"Ok class. Itu sahaja untuk hari ni." Setelah ayat itu diungkapkan oleh encik Razlan semua pelajar mahasiswa dan mahasiswi pun keluar dari kelas.
Salyna yang duduk bersama dua orang sahabatnya seorang sahaja yang setia di dalam kelas. Buku yang ada berada di atas meja dibiarkan seketika.
Salyna sibuk mengendurkan segala urat-urat badannya. Pembelajarannya pada hari ini cukup membuatnya penat.
Kedengaran Salyna sedikit mengeluh.
Kini, Amieyra dan Qarina mula heran melihat Salyna yang masih duduk bersantai di sebelahnya. Dahinya mereka sudah pun berkerut.
"Why, you guys looked at me like that?" Pelik juga Salyna melihat dua orangnya yang dari tadi melihatnya dengan dahi yang berkerut.
"Kau dah lupa ker?" Soal Qarina.
"Lupa apa?"
"Seriously? Kau ada date dengan empat prince charming, okey?? Takkan la kau lupa. Dah lewat 30 minit ni. Kau tak tengok jam ke?" Soal Amieyra pula.
Wajah Salyna sudah berubah. Dahinya yang putih mulus itu ditepuk kuat. Macam mana lah boleh lupa ni?! Jam dinding yang berada di dalam kelasnya dilihat seketika.
Memang dah lambat!
Dengan keadaan kelam kabut, Salyna mengemas segala bukunya yang berada di atas meja.
"Thanks ingatkan aku. Bye girls!" Salyna sepantas kilat keluar daripada kelas.
Amieyra dan Qarina hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat Salyna.
"Lyna, Lyna. Date sendiri pun boleh lupa." Amieyra mula membebel sendiri. Qarina hanya tersenyum kecil melihatkan Amieyra yang membebel itu.
_______________________________________
Salyna berlari sepantas yang mungkin. Dah la dia lambat, tak ada masa nak berjalan berlenggang-lenggang bagai. Buku tebal yang berada di tangan dipegang rapat.
Pelajar yang berada di situ, pelik melihat Salyna yang sedang berlari laju entah mahu ke mana.
Tidak semena-mena, dia di tahan oleh seorang lelaki. Dengan pantas, Salyna berhenti. Brek emergency sempat ditekan.
Tersemput-semput Salyna bernafas di hadapan lelaki itu. Kepalanya diangkatkan.
"You nak apa ni Nik? I nak cepat." Ujar Salyna.
Nik Adha. Seorang lelaki yang skema di dalam kelasnya. Baik dan bijak. Sering curi-curi melihatnya di dalam kelas. Berkaca mata.
"Hm.. hm..." Nik mula tergagap-gagap.
Dia mula bermain dengan jari jemarinya. Wajah Salyna yang berada di depan mata langsung tidak dipandangnya. Malah matanya lebih sibuk menekur lantai.
"Apa dia? Cepat lahh Nik. I nak cepat ni." Ujar Salyna. Nafasnya masih lagi tercungap-cungap.
"Hm.. " Nik masih lagi tidak bercakap.
"Nantilah you borak dengan I okey Nik? I betul-betul minta maaf. Bye." Salyna menyentuh bahunya, lalu berlalu pergi.
Nik tersenyum besar. Bahu yang dipegang oleh Salyna tadi diusap-usap.
Salyna menyambung lariannya ke taman mini.
Setelah 3 minit berlari, akhirnya dia tiba di taman mini. Lariannya terhenti tepat-tepat di hadapan Mukhriz. Serentak itu juga, buku-buku yang berada di tangannya jatuh.
Serabut betul Salyna hari ini. Rambutnya sudah pun serabai. Dia menunduk bagi mengutip semula semua buku-bukunya.
Semasa Salyna mengutip semua bukunya yang jatuh, waktu itu juga lah terlihat tiga orang lelaki yang sedang sibuk membantu mengutip bukunya.
Kepalanya diangkat.
Wajah Qairul, Mukhriz dan Hans yang terpampar di depan mukanya.
"Nah." Hampir serentak mereka bertiga berkata. Buku bertukar tangan.
"Thank you."
"Jom, lunch!" Teriak Mukhriz.
Hans dan juga Qairul mula membuat muka tidak puas hati.
"Sibuk la kau ni, aku la yang ajak dia lunch dulu." Hans menyiku siku Mukhriz yang berada di sebelahnya.
"Aku la." Ujar Qairul perlahan. Tangannya disilangkan.
Satu-persatu wajah lelaki di hadapannya ditenung. Apalah masalah.
"Ok, ok stop." Salyna cuba memberhentikan perbalahan.
"Apa kata kita lunch together? Lagipun you all messages saya serentak. So, tak tahu nak lunch dengan sama. Susah susah sangat, kita semua lunch sekali aje la." Terang Salyna.
Ternganga mulut Mukhriz mendengarkan kata-kata Salyna. Ingatkan boleh lah lunch berdua je. Ni tak. Aduh!!! Benci betul laa!
"Boleh kan?" Salyna mengedipkan matanya beberapa kali. Buat muka comel katakan.
Auch! Hampir terjatuh jantung Hans melihat wajah Salyna yang terlalu comel itu.
"Boleh la." Jawab Hans tersenyum. Cair sangat tengok rayuan budak kecil ni.
Qairul sudah mengeluh panjang. Terasa malas pula. Tiada senyuman di wajah Qairul. Walau bagaimana pun dia masih lagi mencuba, menguntumkan senyuman yang manis buat Salyna.
"Awak tak kisah kan Qairul? " Salyna yang perasan wajah Qairul yang seperti di sengajakan untuk tersenyum, laju bertanya.
Matanya tepat ke arah Qairul. Entah tiba-tiba, hati Salyna mula berdegup kencang. Dia mula pelik dengan dirinya sendiri. Kenapa niy?
Mata redup Qairul setia melihat wajah Salyna. Perempuan yang betul-betul disayangi adalah milik orang. Tidak sangka dia tidak mampu memiliki Salyna, sedang kan dia la jejaka idaman semua pelajar di (U)
Qairul hanya mengangguk.
"Jom, kita duduk kat sana!" Salyna menundingkan jarinya ke arah sebuah pondok yang kosong berhadapan dengan kolam kecil ikan.
Baru beberapa langkah mereka berjalan, terdengar suara seseorang memanggil Salyna. Orang panggil nama Salyna, semua sekali yang menoleh.
Kelihatan wajah seorang lelaki yang muda dan kacak sedang tersenyum ke arah Salyna. Lelaki tersebut berlari ke arah mereka. Dia berhenti betul-betul di depan muka Salyna.
*
*
*
*
Done! Thank for reading my story! Hope you guys looked after my episode of this story!!Vote and comment.
Sye tak thu nak borak ape
. Hahahah soweyy
![](https://img.wattpad.com/cover/161501221-288-k83218.jpg)
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...