Wajah isterinya ditatap dengan penuh kasih sayang. Tetapi Salyna sekadar acuh tidak acuh sahaja memandangnya.
"Salyna kenapa ni? Tak sihat ke?" Qairul mulai risau.
Tangannya cuba menyentuh pipi Salyna tetapi Salyna lebih laju menepis tangannya. Matanya seakan marah padanya.
"Tak payah la nak pegang pegang." Suara Salyna sedikit meninggi. Matanya membulat besar.
"Kenapa dengan Lyna ni? Apa salah abang?" Tanya Qairul. Sedaya upayanya dia menahan suaranya daripada meninggi.
Dalam hati dia sudah beristifar ( ejaan not sure ) .
"Jangan nak tanya boleh tak?" Kata Salyna.
Ketika itu tiba-tiba sahaja kepalanya berasa berpusing. Pening. Kepalanya dipegang. Bibirnya pucat dibiarkan.
Sebenarnya tadi, Salyna terkena hujan. Habis basah lencun bajunya. Tapi sempat dia menukar bajunya terlebih dahulu sebelum pulang. Dia tidak mahu ibu mentuanya risau.
"Lyna kenapa ni? Demam ae? Tadi kena hujan ke?" Semakin risau Qairul melihat isterinya.
Dia ingin mendekati isterinya tetapi dia risau jika Salyna itu semakin marah akannya.
"Sibuk jer! Dah la nak tidur. Ngantuk." Telefon yang tadinya ditangan diletakkan di atas meja lampu disebelah.
Selimut ditarik sehingga menutupi paras dada. Sengaja dia memalingkan wajahnya daripada melihat wajah Qairul. Malas dia melayan suaminya itu.
Qairul sekadar tersenyum kecil memandang isterinya yang tidak melayannya. Apalah salah dia. Marah sangat isteri aku ni!
Dia bangun daripada katil untuk menunaikan solat isyak. Dia tahu isterinya tidak boleh solat kerana cuti, jadi dia tidak akan memaksa.
Selepas mengambil semula wuduk dia pun menunaikan solat Isyak dengan penuh khusyuknya.
Sejadah disimpan ke tempat yang sepatutnya setelah digunakan. Songkok disimpan dengan betul.
Perlahan-lahan dia melompat ke atas katil agar isterinya tidak tersedar. Selimut yang sedikit terselak itu dibetulkan agar menutupi badan isterinya.
Dahi isterinya diperiksa. Takut-takut isterinya demam.
Ya allah! Panasnya.
Qairul risau. Setelah memeriksa dahi isterinya, tangannya mula memegang pipi dan tangan isterinya. Panas. Sah! Isterinya demam.
Selimut ditolak ke tepi sebentar. Dia cuba membangunkan isterinya.
Bunyi hujan diluar semakin berlanjutan. Terasa hawa sejuk memenuhi ruang bilik. Serta kilat petir yang membuatkan suasana menjadi lebih sejuk daripada biasanya.
"Sayang, bangun bangun. Sayang demam ni, kita pergi klinik nak?" Baru pukul 9.30 ni." Kata Qairul.
Bahu isterinya diusap-usap perlahan. Risau melihat Salyna begitu. Inilah kali pertama dia melihat Salyna demam. Sebelum ini tidak pernah pun.
Salyna meregek-regek. Qairul memerhati wajah isterinya itu. Manja. Dan dia baru perasan yang Salyna tiba-tiba mengeluarkan air mata. Perlahan sahaja air matanya itu membasahi pipi.
"Eh, kenapa nangis ni? Ha? Sakit sangat ke?" Salyna yang manis terbaring itu ditarik ke dalam dakapannya.
Teresak-esak Salyna menangis.
Salyna menganggukkan kepalanya mengiyakan soalan Qairul. Benar dia mula rasa sakit. Bukan sakit di luar sahaja tetapi di dalam juga.
Tangan kecil Salyna menarik perlahan baju Qairul yang lagi erat memeluknya.
"Kita pergi klinik je la." Ujar Qairul.
Salyna menggeleng-geleng.
"Degil betullah." Qairul sedikit marah. Inilah isteri dia. Degil memang tidak boleh dikalahkan.
Laci meja di sebelahnya dibuka. Tangan mencari-cari sesuatu di dalamnya. Rupanya dia mengambil panadol dan juga cool fever di dalam laci tersebut.
"Meh sini duduk dulu. Makan ubat." Dibantunya Salyna supaya duduk.
Air yang sudah tersedia lama di atas meja lampu disebelahnya diambil lalu dihulurkan kepada Salyna.
Salyna kelihatan masih lagi mamai. Matanya terpejam rapat. Terasa berat matanya untuk dibuka.
Setelah ditelannya ubat panadol itu, dia pun baring semula.
Qairul dengan penuh kasih sayangnya melekatkan cool fever dengan perlahan di dahi isterinya. Dia risau jika tidak dirawat terlebih dahulu, akan menjadi-jadi pula demamnya.
"Tidur ye? Abang ada." Qairul setia disisi isterinya sambil mengusap rambut lurus isterinya.
"Abang." Salyna memanggil Qairul. Wajahnya diangkat untuk melihat suaminya.
"Ye sayang. Nak apa?" Soal Qairul. Dia hanya melayan isterinya.
"Maafkan Lyna bang. Lyna salah. Lyna salah sebab marahkan abang." Tangan suaminya dipegang erat. Disalamnya tangan itu beberapa kali.
Tersenyum Qairul dengan perbuatan isterinya itu.
"Tak apa. Abang faham." Kepala isterinya diusap.
"Tak. Lyna yang salah. Lyna marahkan abang sebab Lyna tengok abang keluar dengan Adrea. Lyna ingat abang ada study group tapi abang keluar dengan Adrea. Lyna cemburu sebab abang layan dia mesra sangat. Lyna cemburu abang layan perempuan lain lebih daripada Lyna. Maafkan Lyna bang." Jelas Salyna.
Qairul terpempan seketika. Rupanya itulah sebab kenapa isterinya tidak melayan dirinya. Dia mula serba salah. Salah dia juga dia tidak memberi tahu isterinya yang dia keluar dengan Adrea.
Kalau bateri hand phone nya tidak habis mesti tidak jadi seperti ini.
"Abang yang patut minta maaf. Sorry sayang. Abang nak bagi tahu yang study group abang batal and Adrea ajak abang keluar sekejap, tapi bateri abang habis. Abang lupa nak cas semalam. Sorry. I'm the one who should say sorry. Not you." Kata Qairul.
Air mata isterinya diseka. Disebabkan rasa bersalah isterinya pula yang menangis-nangis.
"Dah, jangan nangis lagi. Sekarang ni tidur okey?"
"Hm." Salyna mengangguk.
"Tidur la." Kata Qairul.
Salyna memeluk erat suaminya itu. Tidak lepas langsung. Sayang benar Salyna pada dirinya itu ya. Dia menguntum senyuman manis bak gula-gula.
"Kuatnya peluk abang. Abang takkan kemana lah!" Pipi isterinya dicubit. Gebu!
"Nak peluk jugak. You are the only one for me. You are mine. Forever and ever. No one can take you from me."
Auch! Kata-kata isterinya benar benar menusuk hatinya. Terngiang-ngiang kata-kata itu di mindanya. Walaupun singkat, tetapi penuh bermakna baginya.
"You are mine too sayang♥." Qairul membalas pelukan isterinya.
*
*
*
*
*DONE FOR TODAY! So how gaes? Boek ke idok??? Hope okey la ae? Jalan cerita ni saya pikir bebetul auww! Untuk para reader memang kena bagi boek sikit.
Segala typo sorry sgt2. Ayat yang kurang baik juga minta maaf ye?
And lastly thanks kepada yang support sye!! Dari bab 1 sampai dah masuk bab 61 niy! Sye appreciate gile beb!
Jangan lupa vote untuk citer ni taw? Nantikan bab seterusnya★
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...