"Lepaslahh!" Salyna sudah mengelibas ingin melepaskan diri daripada dipegang oleh lelaki itu.
Lelaki yang bernama Faiz itu hanya tersenyum sinis memandangnya. Kata-kata Salyna tidak diendahkan.
"Kau tak paham bahasa ker?!" Salyna sudah hilang sabar. Badannya didekatkan ke arah Faiz yang sedang berdiri 2 inci darinya. Matanya merah menyala.
Lelaki itu mencengkam pipi mulus Salyna. Dikuatkan cengkamannya.
"Haah. Memang aku tak faham bahasa." Lelaki itu mengiyakan sahaja pertanyaan yang berunsur ejekan yang diajukan oleh Salyna.
Salyna tersenyum senget memandangnya.
Dasar lelaki tak faham bahasa!
"Kau nak apa dengan aku niy?" Rambut Salyna sudah tidak tentu arah akibat ditarik kasar oleh lelaki yang berbaju hitam belang.
"Aku nak kau! Ikut aku!" Faiz mengarahkan kedua-dua lelaki yang memegang tangan Salyna mengekorinya.
"Lepaslah!" Salyna tidak tahan dengan lelaki di hadapannya.
Kedua-dua lelaki itu menarik kasar lengan Salyna. Salyna hanya mengikut ke mana lelaki-lelaki itu menariknya.
Rupanya Salyna ditarik ke lorong jalan yang berada di sebelah kedai kosong.
Tangan Salyna sudah pun dilepaskan. Sempat lengannya diramas. Sudah memerah akibat ditarik terlalu kuat.
"Asal tarik aku gi sini?" Salyna menanya. Dia masih lagi memberanikan diri di hadapan lelaki itu.
"Aku nak kau la sayang." Lelaki itu mengelus lembut pipi Salyna. Ditepisnya kasar tangan lelaki itu.
"Yang susah sangat nak dengar cakap aku ni apesal?! "Faiz sudah naik berang.
Dia mendekatkan dirinya dengan Salyna. Ditariknya bahu baju Salyna. Salyna terdorong ke dalam pelukan lelaki itu. Faiz dengan nafas yang laju mencium haruman rambut Salyna yang wangi itu. Diciumnya banyak kali. Lalu, bibirnya melurut turun ke leher Salyna yang putih gebu.. Seperti haiwan buas yang menangkap mangsanya.
Kedua-dua rakannya hanya tersenyum menang melihat Faiz.
Salyna sudah merasa sesak dengan perlakuan lelaki itu. Pang! Satu tamparan melayang di pipi lelaki itu. Nafas Salyna sudah turun naik. Ditolaknya kasar lelaki itu ke belakang.
Faiz memegang pipinya yang ditampar oleh Salyna. Terdapat kesan merah akibat tamparan berapi Salyna.
Senyumannya senget memandang Salyna. Tangannya dihayun tinggi ingin menampar pipi Salyna. Salyna sudah menutup matanya. Baru sahaja ingin menampar Salyna, terdengar sergahan daripada seseorang yang membuatkannya terhenti ingin menampar.
"Oi! Kau buat apa tu ha?!"
Salyna membuka matanya yang terpejam rapat.
Rupanya itu ialah adik lelakinya, Adam. Kelihatan Adam berlari ke arahnya.
"Adam." Halus sahaja suara Salyna. Dia sudah kehilangan tenaga untuk menjerit nama adiknya. Tenaganya sudah habis kerana melawan lelaki di hadapannya yang telah mengambil kesempatan ke atasnya.
Faiz sudah mendepakan tangannya menghalang lelaki yang datang menyelamatkan Salyna.
"Kau siapa?! Sibuk sangat asal? "Faiz memandang wajah lelaki dihadapannya.
"Aku ni adik dia. Kau nak apa kat dia?" Soal Adam. Nasib baik dia ada jalan di kawasan ini. Kalau tidak, entah apa akan terjadi pada kakaknya.
Qairul yang berjalan bersamanya tadi entah ke mana menghilang. Dia tidak hiraukan.
"Oh. Adik rupanya. Ingatkan 'buah hati'. "
"Lepaskan dia! Sekarang!" Suara Adam sudah separuh marah.
"Kalau aku tak nak?" Lelaki itu tersenyum nakal memandang kakaknya Salyna. Disentuhnya pipi mulus kakaknya.
"Sh**!" Adam mula hilang sabar.
"Niel, settlekan sekarang!" Faiz mengarahkan lelaki yang berbaju merah itu.
Lelaki yang bernama Niel itu hanya menggangguk mendengar kata.
Dia berjalan ke arah Adam yang berada di hadapan Faiz. Buku limanya sudah tersedia. Kini, penumbuknya melayang di pipi Adam.
Tetapi di tahan oleh seseorang.
"Abang Qai." Adam melihat Qairul yang berada dihadapannya yang sedang menahan penumbuk daripada melayang ke pipinya.
Qairul sempat mengerling ke arah Salyna yang sedang dipegang oleh lelaki yang berbaju hitam belang. Rasa geram menjalar dalam diri. Tidak pernah lagi mana-mana lelaki memegang Salyna. Inikan pula lelaki itu!
Dipandangnya semula lelaki dihadapannya. Tangannya yang menahan penumbuk itu, dipulasnya kuat sehingga membuatkan lelaki itu berpusing 180°.
Lengannya terasa kebas.
"Lepaskan dia sekarang!" Qairul mula bersuara.
Diperhatinya lama lelaki yang sedang tersenyum sinis memandangnya.
"Ni siapa pula?! Aduh kecoh betul la!" Faiz sudah menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal. Sorang-sorang yang datang.
Wajah Qairul itu diamatinya lama. Dari pemakaian lelaki itu dia kelihatan seperti lelaki yang kaya. Wajahnya pula kacak tanpa parut mahupun cacat cela.
"Tak perlu nak tahu pun. Yang aku tahu sekarang kau lepaskan dia." Kata Qairul. Dia malas mahu melayan lelaki di hadapannya.
Faiz mengetap bibirnya. Telinganya mula merasa panas.
Dia berjalan laju ke arah Qairul. Satu tumbukan melayang ke arah pipi Qairul tanpa sempat dirinya mengelak.
Wajah lelaki yang menumbuknya itu dipandang sekilas. Persis orang jahat mukanya.
Qairul menyentuh bibirnya yang ditumbuk oleh Faiz. Ia sedikit berdarah kerana telah ditumbuk dengan agak kuat.
Dia mengimbangkan dirinya agar dapat berdiri dengan betul. Darahmya dikesat.
Dengan langkah yang berani, Qairul menendang perut lelaki yang berada dihadapannya dengan kuat sehingga membuatkannya terdorong ke belakang.
Sekali lagi dia datang mendekati Faiz yang sudah terduduk di tar jalan. Ditumbuknya wajah lelaki itu berkali-kali.
Qairul menarik kolar baju lelaki itu sehingga membuatkan badannya terdorong ke hadapan wajah Qairul
"Sekali lagi kau kacau dia, aku takkan lepaskan kau!" Suaranya dikecilkan agar tiada siapa yang mendengar.Faiz menjadi ketakutan mendengar kata-kata Qairul.
"Weh...blah sekarang! "Faiz mengarahkan kedua-dua orang rakannya supaya beredar daripada situ.*
*
*
Hamik kau!! Kan da kene! Tulaa.. kacau lagi Salyna kan..haa padan!Sorry lmbt nk update... busy laa
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
Roman d'amourTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...