Hans tetap setia berdiri di situ melihat Salyna yang berjalan melintas jalan raya.
Dari kejauhan, Hans terlihat sebuah kereta berwarna hitam yang meluncur laju di jalan raya. Dia baru teringat. Salyna!
Tanpa membuang masa, Hans terus mendapat Salyna. Ditolaknya Salyna. Fuhh!! Selamat. Kereta yang meluncur laju itu dilihat.
Dia mahu mengambil nombor plat kereta itu. Tapi malangnya, kereta itu terlalu laju. Jadi nombor plat kereta tersebut samar-samar sahaja.
Hans menumbuk jalan raya geram.
"Sh**!" Hans mula mencarut.
"Salyna? You okey tak ni? Ada luka kat mana-mana tak?" Setiap inci anggota badan Salyna ditilik.
Salyna tidak menjawab. Dia hanya memegang kepalanya.
"Kenapa ni? Sakit kepala ke?" Soal Hans. Dia masih risau.
"Nope. I pening kepala sikit." Jawab Salyna.
"I bawak you pergi klinik okey? Jom!"
"Tak nak. I nak balikkk." Salyna merengek minta pulang.
Hans mula kesian. Dia tidak mahu memaksa Salyna.
"Okey la. I hantar you balik ok? Sini, I papah you." Dengan perlahan dia membantu Salyna berdiri. Bergetar kakinya ketika itu. Dibawanya Salyna ke keretanya.
Tanpa mereka sedari, terdapat sepasang mata yang memerhati mereka.
Rumah Salyna.
Setelah dihantar oleh Hans pulang, Salyna terus tidur. Dia terlalu pening ketika itu.
Telefon nya berdering. Salyna terasa tidurnya terganggu. Telefon yang ada di atas meja lampu diambil.
Matanya masih lagi dipejam. Penat betul nak buka mata.
"Hello?"
"Hello Salyna! You dah okey ker?"
Rupanya Hans yang berada di corong telefon.
"Oh.. Hans. I okey dah sekarang ni. Tak payah risau la." Ujar Salyna.
"Ok. You dah makan?" Soal Hans.
"Makan? Makan apa?" Salyna pula yang kehairanan.
"Makan la.. makan malam?" Kata Hans.
"Iya! Makan malam. Dah pukul 8 malam dah ni. You tak tengok jam ke Lyna? Lena sangat tidur niy." Terdengar suara Hans yang ketawa kecil dihujung talian.Jam tangan di tangan kirinya dikerling. Sudah pukul 8! Patut lah rasa gelap je bilik ni.
Suami aku dah balik ke belum ae?
"Em. Hans I letak dulu ye? I nak mandi. Byee!"
Tanpa menunggu jawapan daripada Hans, Salyna terus menamatkan panggilan.
Dia turun ke bawah mencari Qairul. Di ruang tamu tiada. Di dapur juga tiada. Mana pula la suaminya itu.
Bilik neneknya dituju.
"Assalamualaikum, nanny!" Pintu bilik neneknya diketuk.
"Waalaikumsalam. Masuklah."
Daun pintu bilik nenknya itu ditolak. Terlihat neneknya sedang duduk di atas katil membaca buku.
"Nanny baca buku apa tu?' Soal Salyna. Dia sekadar berbasa-basi.
"Oh. Nanny baca buku masakan je. Bosan. So, nanny baca je la buku mana ada. You okay now? Masih ada rasa pening-pening?" Puan Fatimah memandang cucunya.
Rambut Salyna diusap-usap perlahan. Kesian cucunya itu. Petang tadi Salyna pulang dibawa oleh Hans membuatnya kehairanan. Mula timbuk rasa tidak enak.
Tapi, Hans segera menceritakan apa yang terjadi pada Salyna.
"Lyna dah okey dah. Alhamdulillah."
"Hm. Nanny, ada nampak Qairul tak? Lyna dari tadi cari dia tak jumpa." Kata Salyna."Qairul? Nanny rasa dia tak balik lagi. Kenapa?"
"Oh tak ada apa-apalah."
Tangan neneknya diramas-ramas perlahan.
"Adam mana? Belum balik juga ke?" Sudah lama juga dia tidak melihat adiknya yang manja itu. Entah sihat ke tidak.
Nak jumpa di UNI tidak pula ketemu.
"Ayyan ada jer tadi. Ni dia dah ada kat atas la tu. "Ujar nenknya.
"Ohhh.. kalau macam tu, Lyna keluar dulu la ye? Nak call Qairul kejap."
Salyna melangkah keluar daripada bilik neneknya dan terus menapak keluar rumah menuju ke kawasan kolam renang di tepi rumahnya.
Dari duduk, dia lebih memilih untuk berdiri. Entah mengapa dari tadi dia merasa susah hati. Jadi dia harus menelefon suaminya.
Telefon di belakang kocek seluarnya diambil dan nombor Qairul ditekan.
"Hello? Assalamualaikum. " terdengar orang memberi salam daripada corong telefon.
"Waalaikumsalam. Abang sayang! Kenapa tak balik lagi ni? Dah pukul 8 lebih dah ni. Abang kat mana?" Salyna risau.
"Oh. Abang ada kat rumah Ariff ni."
Suara suaminya kedengaran mendatar sahaja di hujung talian.
"Rumah Ariff? Kenapa pula ada kat rumah dia? Abang tak nak balik lagi ke? Lyna risau la." Rasa hendak menangis sahaja Salyna ketika itu.
Dulu dia tidak seperti ini. Tetapi sejak hatinya mula berpaut pada Qairul dia jadi manja. Dia tidak mahu berada jauh dari Qairul.
"Jangan risau la. Abang okey je. Cuma, abang tak balik." Kata Qairul.
"Ha? Tak balik? Kenapa?!" Salyna membuat muka.
"Hmm.. abang ada banyak kerja nak buat dengan Ariff ni. Abang nak kena siapkan assignments. Hari ni juga."
"Ala. Tak boleh ke buat kat rumah je?" Soal Salyna.
"Tak boleh. Ala. Tak pelah. Lyna tidur je la ye? Abang okey kat sini. Besok pun tak balik juga. Abang mandi kat rumah Ariff je."
"Habis baju?"
"Abang guna baju Ariff je."
Salyna mula pelik dengan suaminya. Seperti ingin jauh daripadanya. Tapi dia harus sangka baik. Mungkin benar suaminya itu lagi sibuk dengan assignments nya.
"Hm yela. Tapi besok tidur kat rumah tau." Kata Salyna.
"Iyela."
"Abang, I miss you so much. Abang rindu kat Lyna tak?"
Salyna tidak sabar menunggu jawapan daripada sang suami.
"Eh Lyna, ada incoming call la. Esok abang call lagi ye?"
Suami nya tidak menjawab. Dia mula muncung.
"Ok la. Esok call tau. Bye abang."
Panggilan terus ditamatkan.
Malam ini dia tidak tidur bersama sang suami. Sedihnya malam ni. Salyna muka merindui suaminya. Padahal suaminya tidur di runah kawannya sahaja.
Abang I miss you so much!
*
*
*
*
*
*
Finally siap pun. Readers yang membaca cerita ni! Best tak??? Kalau suka comments la! Insyaallah saya balas.Hope sangat2 yang bab ni okey.
Jangan muak baca citer ni. Ye?? Voteeee!
♥♥♥♥

ANDA SEDANG MEMBACA
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
Любовные романыTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...