari belakang.
Ok. Sekarang ni awkward giler! Dua dua senyap. Qairul sekarang ni entah la tetiba sahaja pipinya berubah warna.
"Qairul? Awak sihat tak ni? Muka awak merah la." Tangan Salyna mendekati dahi milik Qairul. Tapi cepat - cepat Qairul menepis.
"Hm.. saya okkk." Qairul sedikit gagap.
"So, awak nak bawa saya pergi tukar baju ke tidak?" Soal Salyna. Dia cuba membuang perasan janggal disitu.
"Oh.. ok jom."
Qairul berjalan bersebelahan Salyna. Janggal gila. Nasib baik la waktu itu lif cepat terbuka.
Bilik Qarina hanyalah di tingkat 4. Diatas tingkat ini saja.
Ting!
Nasib cuma satu tingkat je kena naik. Kalau bertingkat sampai ke tingkat 8 sana. Mampui! Senyap la dalam lif nanti. Tak tahu nak borak apa.
Jalan. Jalan. Sampai pun di depan pintu bilik Qarina.
"Ok. Ni bilik dia masuk la. Dia kata baju spare dia ada kat dalam beg biru atas katil. So, awak cari je kat dalam beg tu. Saya just tunggu awak kat luar ok?"
Mestilah kena tunggu kat luar. Takkan nak tunggu kan dalam pula kan? Tak manis la kan kalau duduk kat dalam. Nanti tak pasal-pasal kena cekuk!
Uishh. Naya!
"Oh. Ok." Salyna faham maksud Qairul.
Memang Qairul patut tunggunya diluarkan?
Dia pun masuk kedalam bilik tersebut. Dilihatnya pada katil king itu. Ada beg biru seperti yang diakatakan oleh Qairul.
Jadi dia pun membongkar isi di dalam beg tersebut. Banyak juga baju yang dibawa oleh Qarina, padahal sehari je. But, maybe untuk emergency. Who knows?
Ketika dia sibuk memilih baju mana yang sesuai untuk dipakai, matanya tertacap pada sebuah kotak hadiah berwarna hitam di atas meja depan televisyen.
Entah la, pada ketika itu Salyna berasa ingin tahu apakah isi di dalam kotak itu. Jadi dia pun berjalan mendapatkan kotak itu.
Dilihatnya kotak hitam itu seketika. Kotaknya lebih kurang besar. Di atas kotak hadiah itu tertera nama ' Salyna'.
Salyna mula hairan.
Aik? Nama aku? Qarina nak bagi hadiah kat aku ke? Cannot be! Hari ni kan birthday dia. Bukannya birthday aku. Tapi kotak hadiah tu memang untuk aku. Ada nama aku.
Hm.. Qarina nak buat surprise ke untuk aku? Yeke?
Dengan perasaan ingin tahu dia pun terus membuka kotak hadiah itu. Sejurus sahaja kotak itu dibuka, dia sungguh terkejut akan isi di dalam kotak itu.
*
*
*
*
My lovely readers. Jangan lupa like cerita ni tau! Saya akan cuba untuk update setiap hari.Vote and vote
Syg awok sume♥

ANDA SEDANG MEMBACA
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomansaTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...