Bab 48

49 2 0
                                    

Hans memegang kepalanya yang terasa pening dari tadi. Kebelakangan ini dia lebih sering mendiamkan diri. Terperuk di dalam bilik. Tidak berbual.

Menghitung hari. Tidak kurang 4 hari lagi Salyna akan dihijabkabulkan. Dia akan menjadi milik orang. Milik orang! Dia tidak sanggup.

Berhari-hari dia tidak luak makan. Badannya pula sudah kelihatan kurus sedikit. Wajahnya juga cengkung.

Setiap hari dia cuba menghubungi Salyna. Tetapi tidak terjawab. Mungkin dia marah padanya tentang kejadian tempoh hari.

Salahkah dia???

Flashback.

Mereka berdua berjumpa di taman.

"Ada apa you nak jumpa I niy Hans?" Soal Salyna.

"Lyna, I sukakan you. I love you." Pengakuan Hans membuatkannya terkejut.

"Apa you cakap ni, ha? Hans! You tahu tak apa yang you cakap ni salah."

"Apa yang salahnya? Betullah, I sukakan you. I need you in my life. You're important to me." Kata Hans dengan ikhlas.

"Yes, apa yang you cakap tu tak salah, Hans. But, you have tu know I engaged with someone. And you know him. Qairul. Qairul tu tunang I yang sah." Salyna ingin menyedarkan Hans.

"Qairul is not for you. I. I yang sepatutnya dengan you. I betul-betul sayangkan you. First time I jumpa you. I fell in love with you. You perfect di mata I. Qairul tu bukannya bagus sangat." Hans memburukkan Qairul.

"Hans!"

"You tahu tak yang dia tu tunang I. You tahu tak? You kenal sangat ke dia tu? Takkan? Kenapa you senang-senang je nak judge dia? Ha? Habis you?! You bagus sangat? Sesuai untuk I? No!" Suara Salyna meninggi. Entah apa yang merasuk Hans supaya berkata sebegitu rupa.

Hans terdiam.

"But, why must you end up dengan dia? Bukan ke you dengan Azzam?Kenapa nak kahwin awal? You masih belajar lagi kan. Ada banyak masa lagi you nak fikir pasal future you."

Salyna terasa terpukul dengan pertanyaan Hans. Setiap kali membahaskan tentang kahwin pasti ada saja dikaitkan dengan Azzam. Baik Mukhriz baik neneknya.

"I dengan Azzam were not meant to be. Tak ada jodoh I dengan dia. I redha. I terima dengan hati yang terbuka. And why I want to get married early? Even I still belajar? Hans, let me tell you. Belajar bukan penghalang untuk I nak kahwin awal. Dah jodoh I dah sampai. Nak buat macam mana."

"But I love you, Salyna! I really want to have you. Married you. I yakin kita boleh bahagia bersama. I boleh bahagiakan you. I boleh jadi yang terbaik untuk you. Untuk kita berdua! Anything for you Salyna."

"Please. Cancel your wedding! Jangan kahwin dengan dia! I yang patutnya kahwin dengan you!"

Hans merayu rayu. Tangannya dipegang oleh Hans kuat. Salyna mula berasa tidak selesa.

Tidak semena-mena penampar melayang ke muka Hans.
Pang!!

Hans memegang pipinya yang merah ditampar oleh Salyna.

Salyna malas berkata-kata lagi. Tiada gunanya. Hans tidak akan dengar. Beg dibawanya bersama. Dia terus berdiri dari tempat duduk dan berjalan meninggalkan Hans yang terpinga pinga melihatnya.

Baru beberapa langkah berjalan, tangannya diratap.

"Salyna! Please! "

Dari tangan yang diratap tadi, Hans mula menggila. Dia memeluk Salyna dengan kuat. Erat. Sehingga Salyna tidak dapat melarikan diri daripada dakapannya.

"Hans, lepaslah!!"

Salyna sudah terasa lemas di dakapan Hans. Tetapi Hans tetap mengeraskan diri. Dia langsung tidak memberi ruang untuk Salyna melepaskan diri.

BUKK!

Salyna menumbuk perut Hans dengan kuat sehinggakan dia jatuh terduduk.

"Hans, know what? I kecewa dengan you. Let me remind you again. I tunang orang! Faham? Tu-nang o-rang!"

Hans tidak dapat mengatakan apa-apa lagi. Dia buntu. Salyna amat marah padanya.

End flashback.
_______________________________________

Hari yang ditunggu oleh semua orang akhirnya tiba. Hari ini merupakan hari perkahwinan Salyna dengan Qairul.

Salyna melihat dirinya yang di make-up oleh makeover. Siap berbaju putih dengan tudung selendang putih yang dililit di kepalanya. Tangannya dilihat. Inai yang diukir cantik dan kemas.

Dia mulai beremosi. Air mata yang ditubir mata akhirnya jatuh.

"Eh, kenapa nangis ni? Tak cantik la nanti make up ni." Makeover nya menanya.

Bawah matanya sedikit hitam akibat mascara dilap.

"Sorry kak." Lekas-lekas Salyna mengelap air matanya.

Tok! Tok!

Pintu diketuk oleh seseorang. Salyna menoleh. Terpamer wajah nenek dan adiknya yang berada di depan pintu.

Adam kelihatan segak dengan memakai baju melayu biru. Neneknya juga tidak kalah. Cantik seperti bidadari dengan mengenakan baju jubah biru.

"Lyna. Dah siap ke? Kita nak ke masjid dah ni. Takut jalan sibuk pula nanti." Tanya neneknya.

"Dah. Dah siap dah. Cantik la nanny. Comel je, Lyna tengok." Salyna berdiri daripada tempat duduk dan terus mendapatkan neneknya.

"Tak adanya lah. Ok kalau macam tu kita dah boleh gerak dah sekarang." Kata neneknya.

"Ok. Nanny go first." Salyna memberi jalan kepada neneknya terlebih dahulu.

Selepas sahaja neneknya berjalan pergi, senyuman yang manis tadi mula mengendur.

Adam masih setia disebelah memerhatinya.

"Akak. Kenapa niy?"

"Entah la Adam. Akak.. akak tak tahu. Akak tak sure dengan wedding ni."

"Apa yang akak cakap ni. Tak baik la. Walaupun wedding ni terjadi disebabkan akak dengan abang Qairul kena tangkap khalwat, Adam yakin abang Qairul tu boleh bahagiakan akak. Cinta tu boleh datang lepas kahwin kak. Trust me. He's the best for you." Adam memegang tangan kakaknya.

"Dah la tu akak. Let's go. Nanti lambat pula." Ajak Adam.

Mereka beriringan keluar daripada rumah.

*
*
*
*
48!

Readers ,nk tnye ni. Cane puasa okey ke idok??? Hope okey la yerk?

Kite da nk raye ni. Tak shabo laa.. awok msti tak shabo jugak kan?? Kita geng bosss

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now