Selepas sahaja selesai sesi pembelajaran, Salyna dan dua orang rakannya bercadang mahu makan petang bersama.
Amieyra memilih restoran untuk mereka.
"Kita makan kat restoran dekat-dekat area Damansara nak tak? Orang kata kat situ makanan dia sedap." Ujar Amieyra yang sedang memandu kereta.
"Boleh juga. Ala, suka hati kau la. Janji tempat tu best." Kata Qarina yang mahu kepastian.
"Of course." Jawab Amieyra selamba.Salyna yang berada di tempat duduk belakang hanya mendiamkan diri sambil bermain telefon.
_______________________________________
"Mama dengan Riz duduk dulu tau. Biar along yang pergi orderkan makanan." Ujar Muiz kepada adiknya Mukhriz.
Selepas sahaja Mukhriz tiba di Malaysia, dia sudah teringin mahu makan makanan Malaysia. Katanya sudah lama tidak makan.
"Ala, tak apalah along. Riz nak ikut."
"Yelah."
"Yes. Okay, mama tunggu sini tau jangan pergi mana-mana." Sempat Mukhriz memesan ibunya yang sedang duduk berseorangan.Mukhriz dan Muiz sedang beratur untuk membeli air.
"Along, along ada duit kecil tak?" Tanya Mukhriz
"Tak adalah pulak. Riz ada tak?" Muiz membuka dompetnya. Hanya terdapat wang kertas RM50 yang banyak."Ada. Nasib Riz sempat tukar duit Malaysia tadi.Kejap Riz pergi ambil kat dalam beg." Baru sahaja beberapa langkah berjalan secara tidak sengaja melanggar seorang wanita yang membawa air.
Air itu tumpah mengenainya.
______________________________________
Salyna menolak rambutnya ketepi. Air yang dibawanya tumpah mengenai seorang pemuda dihadapannya.
"Sorry sorry, abang eh, encik, erm adik.. aduh apa-apa jelah. Sorry." Baju putih pemuda itu sudah kotor.
"Oh my god." Bajunya sudah habis basah.
Mukhriz mengangkat wajahnya memandang bagi melihat gerangan yang melanggarnya.
Tiba-tiba bibirnya menguntum senyuman.
Dengan pantas Salyna mencapai kain yang ada di dalam begnya. Laju sahaja, tangan Salyna mengelap bajunya.
"Tak apalah. Bukan salah awak pun. Ni salah saya. Saya tak tengok awak jalan tadi. Sorry." Mukhriz meminta maaf.
"Erm. Tapi baju awak macam mana? Dah kotor tu." Salyna masih tidak mengendahkan Mukhriz malah ligat mengelap bajunya.
"Tak apalah. Biar saya yang lapkan sendiri." Dia menarik kain yang ada pada Salyna.
Dilapnya sendiri.
"Awak okey ke?" Salyna menanya. Mukanya serba salah.
Soalan ...
"I'm okay. Baju basah je. It's not a big deal. What's your name?" Tanya Mukhriz.
Nama aku? Aik. Tetiba je tanya.
"Nama saya?" Pelik dengan soalan pemuda dihadapannya. Aku salah dengar ke?
"Yes. Nama awak." Mukhriz mengangguk.
Tiba-tiba seseorang datang menegur pemuda dihadapannya. "Riz, along ada duit kecil la. Duit tu terselit tadi.Ni dah beli air." Muiz menjuihkan bibirnya ke arah dulang yang dibawa olehnya.
Salyna memandang mereka berdua.
"Ni dah kenapa dengan baju? Kotor basah bagai." Muiz baru sahaja perasan pakaian Mukhriz kotor.
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...